Pages

Subscribe:

07 September, 2009

Bayaran Fidyah

Date: Saturday, September 5, 2009, 2:46 AM
INFO : Bayaran Fidyah
Posted by: "Ahmada Taufiq Hj.Mustafa" taufiq_atm@yahoo. com
Sat Sep 5, 2009 2:46 am (PDT)

wa'alaikumussalam. .

Orang-orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun diberi kelapangan masa untuk mengqada´ puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadhan yang berikutnya. Seandainya masih belum mengqada´nya lagi dan masuk bulan bulan Ramadhan yang berikut. Ia dikenakan fidyah iaitu sehari secupak beras serta qada´nya sekali. Seperti contoh :

Seorang itu telah meninggalkan puasa 7 hari pada tahun 2007 dan tidak mengqada´ sehingga masuk bulan Ramadhan tahun 2008 maka ini dikenakan :

1. Tinggal 7 hari -> Qada´ 7 hari ini bagi ramadhan tahun 2007 iaitu masuk ramadhan tahun 2008 -> Beras 7 cupak (1 cupak sehari)
2. Tinggal 7 hari -> Qada´ 7 hari ini bagi ramadhan tahun 2007 iaitu masuk ramadhan tahun 2009 -> Beras 14 cupak (2 cupak sehari)
3. Tinggal 7 hari -> Qada´ 7 hari ini bagi ramadhan tahun 2007 iaitu masuk ramadhan tahun 2010 -> Beras 21 cupak (3 cupak sehari)

a) Puasa itu tidak perlu digandakan hanya fidyahnya sahaja yang digandakan.
Jadi awak perlu bayar 2 cupak sehari. darab 7 hari..
Begitulah seterusnya jika masih juga belum mengqada´ puasanya. Maka jumlahkanlah berapa tahun yang belum dijelaskan puasa yang ditinggalkan itu dan berapa pula yang patut dikenakan fidyahnya.

Ketika memberi kepada fakir miskin dengan kadar yang telah ditetapkan bagi tujuan membayar fidyah memadai dengan niat sahaja. Tetapi jika membayar fidyah melalui jawatankuasa masjid atau mereka yang menjalankan tugas berkaitan dengan hal ehwal Islam adalah lebih baik dinyatakan tujuan saudari itu.

Sebagai seorang Islam yang mengakui menjunjung perintah Allah janganlah lalai untuk mengqada´ puasa yang ditinggalkan itu. Lagi cepat kita qada´ lagi besar faedahnya yang kita dapati dan ringan penanggungan kita terhadap Allah S.W.T.

Saudari boleh semak soal jawab di http://soaljawab. jais.gov. my/index. php?option= com_content& task=category& sectionid= 12&id=42& Itemid=85

Untuk rujukan tempat pembayaran terdekat, saudari boleh hubungi mana-mana kaunter yg berhampiran,
http://www.e- zakat.com. my/baru/organisa si/kaunter. asp

Sekian, wallahualam.

Selamat Berpuasa Dari Nadim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.