Pages

Subscribe:

28 April, 2010

[hang nadim] jangan salah guna blog...




'Saya terima RM4 juta'
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.

"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.

"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

Penantian enam tahun berakhir



NAJIB Tun Razak menyampaikan cek RM3 juta kepada Pengerusi Lembaga Pengelola SJKC Rasa, Ng Tek Kui di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 28 April - Penantian kira-kira enam tahun masyarakat Cina bagi membina bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Hulu Selangor berakhir hari ini.

Ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan janjinya pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dengan menyampaikan cek bernilai RM3 juta untuk sekolah berkenaan.

Guru Besar sekolah itu, Ng Kin Mooi berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan peruntukan itu sebagaimana yang telah dijanjikan dalam pilihan raya kecil tersebut.

''Dengan peruntukan itu dapatlah kami menggantikan bangunan sekolah yang telah berusia kira-kira 80 tahun itu.

''Kami merancang membina bangunan baru yang boleh menempatkan 24 buah kelas di tapak baru yang telah diluluskan kerajaan negeri tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek berkenaan di sini hari ini.

Kin Mooi berkata, setakat ini sekolah yang telah agak usang itu menempatkan 300 murid dari sekitar Rasa dan Bukit Beruntung dan mempunyai 25 tenaga pengajar.

''Saya jangka dalam tempoh dua tahun bangunan baru itu akan disiapkan dan lokasinya tidak jauh dari tapak asal.

''Selepas bangunan baru disiapkan, pihak kami merancang membuat permohonan baru agar tapak lama sekolah itu dapat digunakan untuk aktiviti penduduk setempat," katanya


Si buta IT kaut untung kafe siber

KOTA - Kemajuan teknologi maklumat dengan pesat menyebabkan kafe siber tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Masyarakat dulu buta IT kini semakin menyedari kepentingan teknologi mempelajari dan menguasai ilmu dunia tanpa sempadan ini.

Pengusaha kafe siber 1st Click Cyber Cafe, Madznah Talib, 53, memilih pernia-gaan kafe siber yang mula ditubuhkan pada 17 Jun 2008 dan masih beroperasi sehingga kini sebagai sumber pendapatan.

Dia menyedari setiap perniagaan mempunyai risiko kerana sebelum ini dia terlibat dalam perniagaan kerepek dan buah naga, tetapi terpaksa berhenti apabila perniagaan kurang mendatangkan keuntungan.

Tidak tahu

Dia mengakui tidak mengetahui perniagaan berasaskan teknologi maklumat kerana tidak terdedah dengan dunia IT.

Namun atas cadangan anak dan saudara, dia nekad serius dalam perniagaan ini.

“Pada mulanya saya memang tidak yakin dengan keputusan dibuat, namun sokongan dan dorongan diberikan membuatkan saya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan sepanjang menerajui perniagaan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian 1st Click Cyber Cafe di Tingkat 1, Jalan Besar Kota.

Ibu tunggal memiliki dua anak ini bersemangat dan berusaha gigih mencari pendapatan selepas suami tercinta meninggal dunia lima tahun lalu akibat penyakit buah pinggang.

“Sebagai ibu, saya masih memiliki tanggungjawab membesarkan anak-anak. Saya tidak boleh duduk diam tanpa melakukan kerja. Walaupun terpaksa berdepan pelbagai masalah, saya bulatkan hati terus berjuang menambah pendapa-tan keluarga,” katanya yang mengeluarkan modal sebanyak RM45,000 bagi perniagaan kafe siber ini.

Selepas hampir dua tahun mengusahakan perniagaan ini, dia kini boleh menarik nafas lega apabila mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penduduk setempat. Walaupun terdapat persaingan, namun dia me-ngambil secara positif.

“Saya sedar setiap perniagaan mempunyai persaingan, namun bagaimana cara mengatasi terpulang kepada pengusaha. Saya memiliki prinsip sendiri apabila berniaga. Bagi saya ajal, maut dan rezeki semua di tangan Tuhan,” katanya.

Didik remaja

Seperti pengusaha lain keuntungan menjadi keutamaan, tetapi bagi dirinya selain berniaga dia turut berdakwah dengan mendidik jiwa anak muda supaya tidak leka kerana penggunaan komputer akan memberi impak negatif terhadap pemikiran golongan muda jika disalah guna.

:“Saya tidak mahu anak-anak didedahkan dengan perkara negatif seperti melihat gambar lucah atau melayari laman web sembarangan sehingga mempengaruhi tingkah laku mereka,” katanya.

Dia tidak mahu keuntungan berlipat ganda, tetapi akhlak golongan muda tercemar dengan unsur tidak baik menyebabkan mereka menjadi pelajar bermasalah sekali gus mengganggu konsentrasi pelajaran.

“Anak-anak muda perlu dididik dengan cara berhemah. Kita tegur dengan cara baik. Jika mereka enggan terima, mungkin mereka tidak akan datang ke kafe ini semula. Tetapi saya tidak rugi kerana niat saya bagi membantu sudah dilakukan,” katanya.

Madznah berkata, dia sememangnya tegas terhadap pelanggan nakal kerana bimbang masalah sosial melanda golongan muda ketika kini sehingga menggelapkan masa depan menular.

:“Saya mahu masyarakat memiliki persepsi positif terhadap kafe siber. Disebabkan itu sebagai pengusaha saya tidak mahu kafe siber dicemari perkara tidak elok sedangkan fungsi dan peranan kafe siber adalah bagi mendapatkan maklumat berguna melalui Internet,” katanya.

Masyarakat sedia maklum mengenai penggu-naan Internet ada positif dan negatifnya. Dia tidak mahu kafe sibernya memberi imej buruk kepada masyarakat.

“Saya akan memantau aktiviti dilakukan di kafe ini. Saya tidak membenarkan mereka membuka laman web lucah dan meminta menjaga perlakuan sepanjang menggunakan komputer di sini,” katanya.

Aktif kerja amal

Selain berniaga, dia juga aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) apabila bertindak selaku Yang Dipertua Persatuan Hal Ehwal Wanita (Helwa) Daerah Rembau dengan memiliki seramai 157 ahli.

Menurutnya, sejak dulu dia berminat terhadap kerja kebajikan dan membantu golongan memerlukan terutama golongan wanita. Disebabkan itu, dia aktif menjalankan program bagi membela nasib wanita.

:“Golongan wanita perlu bangkit dan tidak hanya menyalahkan takdir semata-mata sedangkan mereka memiliki kudrat bagi memajukan diri sekali gus mengeluarkan keluarga daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

:Menurutnya, golongan wanita terutama ibu tunggal perlu bekerja keras kerana banyak ruang dan peluang dibuka kepada golongan ini mengikuti latihan dan bimbingan bagi menjana pendapatan.

“Persatuan ini menjadi platform terbaik golongan wanita memperjuangkan nasib supaya mendapat pembelaan yang sewajarnya dan memperoleh kehidupan lebih selesa,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.