Pages

Subscribe:

27 April, 2010




Berita Harian OnlineHome

Robert Lau calon BN, Ho Leng calon DAP
Posted on the April 28th, 2010 under Berita, Politic, Tempatan by Syedz

KUCHING – Peguam Robert Lau Hui Yew (gambar), 45, ialah calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada bulan depan.

Pemilihan penolong bendahari cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan 16 Mei hari mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Anggota Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat barah hati pada 9 April lepas. Hui Yew dan Hoi Chew adalah saudara dua pupu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, mendiang Robert Lau menerima 19,138 undi menewaskan calon DAP, Wong Ho Leng (15,903 undi) dan calon PKR, Lim Chin Chuang (812 undi).

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, dipilih sekali lagi oleh Pakatan Pembangkang negeri sebagai calon DAP untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

kredit : kosmo.com.my

Robert Lau calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu
KUCHING 27 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan peguam, Robert Lau Hui Yew (gambar) sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu 16 Mei ini, setelah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Taib yang juga Ketua Menteri berkata, pencalonan Hui Yew oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menunjukkan persediaan yang baik parti itu untuk mengetengahkan pemimpin muda pada masa depan.

''Beliau (Hui Yew) merupakan seorang yang aktif di Sibu dan kebanyakan orang di sana mengenalinya, bagus bermain skuasy dan mempunyai personaliti yang baik serta mudah didekati.

''Beliau boleh bekerja dengan semua parti komponen BN Sarawak dan kali ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada SUPP kerana mempunyai pemimpin baik yang mampu berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hui Yew, 45, bapa kepada empat orang anak merupakan Penolong Bendahari SUPP Sibu dan saudara dua pupu kepada bekas Ahli Parlimen Sibu iaitu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Peguam lulusan University of Hull, Britain itu merupakan anak kepada hartawan serta dermawan terkemuka di negeri ini iaitu Lau Swee Nguong.

Dalam pada itu, Abdul Taib berkata, beliau melihat peluang BN untuk menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu kali ini adalah cerah.

''Sebagaimana kesan yang berlaku di Hulu Selangor, ia menunjukkan rakyat ketika ini semakin mempercayai kepimpinan Perdana Menteri untuk membawa transformasi yang lebih baik kepada rakyat negara ini.

''Saya percaya, rakyat Sibu juga akan yakin dengan keikhlasan yang cuba dibawa Najib untuk membawa Malaysia ke arah masyarakat yang lebih moden dan makmur," jelas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK Parlimen Sibu pada 16 Mei ini manakala tarikh penamaan calon pada 8 Mei.

Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Muhibbah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawakku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekal lah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.