Pages

Subscribe:

06 Disember, 2009

JANGAN TUDUH BTN YANG BUKAN-BUKAN.....FIKIR......

JANGAN KITA MEGAJAR ORANG MEMIJAK NANTI KITA DI PIJAK
SIAPA MEMBOHONGI RAKYAT DIA AKAN KECUNDANG DALAM POLITIK
SIAPA YANG MENANG DIA DI SUKAI RAKYAT SIAPA BICARA KEBURUKAN
ORANG DIA MENYEMBUNYIKAN KEBURUKAN DIRI






Tun M: Kekalkan modul BTN sedia adaOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang.
''Saya tidak nampaklah apa sebab (nak rombak)...saya ingat (modul sedia ada) kekal.
''Saya biasa jadi penceramah semasa menjadi Perdana Menteri, ceramah dan modul yang kita amalkan tidak melibatkan apa-apa masalah. Kalau ada masalah, dari dulu lagi sudah timbul,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AIDS Sedunia, di kompleks beli-belah Wangsa Walk di sini hari ini.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Kabinet bersetuju merombak kurikulum BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik.
Bagaimanapun kenyataan Mohamed Nazri itu berbeza dengan nada yang disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menjelaskan modul BTN tidak perlu dirombak, sebaliknya akan ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa.
Kenyataan Mohamed Nazri itu juga telah menimbulkan perasaan kurang senang khususnya di kalangan pemerhati politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kerana menggambarkan seolah-olah kerajaan tunduk kepada desakan pembangkang selain terlalu bersifat pemaaf.
Komen beliau itu susulan daripada tindakan drastik kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terletak di bawah kuasa kerajaan negeri daripada menyertai kursus BTN, sebelum tindakan yang sama turut diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, BTN sepanjang penubuhannya telah berfungsi dengan baik bagi menerangkan terutamanya kepada pengawai kerajaan tentang pentingnya melaksanakan khidmat terbaik untuk rakyat.
''Kadang-kala, kita dapati ramai orang tidak faham mengenai nilai-nilai positif yang boleh dijayakan oleh BTN sedangkan penerapan nilai positif penting bagi membolehkan pegawai kerajaan serta rakyat membudayakannya untuk membangunkan negara.
''Setakat pengetahuan saya, tidak ada yang kurang dan buruk dengan BTN. Malah, sebahagian besar daripada modul adalah sesi penerangan mengenai sejarah negara kita," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, tidak ada sebab sebenarnya untuk pembangkang serta golongan yang bersimpati dengan perjuangan mereka takut sehingga menjadikan BTN sebagai mangsa permainan politik.

Isu BTN: Tindakan pengecut
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tindakan terbaru kerajaan negeri Selangor dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dalam isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN) jelas memperlihatkan yang pembangkang kini semakin tidak tentu hala dalam usaha mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka.
Bekas Ketua Pengarah BTN, Datuk Kamarudin Kachar berkata, sepatutnya jika pembangkang yakin yang mereka kuat maka mereka tidak perlu menyerang BTN dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Kata beliau, apa yang berlaku sekarang ini tidak lain hanyalah gelagat orang yang tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan kekuatan pihak lawan atau dalam erti kata lain tindakan orang pengecut.
''Orang pengecut yang menuduh bukan-bukan. Kalau kita kuat, buatlah kursus BTN sepanjang tahun pun, apa nak takut. Nampak ini tanda-tanda jelas yang mereka takutkan pengaruh politik merosot, jadi mula melatah tuduh tak tentu hala.
''Sedangkan orang macam Kit Siang tuduh BTN atas dasar apa? Apa yang dia tahu pasal BTN? Apa bukti dia? Saya bimbang orang yang suka menghasut dengan menuduh yang bukan-bukan kepada sebuah agensi kerajaan seperti BTN inilah sebenarnya penyekat keharmonian,'' katanya di sini, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam laman blognya hari ini menggesa Perdana Menteri supaya menutup terus BTN jika ikhlas mahu melihat gagasan 1Malaysia berjaya memandangkan dakwanya, BTN banyak menyekat perpaduan rakyat berbilang kaum.
Langkah yang dilihat oleh setengah pemerhati sebagai luahan kebimbangan terhadap pengaruh politik mereka itu adalah susulan daripada tindakan kerajaan negeri Selangor kelmarin yang melarang pekerja dan pelajar institusi negeri itu menyertai kursus BTN.
Mereka mendakwa kursus itu sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.
Mengulas lanjut gesaan Kit Siang itu, Kamarudin yang menjawat jawatan Ketua Pengarah BTN dari 1988 hingga 1992 berkata, tuduhan itu amat dangkal kerana BTN mempunyai matlamat untuk melahirkan rakyat yang taat setia kepada negara tanpa berbelah bahagi.
Selain itu, katanya, di dalam modul kursus BTN ditekankan soal kerohanian iaitu ketaatan kepada Allah bagi yang beragama Islam, melatih disiplin diri di samping menyemai semangat bersatu padu antara rakyat berbilang kaum bagi membina negara Malaysia yang berjaya.
''Jadi tidak wajar BTN ditutup dan kursus diberhentikan. Saya sebagai bekas Ketua Pengarah BTN menentang sekeras-kerasnya gesaan Kit Siang itu dan saya berani katakan yang dia tidak faham.
Mengulas mengenai beberapa pegawai kanan BTN yang kini berada dalam pimpinan pakatan pembangkang, Kamaruddin yang juga Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) berkata;
''Itulah, saya pun tak tahu apa penegasan mereka, macam rela membiarkan orang mengata diri sendiri. Ada antaranya pernah jadi timbalan saya, ada jadi pegawai saya macam Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)."
ARKIB : 29/11/2009

