Pages

Subscribe:

08 Mei, 2010

[ hang nadim] Ladang Anggur.....Malaysia




Sik bakal jadi pengeluar utama anggur

SIK 7 Mei - Daerah ini akan menjadi antara lokasi utama pengeluaran anggur negara apabila projek penanaman anggur di sekitar kawasan Empangan Beris dekat sini mengeluarkan hasil sepenuhnya tidak lama lagi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tanaman anggur baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, projek perintis fasa pertama dengan 1,000 pokok anggur yang digerakkan Excel Agrotech Sdn. Bhd. kini berjaya membuahkan hasil memberangsangkan di kawasan seluas 1.6 hektar di Kampung Ternas.

"Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan produk tradisional seperti ikan pekasam dan kuih muih. Namun dengan adanya teknologi pertanian baru, kita mahu Sik juga dikenali sebagai pengeluar anggur utama negara," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja ladang anggur itu baru-baru ini.

Menurut Azizan, beberapa kawasan tanah terbiar di daerah ini juga telah dikenal pasti untuk ditanam dengan anggur.

"Terdapat banyak lagi tanah terbiar di Sik dan kita berharap pihak swasta dan usahawan tani dapat menggerakkan usaha menjadikan Sik sebagai lokasi pengeluaran anggur utama negara tidak lama lagi," jelasnya.

Tambahnya, kewujudan ladang anggur terbabit dijangka turut memberikan impak positif kepada pengusaha sektor pelancongan pada masa akan datang.

"Apabila wujudnya ladang anggur, para pengusaha sektor pelancongan boleh membina calet atau rumah rehat bagi tujuan menarik kemasukan pelawat dan menikmati suasana serta keindahan alam di Tasik Beris," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Excel Agrotech, Amiruddin Malik berkata, projek tanaman anggur itu dimulakan pada 2007 di pinggir Tasik Beris dengan modal kira-kira RM500,000.

"Selama ini kita menganggap anggur hanya sesuai ditanam di negara yang mempunyai empat musim. Sekarang dengan kemajuan teknologi pertanian, ia boleh ditanam di Sik,'' ujarnya.

Katanya, pokok anggur yang ditanam sejak kecil akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 bulan untuk matang dan mengeluarkan hasil.

Ditanya tentang kaedah penanaman, Amiruddin memberitahu, anggur yang ditanam di situ menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

"Sebelum mengambil keputusan menanam anggur di sini, saya telah membuat kajian kesesuaian tanah selain mempelajari teknik-teknik daripada pengusaha di Thailand dan Perlis," katanya.

Beliau berkata, berikutan kejayaan tersebut, syarikatnya kini sedang mengembangkan penanaman anggur di kawasan seluas 12 hektar dengan 7,000 batang pokok di kawasan Sungai Senam dekat sini.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi di talian 04-4620466 atau faks 04-4620611.

December 26, 2009
Ladang Anggur @ Sendayan Valley

Where was the trip..? To the grape farm in Seremban at Sendayan Valley. Actually the grand opening is suppose on Febuary or March 2010 but because dad contacted the owner of the farm Mr Authur which he agreed for us to visits the farm. "TQ uncle Authur.... want to visit again lah"

Our trip.. well quite tiring because, since we're stayed in Puchong, it took us 45 minutes headed to KL to fetch for our aunties which they’re staying in Bukit Bintang area. Luckily we have an extra car to use. Else..macam ikan sardine laa kelisa aku ya... hihihihi

And it took us an 1 hour trip to Seremban. Thought that dad knows the way to Seremban.. ended up, me lead the way. haiya...

When we reached there, a Thai worker; who is so friendly :) have waited for us. He showed us everywhere but pity, there’s no ripe grapes on the trees. All the fruits are not ready to be sold nor eaten.

I’m happy that this is the 1st time I see with my own eyes how does the grape trees looks like... (ye laa..selalu tengok dalam tv je..discovery channel tuh..). You can even walk underneath the trees...

LANGKAH 1
Terlebih dahulu lihat keadaan cuaca di kawasan anda. CUACA
sekitar mesti panas. Sekurang-kurangnya 80% sinaran
matahari dan JANGAN terlindung. Lagi panas lagi bagus.
Cuaca di Malaysia sebenarnya amat sesuai untuk tanaman
anggur. Anggur akan lebih manis dalam cuaca panas.
Pembuahannya juga boleh dirancang. Elakkan daripada
melakukan pembuahan pada musim hujan.
Air yang berlebihan akan menyebabkan buah kurang manis,
mudah pecah dan busuk.
Bersihkan kawasan penanaman daripada batu, akar, rumpai dan
benda asing.

