Pages

Subscribe:

09 Mei, 2010

[hang nadim] Najib arrives in Cambodia for official visit









Najib Tun Razak disambut oleh Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, semalam. – Bernama

Monday May 10, 2010
PHNOM PENH: Datuk Seri Najib Tun Razak arrived here yesterday to begin his three-day official visit to Cambodia.

The Prime Minister and his wife Datin Seri Rosmah Mansor were greeted upon arrival at the Phnom Penh International Airport at 6.50pm (7.50pm Malaysian time) by Cambodian Information Minister Khieu Kanharith.

Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman and Malaysian Ambassador to Cambodia Datuk Pengiran Mohd Hussein Mohd Tahir Nasruddin were also present at the airport to welcome them.

This is Najib’s first official visit to this country after assuming office in April last year, and the visit, among others, is aimed at enhancing bilateral ties and trade between the two countries.

He is scheduled to begin the second day of his visit by attending a wreath-laying ceremony at the Independence Monument before calling on his Cambodian counterpart, Hun Sen, and hold bilateral talks at the Council of Ministers here tomorrow, reports Bernama.

In Petaling Jaya, IZATUN SHARI reports that Najib assured the public that government policies would be fair and equitable to ensure that the New Economic Model would be inclusive.

He said the policies must not only take care of business interests but also the lower income group.

“The emphasis is also on the 40% lower income group. Those people need help and they will be given the necessary support by the Government,” he pledged in his 1Malaysia website www.1Malaysia.com.my.

Najib was responding to a comment on NEM by someone with the pseudonym “Mboleh”, who questioned the NEM saying it would not resolve the country’s fundamental problems – discriminatory policies and implementation.
Ads by Google

Tingkat hubungan perdagangan

PHNOM PENH, 9 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini lewat petang ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja iaitu lawatan rasmi pertama beliau ke negara itu sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lepas.

Najib, yang diiringi oleh isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di sini pada pukul 6.50 petang (7.50 malam waktu Malaysia) dan disambut oleh Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd. Hussein Mohd Tahir Nasruddin juga turut hadir untuk menyambut mereka.

Lawatan Najib itu bertujuan meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan.

Perdana Menteri dijangka memulakan lawatan hari kedua dengan menghadiri majlis meletakkan kalungan bunga di Tugu Kemerdekaan sebelum mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Hun Sen di sini esok.

Kemudian Najib akan mengadakan dialog dengan pelabur dan ahli perniagaan Malaysia di sebuah hotel di sini sebelum Hun Sen menyertainya pada Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja dan majlis jamuan tengah hari di hotel sama.

Kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan majlis menandatangani enam perjanjian perniagaan bernilai US$1 bilion (RM3.3 bilion).

Lima perjanjian itu adalah antara sektor swasta dari kedua-dua negara itu manakala sebuah lagi antara sebuah syarikat Malaysia dengan agensi kerajaan Kemboja.

Najib juga dijadual melawat Pusat Operasi Hello Axiata, syarikat usaha sama Malaysia-Kemboja dalam industri telekomunikasi dan melawat tapak pembinaan kompleks baru Kedutaan Malaysia.

Sementara itu, Rosmah akan mengadakan aturcara berasingan esok dengan melawat Hospital Kuntha Bopha IV dan Sekolah Tinggi Bun Rany Hun Sen.

Perdana Menteri dan isteri akan mengakhir lawatan hari kedua dengan menghadiri jamuan malam rasmi yang dihoskan oleh Hun Sen dan isteri Bun Rany di sebuah hotel di sini.

Pada hari terakhir, Najib dijadual menghadap Raja Norodom Sihamoni di Royal Palace di sini.

Beliau kemudian akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Dewan Perhimpunan Kebangsaan Heng Samrin dan Presiden Senat, Chea Sim di Dewan Senat di sini.

Najib dan isteri dijadual berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 12.30 tengah hari waktu Malaysia pada Selasa ini. – BERNAMA

NEGARA KEMBOJA
Kerajaan Kamboja adalah sebuah negara berbentuk monarki konstitusional di Asia Tenggara. Negara ini merupakan penerus Kekaisaran Khmer yang pernah menguasai seluruh Semenanjung Indochina antara abad ke-11 dan 14.

Kamboja berbatasan dengan Thailand di sebelah barat, Laos di utara, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di selatan. Sungai Mekong dan Danau Tonle Sap melintasi negara ini.

Menjelang kemerdekaannya, Negara Kesatuan Republik Indonesia banyak membantu negara Kamboja ini. Buku - buku taktik perang karangan perwira militer Indonesia banyak digunakan oleh militer Kamboja. Oleh karenanya, para calon perwira di militer Kamboja, wajib belajar dan dapat berbahasa Indonesia.

Sejarah
Perkembangan peradaban Kamboja terjadi pada abad 1 Masehi. Selama abad ke-3,4 dan 5 Masehi, negara Funan dan Chenla bersatu untuk membangun daerah Kamboja. Negara-negara ini mempunyai hubungan dekat dengan China dan India. Kekuasaan dua negara ini runtuh ketika Kerajaan Khmer dibangun dan berkuasa pada abad ke-9 sampai abad ke-13.

Kerajaan Khmer masih bertahan hingga abad ke-15. Ibukota Kerajaan Khmer terletak di Angkor, sebuah daerah yang dibangu pada masa kejayaan Khmer. Angkor Wat, yang dibangun juga pada saat itu, menjadi simbol bagi kekuasaan Khmer.