Selangor haramkan BTN untuk politik - Murugiah
29/11/2009 3:31pm

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
KANGAR 29 Nov. - Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan kakitangannya dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) negeri itu menyertai kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN) disifatkan bermotif politik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, dakwaan kononnya kursus BTN merupakan `sesi membasuh otak' adalah satu fitnah yang sengaja direka dengan niat jahat.
"Tindakan mengharamkan orang Selangor menyertai kursus BTN adalah karut. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri pernah menghadiri kursus anjuran BTN.
"Kursus BTN tidak diselitifkan unsur negatif, malah modulnya diiktiraf di peringkat dunia. Banyak negara mahu mengambil modul kita bagi dipraktikkan di negaranya," ujar beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Perniagaan Kecil Agro (Tani & Francais) di Dewan Warisan di sini hari ini. - Utusan

BTN tidak perlu dihentikan
Oleh Wan Ramli Wan Muhamad dan Irman Hashim
utusanterengganu@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 28 Nov. - Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dihentikan dan segala tuntutan parti pembangkang berhubung perkara itu tidak seharusnya dilayan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kursus dan modul yang diperkenalkan dalam BTN sebenarnya masih penting dalam menerap dan memupuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat.
''Ia penting dalam membina sebuah negara yang maju dan utuh. Saya sebenarnya hairan kenapa baru sekarang parti pembangkang menimbulkan tuntutan seperti ini walhal kursus BTN telah lama wujud.
''Ini mungkin berlaku kerana mereka ketandusan isu selain ingin mengalih perhatian daripada masalah dalaman yang mereka hadapi sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Korban Peringkat Parlimen Kuala Nerus di Masjid Kampung Tok Jembal di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata demikian ketika mengulas gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya BTN ditutup terus.
Gesaan terbaru Kit Siang itu dibuat selang tiga hari selepas kerajaan negeri Selangor melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan kakitangan awam negeri itu menghadiri kursus BTN.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam mengukuhkan hujahnya mendakwa BTN adalah salah satu punca kegagalan kepada pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu sejak kemerdekaan negara lebih setengah abad lalu.
Hishammuddin berkata, parti pembangkang mungkin 'menyerang' agensi lain seperti BTN dalam usaha menimbulkan isu.
''Perkara sama berlaku ketika Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan. Ramai yang mencemuh, namun selepas sekian lama dilaksanakan, ia tidak lagi menjadi perhatian sebaliknya ia diterima oleh semua pihak," ujarnya.
Justeru, beliau menasihatkan BTN supaya berpegang pada prinsip asal dan menjalankan programnya seperti biasa.
Anwar turut terima kebaikan – Ahmad
PONTIAN 28 Nov. – Kerajaan tidak akan menutup Biro Tata Negara (BTN) hanya kerana kebimbangan parti-parti pembangkang yang tidak memahami matlamat dan objektif sebenar penubuhannya yang telah melatih jutaan peserta.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menegaskan, ada pemimpin pembangkang sendiri yang telah menerima kebaikan daripada program itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya yang juga Ketua Penerangan UMNO, pemimpin pembangkang lain yang pernah mengikuti program itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Beliau menempelak parti-parti pembangkang kerana ‘menyerang’ BTN berikutan takut dan bimbang terhadap sokongan yang diberikan rakyat kepada kerajaan hari ini.
‘‘Kita tidak nampak di mana asas tuduhan yang dilemparkan oleh parti pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai program di BTN selama ini yang jelas tidak mempunyai sebarang agenda jahat seperti yang didakwa.
‘‘BTN adalah tempat bagi memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan serta memberi latihan berteraskan sistem nilai termasuk lapan nilai aspirasi 1Malaysia,’’ katanya selepas menyampaikan sumbangan lapan ekor lembu di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Pinggan di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya BTN ditutup terus kerana mendakwa digunakan bagi menyemai rasa benci kepada DAP dan parti pembangkang lain.
Menurut Ahmad, bagi memastikan pencapaian gagasan 1Malaysia, para peserta yang mengikuti kursus BTN akan didedahkan dengan nyanyian lagu 1Malaysia serta diberikan penerangan mengenai konsep gagasan tersebut.
“BTN tidak akan menjadi penghalang kepada pencapaian gagasan 1Malaysia,’’ ujarnya.
Tambah Ahmad, lapan nilai aspirasi dalam gagasan 1Malaysia yang diterapkan ialah budaya prestasi tinggi, budaya ilmu, budaya ketetapan, budaya inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan.
Beliau menjelaskan, objektif dan matlamat gagasan 1Malaysia juga akan diterapkan kepada setiap peserta seperti yang dilakukan ketika kerajaan mula-mula memperkenalkan konsep Wawasan 2020.