Langkah 2
Gemburkan tanah sedalam 1-2 kaki dalam. Tabur kapur
pertanian 600 gram setiap meter persegi (bagi tanah yang
pH sangat berrmasalah). Biarkan selama 4 minggu.
Tanah yang berpasir juga sesuai bagi tanaman anggur.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 11
Korek lubang sedalam 1 1/2 kaki, lebar 2 kaki . Bagi tanah
berbukit, elakkan air tidak bertakung didalamnya. Masukan
tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja organan
ke dalam lubang yang disediakan.
Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat
digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.
Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas
diperlukan.
Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung
disekitar pokok.
Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin),
tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.
Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.
Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci
luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon
anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 12

LANGKAH 3
Anggur memerlukan medium yang gembur dan telus air.
Campuran tanah perlu dibuat iaitu satu (1) bahagian tanah,
satu (1) bahagian pasir dan dua (2) bahagian bahan organik.
Gunakan tanah asal untuk campuran tanah. Pasir biasa boleh
digunakan. Bahan organik adalah najis ayam yang telah
diproses.
Bagi tanah yang kurang sesuai elok dibuang tanah asal ( dari
lubang yang dikorek). Dapatkan tanah bahagian atas (topsoil)
atau untuk tanaman berskala kecil beli tanah dari neseri. Gaul
bahan tadi hingga sebati.

LANGKAH 4
Membuat ujian tanah
• Dapatkan beberapa sampel dengan kedalaman 6-8 cm. Lebih
banyak sampel lebih tepat bacaan pH tanah.
• Sedikit sampel-sampel tadi kemudiannya dimasukkan ke
dalam bekas yang mengandungi air suling. Sebelum itu
pastikan air suling tersebut mempunyai nilai pH 7 (neutral).
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 13
• Gunakan pH meter untuk mendapatkan keputusan lebih tepat.
Kertas pH boleh juga digunakan untuk mengetahui nilai pH
campuran sampel.
• Di pasaran sekarang terdapat peralatan yang dinamakan ’Soil
pH test kit’ yang mudah diguna dan dibawa kemana-mana.

LANGKAH 5
Keluarkan anak benih dari polibeg dan tanam ke dalam lubang
yang disediakan. Padatkan sedikit di sekeliling pokok.
Jarak bagi tanaman ini ialah 1.5m x 3m. Setiap lubang pokok
dimasukkan 4kg baja Organik beserta dengan baja CIRP
sebanyak 115gm.
Lakukan penyiraman 2 kali sehari. Lakukan penyiraman pada
awal pagi dan lewat petang.
Anggur memerlukan sekitaran akar yang lembab tetapi
elakkan air bertakung. Air bertakung akan merosakkan akar
tanaman.
Pada musim hujan tidak perlu dilakukan penyiraman. Lebihkan
penyiraman pada musim kemarau sehingga 3 kali sehari.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 14
Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan
bertakung
Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari
sebelum dipetik buahnya.

LANGKAH 6
Buatkan sokongan dengan menggunakan kayu atau buluh.
Tujuannya adalah supaya pokok dapat naik tegak dan
menjalar. Ikat batang pada sokongan dalam keadaan
longgar.
Pembajaan perlu dilakukan setiap bulan. Jarak pembajaan
adalah antara 7-10 hari. Cara pembajaan adalah dengan
membuat poket/lubang sedalam 4-5 cm di sekeliling pokok
dengan jarak 1 kaki (30cm).

UMUR (BULAN) BAJA / POKOK / BULAN
3 - 6 20g urea + 20g 15:15:15
7 - 9 50g urea + 40g 15:15:15
10 - 11 100g urea + 80g 15:15:15
12 - 15 130g urea + 130g 15:15:15
16 - 24 300g 12:12:17:2 + TE
24 300g 12:12:17:2 + TE

Jadual pembajaan
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 15
Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.
Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas
tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG BAJA
Semasa awal pertumbuhan
Nitrogen (N)
Sangat diperlukan sepanjang 2 tahun penanaman.
Sumbernya adalah dari baja urea, baja NPK dan
bahan organik.
Phosphorus (P)
Unsur ini diperlukan dengan banyak di kawasan baru.
Ia penting dalam perkembangan sistem akar.
Kalium (k)
Unsur ini juga diperlukan dengan banyak di kawasan
baru. Ia penting dalam perkembangan sistem akar.
Bahan Organik
Membekalkan unsur N. Ia juga dapat memperbaiki
tekstur dan kesuburan tanah.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 16