Pada tahun 1432, Khmer dikuasai oleh Kerajaan Thai. Dewan Kerajaan Khmer memindahkan ibukota dari Angkor ke Lovek, dimana Kerajaan mendapat keuntungan besar karena Lovek adalah bandar pelabuhan. Pertahanan Khmer di Lovek akhirnya bisa dikuasai oleh Thai dan Vietnam, dan juga berakibat pada hilangnya sebagian besar daerah Khmer. Peristiwa ini terjadi pada tahun 1594. Selama 3 abad berikutnya, Khmer dikuasai oleh Raja-raja dari Thai dan Vietnam secara bergilir.

Pada tahun 1863, Raja Norodom, yang dilantik oleh Thai, mencari perlindungan kepada Perancis. Pada tahun 1867, Raja Norodom menandatangani perjanjian dengan pihak Perancis yang isinya memberikan hak kontrol provinsi Battambang dan Siem Reap yang menjadi bagian Thai. Akhirnya, kedua daerah ini diberikan pada Kamboja pada tahun 1906 pada perjanjian perbatasan oleh Perancis dan Thai.

Kamboja dijadikan daerah Protektorat oleh Perancis dari tahun 1863 sampai dengan 1953, sebagai daerah dari Koloni Indochina. Setelah penjajahan Jepang pada 1940-an, akhirnya Kamboja meraih kemerdekaannya dari Perancis pada 9 November 1953. Kamboja menjadi sebuah kerajaan konstitusional dibawah kepemimpinan Raja Norodom Sihanouk.

Pada saat Perang Vietnam tahun 1960-an, Kerajaan Kamboja memilih untuk netral. Hal ini tidak dibiarkan oleh petinggi militer, yaitu Jendral Lon Nol dan Pangeran Sirik Matak yang merupakan aliansi pro-AS untuk menyingkirkan Norodom Sihanouk dari kekuasaannya. Dari Beijing, Norodom Sihanouk memutuskan untuk beraliansi dengan gerombolan Khmer Merah, yang bertujuan untuk menguasai kembali tahtanya yang direbut oleh Lon Nol. Hal inilah yang memicu perang saudara timbul di Kamboja.

Khmer Merah akhirnya menguasai daerah ini pada tahun 1975, dan mengubah format Kerajaan menjadi sebuah Republik Demokratik Kamboja yang dipimpin oleh Pol Pot. Mereka dengan segera memindahkan masyarakat perkotaan ke wilayah pedesaan untuk dipekerjakan di pertanian kolektif. Pemerintah yang baru ini menginginkan hasil pertanian yang sama dengan yang terjadi pada abad 11. Mereka menolak pengobatan Barat yang berakibat rakyat Kamboja kelaparan dan tidak ada obat sama sekali di Kamboja.

Pada November 1978, Vietnam menyerbu RD Kamboja untuk menghentikan genosida besar-besaran yang terjadi di Kamboja. Akhirnya, pada tahun 1989, perdamaian mulai digencarkan antara kedua pihak yang bertikai ini di Paris. PBB memberi mandat untuk mengadakan gencatan senjata antara pihak Norodom Sihanouk dan Lon Nol.

Sekarang, Kamboja mulai berkembang berkat bantuan dari banyak pihak asing setelah perang, walaupun kestabilan negara ini kembali tergoncang setelah sebuah kudeta yang gagal terjadi pada tahun 1997



Malaysia dipelawa import beras Kemboja
PHNOM PENH 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Kemboja mempelawa Malaysia mengimport beras dari negara itu yang kini mempunyai lebihan sebanyak 3.5 juta tan metrik bagi memenuhi keperluan beras negara.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dinyatakan secara khusus oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ketika pertemuan dua hala kedua-dua pemimpin hari ini.

"Beliau (Hun Sen) mempelawa syarikat-syarikat dari Malaysia untuk mendirikan kilang-kilang memproses padi dan seterusnya mengeksport beras Kemboja," katanya kepada media Malaysia selepas majlis Makan Tengah Hari dan Forum Perniagaan Malaysia-Kemboja di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Kemboja, Datuk Pengiran Mohd. Hussein Mohd. Tahir Nasruddin.

Sebanyak 30 peratus atau kira-kira 750,000 tan metrik daripada keperluan beras negara merupakan beras yang diimport.

Kata Najib, pada pertemuan tersebut, Perdana Menteri Kemboja berhasrat untuk mengembangkan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan di mana jumlahnya tahun lalu kira-kira AS$178 juta (RM623 juta).

"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa usaha perlu dilakukan untuk memperluaskan hubungan dagangan antara kedua-dua negara di mana jumlah barangan agak terhad.

"Bagaimanapun beliau berpuas hati dengan tahap pelaburan oleh syarikat Malaysia di Kemboja yang bernilai AS$1.8 bilion (RM6.3 bilion) sejak 1994 hingga tahun lalu," kata Perdana Menteri.

Jelas beliau, antara bidang yang diceburi oleh pelabur dari Malaysia ialah perbankan, telekomunikasi, hartanah, minuman, perhotelan, pelancongan dan peruncitan.

"Boleh dikatakan syarikat dari Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi Kemboja," kata beliau.

Najib berkata, kerajaan Kemboja secara prinsipnya turut meluluskan permohonan CIMB Bank untuk membuka perniagaan mereka di sini sekali gus menjadikan sebanyak lima institusi perbankan dari Malaysia yang beroperasi di Kemboja.

"Dengan lima bank dari Malaysia beroperasi di Kemboja, ia merupakan satu sumbangan yang besar dalam konteks perbankan," kata Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.