Pembangkang 'buta' - Noh

JEMPOL 28 Nov. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang diibaratkan seperti 'orang buta yang tidak melihat keadaan sebenar' apabila menggesa Biro Tata Negara (BTN) ditutup terus.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau hairan mengapa Kit Siang mengeluarkan kenyataan seperti itu sedangkan ia bertujuan untuk membentuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut membidas Kit Siang yang dilihat cuba menggambarkan semua tindakan kerajaan selama ini tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.
"Dia macam orang buta nak bercakap mengenai perkara yang dia tak nampak. Pernahkah dia mengikuti BTN? Saya pernah jadi penceramah dan memberikan penerangan mengenai isu-isu semasa. Adakah saya mengamalkan perkauman?
"Adakah salah jika saya menceritakan apa-apa yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) melalui kementerian dalam membantu rakyat dengan subsidi dan sebagainya supaya orang muda terlibat dalam pertanian? Adakah itu juga disifatkan perkauman?'' soalnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Korban Perdana Jempol 2009 di Felda Raja Alias 2 yang turut dihadiri Ahli Parlimennya, Datuk Lillah Yassin.
Noh meminta rakyat supaya tidak terpengaruh dengan taktik yang digunakan pembangkang untuk tujuan mengelirukan rakyat demi memastikan segala krisis dalaman pakatan pembangkang dapat disembunyikan.
Jelasnya, taktik itu termasuk menghentam kredibiliti beberapa agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta badan kehakiman negara.
"Dulu mereka serang PDRM sehingga kredibilitinya hilang. Kemudian diserang pula BPR (Badan Pencegah Rasuah) sehingga ditukar menjadi SPRM dan sekarang ini dibabitkan juga badan kehakiman.
"Kalau kemenangan berpihak kepada mereka dia kata memang dia betul. Kalau mereka kalah dalam kes, semuanya salah," katanya lagi.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor melarang penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi mengikuti BTN.
Menurutnya, tindakan itu cuba menutup kelemahan pembangkang selain cuba mengalih pandangan rakyat di negeri itu untuk terus menagih janji-janji manis pembangkang selepas merampas negeri itu dari BN pada pilihan raya umum lalu.
"Keduanya saya melihat ia adalah cara mereka untuk menwujudkan isu perkauman. Sepatutnya mereka perlu menyokong kerana ia bertujuan untuk membentuk perpaduan di kalangan semua kaum.
"Saya fikir mereka melihatnya (BTN) sebagai ancaman. Kalau betul BTN ini sebagai satu sesi membasuh pemikiran supaya menyokong BN mengapa kita kalah di Selangor?," soal beliau.