LANGKAH 7
*** Ini merupakan langkah yang paling penting untuk memastikan
pokok anggur kita berbuah dan mempunyai kualiti buah yang
cantik serta hasil yang tinggi. Pemangkasan perlu dilakukan
mengikut masa tertentu. Teknik pemangkasan juga perlu diambil
kira.
Cantasan latihan dibuat bertujuan untuk membentuk pokok
dan menyediakan zon pembuahan.
1. Anak pokok mungkin mempunyai beberapa cabang.
Setelah mencapai ketinggian satu (1) kaki, pilih satu
cabang paling sihat dan buang cabang yang lain.
2. Setelah mencapai ketinggian tiga (3) kaki, buang
semua daun dan tunas sisi. Tinggalkan pucuk sahaja.
3. Setelah mencapai ketinggian lima (5) kaki, potong
pucuk dan 3- 4 helai daun di bawah pucuk.
4. Apabila tunas tumbuh jadikan 4 tunas sahaja
sebagai dahan utama.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 17
5. Bila mencapai panjang 5 kaki 4 dahan utama
dipotong pucuknya. Pada dahan-dahan utama ini
akan muncul tunas-tunas baru yang akan matang
membentuk zon buah.
*** Zon buah penting dalam menentukan pengeluaran hasil yang
diharapkan. Daripada tunas-tunas matang inilah nanti akan
mengeluarkan jambak-jambak bunga dan seterusnya menjadi
buah yang segar dan enak.
Rajah yang menunjukkan teknik bentuk pemangkasan pokok anggur yang baik.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 18
: Pemangkasan untuk Pembuahan
Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan
dibuat.
Buang semua daun dan potong cabang yang tidak
dikehendaki.
Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting
yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang.
Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang.
Uruskan kerja dengan baik dan teratur .
Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang
gugur disekitarnya .

Menambah Kemanisan Buah
Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%.
Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila
buah hampir masak (30 hari sebelum buah di petik).
Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat
membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.
Merancang pembuahan pada musim panas.
Gambar- gambar diatas menunjukkan kawasan tanaman anggur
yang terdapat di Malaysia.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 23

LANGKAH 8
‘PENGAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK’
Mengikut kajian dan pemerhatian yang dijalankan setakat ini,
masalah penyakit dan perosak tidak lagi ketara terhadap tanaman
ini oleh kerana tanaman ini masih lagi baru di Malaysia. Anda tidak
perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan tanaman anggur
anda. Walau bagaimanapun, penyakit dan perosak yang telah
dikenalpasti menyerang tanaman ini ialah seperti berikut:
1. Perosak seperti Kumbang Apogonia Destructor ( bersaiz
kecil, hitam dan berkilat) boleh dihapuskan menggunakan
racun serangga berasaskan air (H20). Kumbang ini hanya
keluar pada waktu malam. (tanaman berskala kecil)
2. Teknik kawalan biologi adalah dengan menyembur air
basuhan beras ke atas daun tanaman.
3. Semburan racun serangga dan kulat perlu dilakukan pada
tiap-tiap minggu.
4. Penyakit seperti Antraknos yang menyerang pucuk, daun
dan buah boleh dikawal menggunakan racun Benlate.
5. Penyakit seperti Karat yang menyerang daun dan buah
boleh dikawal menggunakan racun Bayleton.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 24
6. Selain itu penyakit Kulapuk Downy yang biasanya menyerang
pucuk, daun dan tendril bunga hendaklah ikawal
menggunakan Ridomil dan Mikal.
KAWALAN RUMPAI’
Rumpai atau tumbuhan selain anggur hendaklah
dihapuskan. Elakkan penggunaan racun rumpai semasa
pokok masih kecil. Elok menggunakan cangkul atau cabut.
Kehadiran rumpai memberi kesan terhadap ketersedian
nutrien dalam tanah, berlaku persaingan antara anak
pokok dengan rumpai tersebut.
Perosak juga boleh menjadikan rumpai sebagai perumah.
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 25
Gambarajah menunjukkan kehadiran serangga dan penyakit pada tanaman anggur di
Malaysia.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 26
Kebanyakkan Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 19
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 20
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 21
Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.