Pages

Subscribe:

15 April, 2010

[hang nadim] Setiap hari lelaki Malaysia kahwin wanita Indonesia dari Sumatera

MEDAN 15 April - Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu Bernama, bahawa pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail.

Rakyat Malaysia perlu mendapat surat pengesahan warga negara dari Bahagian Konsular di sini sebelum mereka dibenarkan menikahi wanita Indonesia di Sumatera.

Sebelum datang ke Sumatera, seseorang lelaki harus mendapat surat izin berkahwin di luar negara, sijil kursus perkahwinan, surat status bujang, berkahwin atau duda dan janda serta surat izin berpoligami bagi yang masih beristeri, daripada pihak berkuasa agama Islam di negeri asal mereka.

Ismail berkata, pasangan yang berkahwin itu bertemu jodoh di Malaysia dan wanita Indonesia pilihan lelaki Malaysia biasanya bekerja sebagai pembantu rumah atau di sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan seperti pencuci.

"Ramai calon isteri mereka merupakan janda yang sudah beranak dan wanita-wanita ini berkahwin kerana faktor jaminan hidup di Malaysia," katanya.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di Sumatera atas permintaan pengantin perempuan untuk restu daripada wali, dan selepas berkahwin, isteri mereka dibawa pulang ke Malaysia.

Mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 di bawah kemudahan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, isteri warga negara asing kepada suami warga negara Malaysia layak tinggal di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama dan selepas itu boleh disambung untuk tempoh 12 bulan setiap tahun sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun, isteri berkenaan layak memohon menjadi penduduk tetap Malaysia manakala anak-anak pasangan itu automatik menjadi warga negara Malaysia.

Apa yang menyedihkan, kata Ismail, ialah ada rakyat Malaysia sanggup menceraikan isteri warga negara Malaysia mereka untuk menikahi isteri warga negara asing.

"Ada juga lelaki Malaysia berkahwin kali kedua kerana telah kematian isteri pertama," katanya.

Perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan wanita Indonesia di Sumatera sangat kurang.

Sebagai contoh, pada Mac, hanya ada dua pasangan bukan Islam berkahwin.

Bagi bukan Islam, mereka perlu mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk berkahwin di luar negara. - BERNAMA

Nasihat Tengku Abdullah kepada pasangan suami isteri




TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah diberi penerangan oleh Dr. Mohamad Faizal Saukani tentang keadaan mangsa simbahan asid, Zarina Wahab di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, semalam.

KUANTAN 15 April - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati suami isteri supaya tidak bertindak ganas sehingga sanggup mencederakan pasangan masing-masing ketika bersengketa.

Baginda bertitah, tindakan mencederakan pasangan masing-masing hanya akan menganiaya mangsa dan merupakan perbuatan yang sia-sia.

''Suami isteri tidak seharusnya bertindak zalim kepada pasangan hanya kerana perasaan marah yang disimpan bertahun-tahun.

''Tindakan mencederakan pasangan seperti kes seorang isteri menjadi mangsa simbahan asid suami sendiri baru-baru ini tidak seharusnya berlaku," titah baginda selepas mengunjungi mangsa simbah asid, Zarina Wahab, 44, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak untuk melakukan hubungan seks, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun tersebut dikatakan baru sahaja pulang ke rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini selepas dipercayai keluar bermain judi.

Berikutan insiden itu, suaminya, Supian Hani Ismail, 47, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini selepas lima hari kejadian tersebut.

Titah Tengku Abdullah, tindakan sedemikian bukan sahaja menganiaya mangsa, malah anak-anak turut merasai kesannya sehingga mengganggu perkembangan mereka.

''Seperti kes yang menimpa Zarina, bukan sahaja dia terpaksa menanggung kesan kecederaannya sepanjang hayat tetapi suaminya juga terpaksa menerima hukuman iaitu dipenjarakan.

''Suami yang meringkuk dalam penjara akan menambahkan beban kepada keluarga tersebut kerana anak-anak terpaksa membesar tanpa belaian daripada seorang yang bergelar ayah," titah baginda.

Tengku Abdullah berharap kejadian seumpama itu tidak berulang dan akan menjadi iktibar kepada semua pihak.

Panahan cinta wanita Sumatera


PASANGAN lelaki Malaysia dan wanita Indonesia pada majlis perkahwinan mereka. - Gambar hiasan



MEDAN - Secara purata seorang lelaki rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka dijadikan isteri kedua.

Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, pada Januari, terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari (29 pasangan) dan Mac sebanyak 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam," katanya.

Ahadiat ugut cerai - Bekas isteri
Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my



SHAHILAH bekas isteri Ahadiat (gambar kecil) hadir perbicaraan mengubah tuntutan nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kedua Ahadiat Akashah mendakwa dirinya diugut dan dipaksa novelis terkenal itu untuk bercerai dengan menandatangani surat perjanjian sekiranya tidak mahu ditinggalkan ketika memberikan keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam.

Shahilah Mat Nazir, 38, turut menuduh bekas suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Norhayati Mohd. Fauzi sebelum mereka bercerai pada 12 April 2000.

Norhayati berkahwin dengan Ahadiat pada 13 Ogos 2000.

Selain itu, Shahilah juga mengaku dipaksa menandatangani satu surat yang memberi kebenaran kepada Ahadiat untuk tidak membayar ansuran rumah berjumlah RM600 sejak 2005.

Shahilah selaku defendan memberi keterangan dalam permohonan yang difailkan Ahadiat untuk mengubah perintah nafkah anak, Aishah Akashah, 13, sebanyak RM300 seperti yang diperintah mahkamah selepas sah bercerai pada 12 April 2000.

ARKIB : 15/04/2010
Suami rayu isteri, empat anak pulang



Naim Din menunjukkan surat laporan polis bagi membantu mengesan isteri dan anak-anaknya di pejabat Utusan Melayu Ipoh, semalam.

IPOH 14 April - Seorang pemandu lori merayu isterinya yang keluar rumah bersama empat anaknya pada 16 Februari lalu agar pulang segera ke pangkuannya. Naim Din, 43, dari Pasir Putih berkata, dia amat bimbangkan keselamatan isterinya, Laili Rozita Mohd. Nazri, 40, dan anak-anaknya yang berumur antara empat hingga 17 tahun itu.

''Puas saya cari mereka termasuk di rumah saudara dan mentua, tapi saya diberitahu mereka tiada," katanya di sini hari ini.

Menurut lelaki itu, Laili Rozita keluar rumah pada 16 Februari lalu dengan membawa empat anak perempuan mereka selepas berlaku sedikit perselisihan faham.

Katanya, anak sulung mereka, Mohd. Nor Tuah, 19, dan anak kelima, Mohd. Al-Amin, 6, masih di bawah jagaannya.

Kata Naim, dia telah membuat dua laporan di Balai Polis Pasir Putih pada 5 Mac dan 9 April lalu bagi membantu mengesan isteri dan anak-anaknya setelah pencarian yang dilakukannya sendiri gagal.

''Hati saya jadi tak keruan memikirkan perkara ini kerana dia adalah isteri saya dan yang dia bawa itu adalah anak-anak saya.

''Mohd. Al-Amin juga sering bertanya di mana ibu dan adik-beradik dia yang lain. Saya rayu mereka pulanglah," ujarnya.

Dalam masa sama, dia berharap sesiapa yang mengenali isteri dan anak-anaknya itu agar dapat menghubunginya di talian 019-4244025.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.