Selangor guna isu BTN hentam kerajaan

IPOH 28 Nov. - Agenda utama kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri itu menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN) adalah untuk mengkritik kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihak pembangkang sebenarnya sengaja mencari alasan untuk menuduh kursus BTN tidak elok untuk masyarakat.
Tindakan tersebut katanya, dibuat kerana pihak yang menuduh itu takut akan kehilangan penyokong mereka.
''BTN sebenarnya baik dan saya sendiri pernah mengikuti kursus tersebut. Ia memberi motivasi kepada mereka yang menyertai kursus itu.
''Mereka sengaja menuduh kursus BTN tidak elok. Ia adalah cara untuk mengalihkan pandangan masyarakat kepada satu isu baru dan memberi idea untuk menghentam kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Perak Kali Ke-34 di sini hari ini.
Kerajaan Selangor Rabu lalu mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar IPT di negeri itu mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.
Langkah itu diambil kerana mereka mendakwa kursus tersebut adalah proses doktrinisasi Barisan Nasional (BN) yang boleh mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.
Malah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam menggesa supaya BTN ditutup terus.
Mengulas desakan Kit Siang itu tegas Zambry, ia adalah tindakan orang yang tidak pernah melihat kepada diri sendiri.
''Adakah dia pandai membawa perpaduan kepada negara. Dia sendiri tidak pernah menyertai kursus BTN jadi macam mana dia tahu tidak elok.
''Dia sepatutnya cermin diri sendiri dulu sebelum membuat gesaan melulu itu," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya Zambry berkata, kerajaan negeri melalui Pelan Perancangan Pembangunan Negeri Perak akan mengupayakan golongan belia.
Melalui Bajet 2010 jelasnya, peruntukan RM2 juta disalurkan bagi membantu membangunkan aktiviti-aktiviti belia dan sukan.
''Kita melihat belia adalah tulang belakang kerajaan negeri. Mereka adalah modal insan yang sangat penting pada masa depan," katanya.

Kedah akan kaji dahulu

ALOR SETAR 28 Nov. - Kerajaan negeri tidak akan membuat keputusan melulu untuk mengharamkan kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Kedah mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN).
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan mengenai perkara itu perlu dikaji secara mendalam termasuk menentukan kesesuaiannya untuk diaplikasikan di negeri ini.
Menurut beliau, setakat ini kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang polisi mengenai kursus tersebut dan pendirian akan dibuat selepas pihaknya merujuk kepada agensi-agensi terlibat.
"Apa saja keputusan yang hendak diambil, ia perlu dikaji dari segenap aspek," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditanya apakah Kedah akan mengharamkan kursus BTN seperti yang diputuskan Selangor yang berbuat demikian kerana menganggap ia sebagai proses doktrinisasi Barisan Nasional (BN).
Menurut Azizan, beliau mempunyai corak dan polisi pentadbirannya sendiri yang tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri pembangkang lain.
Sehubungan itu jelasnya, selepas mendapatkan pandangan pihak berkaitan, kerajaan negeri akan menimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat penambahbaikan terhadap kandungan modul kursus BTN sekiranya perlu.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga mungkin tidak akan meneruskan kursus tersebut jika hasil kajian yang diperoleh mendapati ia tidak bersesuaian.
"Amat penting untuk memastikan keputusan yang dibuat memberi kesan positif kepada semua pihak," katanya.

Kroni: Siasat pelaksanaan program SPIES

SHAH ALAM 28 Nov. - UMNO Selangor mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud penyalahgunaan wang kerajaan negeri dalam pelaksanaan program Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES).
Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, desakan itu dibuat kerana dakwaan sedemikian adalah serius serta tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak disebabkan ia melibatkan wang rakyat.
Jelasnya, sekiranya amalan sedemikian berlaku, ia menggambarkan bahawa kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mencapai kepentingan peribadi atau politik mereka.
"Dakwaan ini adalah berat dan satu siasatan perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Sekiranya benar tindakan tegas perlu dilakukan.
"Kita tidak mahu wujud amalan sedemikian (salah guna wang rakyat) di Selangor dengan menggunakan program kerajaan sebagai medium pengantaraan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan menerusi laman blog http://mykmu.net yang mendakwa program SPIES bakal menguntungkan beberapa penceramah motivasi yang rapat dengan pemimpin pakatan pembangkang di negeri itu.
Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang mahu kerajaan negeri mendedahkan kandungan program SPIES yang diperkenalkan pada Jun lalu sekiranya benar ia tidak menyebarkan fahaman politik pembangkang serta membenci Kerajaan Pusat.
Katanya, adalah tidak adil kerajaan negeri mengharamkan pelaksanaan kursus Biro Tata Negara (BTN) dengan mendakwa ia proses doktrinisasi Barisan Nasional (BN) dan supaya membenci pembangkang.
"Kalau benar SPIES bukan proses doktrinisasi pembangkang dan menyemai kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan, saya fikir kerajaan negeri dedahkan kandungan dalam program berkenaan selain menyeSnaraikan penceramah motivasi yang dilantik.
"Jangan jadi seperti perumpamaan Melayu, 'kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih' nanti," ujarnya.

RKIB : 29/11/2009
Kenapa serang BTN?

TIBA-TIBA kursus Biro Tata Negara (BTN) menjadi sasaran pembangkang. Kerajaan Selangor mengharamkan kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi negeri itu mengikuti kursus BTN. Pemimpin utama DAP, Lim kit Siang pula menggesa BTN ditutup.
Mereka mendakwa kursus BTN bersifat perkauman dan menyemai kebencian kepada DAP sedangkan merekalah yang menjadi kilang menerbitkan segala macam kebencian.
Pada Awang, kalau mahu membenci DAP, tidak perlu menjalani apa-apa kursus. Sememangnya majoriti rakyat sudah lama meluat dan curiga dengan muslihat perkauman DAP.
Langkah tersebut sebenarnya bertujuan meruntuhkan institusi penting negara termasuk BTN yang mempunyai sumbangan besar dalam menyemai semangat cintakan negara.
Secara tidak langsung pembangkang cuba menghakis kepercayaan rakyat asas kenegaraan seperti kedudukan Raja, agama Islam, bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan. Usaha tersebut terpaksa dilakukan kerana pembangkang gagal melakukannya di Dewan Rakyat. Itulah yang tersirat.
Awang juga tidak fikir keputusan melarang kursus BTN dibuat semata-mata atas pertimbangan politik, ia turut didorong faktor lain termasuk bisnes.
Tindakan tersebut ada kaitan dengan langkah kerajaan negeri Selangor mewajibkan kursus Spies (Kerohanian, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial). Antara kursus ialah Spies Belia Asas. Peserta Spies diberikan kursus percuma dan ia dikendalikan oleh 33 syarikat konsultan.
Nama, modul dan tempoh juga hampir sama dengan kursus BTN. Persoalannya, kerajaan negeri menerusi Exco, Dr. Halimah Ali melarang kursus BTN tetapi menggantikannya dengan kursus Spies, yang desas-desus berlegar syarikat kroni tertentu dapat peluang bisnes tersebut. Siasatlah siapa yang dapat. Menariknya, BTN dikecam namun kursus Spies diwajibkan.
Awang melihat serangan terhadap BTN, selain ke atas polis, SPRM, media arus perdana dan institusi agama, adalah cubaan menutup banyak kepincangan kerajaan pembangkang. Di sebalik serangan ini, adalah wajar kerajaan memperkasakan lagi BTN dengan peruntukan kewangan lebih besar dan memperluaskan penyertaan kursusnya kepada rakyat semua kaum dan peringkat. Itulah cara melawan pihak yang mahu memusnahkan jiwa dan roh sebenar negara ini.

MARI KITA BERFIKIR....
FIKIR WAHAI KAWAN-KAWAN......LEPAS PIJAK GAMBAR....PEMIMPIN MELAYU .....DENGAN MUDAH
MINTA MAAF KERANA KEPADA RAKYAT MALAYSIA TAKUT MELAYU TAK SOKONG.....ISU BTN PULA TAKUT RAKYAT MALAYSIA FAHAM POLITIK DAN PERPADUAN KAUM.....DISINI SIAPA LEBIH BAIK
BTN ATAU DAP.....SIAP LEBIH PERKAUMAN........FIKIRKANLAH RAKYAT MALAYSIA YANG CERDIK,BIJAK DAN PANDAI MEMILIH YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA......

KITA BERPOLITIK UNTUK CARI KUASA DAN UNTUK CARI KURSI......DAH TU JANGANLAH LUPA PERPADUAN KAUM DAN KEAMANAN NEGARA.....DENGAN PERBUATAN MEMIJAK GAMBAR ADALAH SATU PERBUATAN MENGHINA SATU KAUM ATAU KETURUNAN APAKAH INI BUKAN PERKAUMAN NAMANYA....??
BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN,PERPADUAN DAN BUKAN PERPECAHAN....PIHAK YANG MEMIJAK TUDUH
BTN PERKAUMAN..ITULAH INILAH.....ISLAM MELARANG PERPECAHAN.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.