Pages

Subscribe:

03 Mei, 2010

[hang nadim]Bersikap lebih adil terhadap polis....

KALAU TAK TEMBAK DIREMPUH.....TIADA SIAPA YANG SIMPATI
KALAU TEMBAK ORANG....BANYAK NAK TUNJUK PANDAI......MEREKA HIDUP AMAN
SIAPA YANG USAHA TAPI......TIADA SYUKUR...


Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 2 Mei – Rakyat diminta bersikap lebih adil terhadap anggota polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan keselamatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, dalam kes melibatkan seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15 yang mati ditembak Isnin lalu, orang ramai perlu bertenang dan tidak perlu membuat spekulasi keterlaluan sehingga menimbulkan prejudis terhadap pasukan polis.

‘‘Satu panel memantau siasatan polis terhadap kes itu akan dibuat, saya beri jaminan pelantikan ahli panel nanti akan diambil di kalangan mereka yang benar-benar bebas.

‘‘Kita simpati terhadap apa yang berlaku, dalam masa yang sama ia perlulah melalui proses keadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat serentak 30 cawangan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan dekat sini hari ini.

Hishammuddin berharap, panel itu kelak akan dapat memantau siasatan yang dilakukan berhubung kes berkenaan bagi menegakkan apa juga keadilan.

Justeru beliau mahu semua pihak menunggu hasil siasatan tersebut dan tidak berterusan membuat andaian, spekulasi atau mempolitikkan isu berkenaan.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang sering membuat kenyataan yang tidak pernah memihak kepada pasukan polis.

‘‘Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah tetapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?" katanya.

Sementara itu, mengulas kejadian seorang pengawal keselamatan keluarga Diraja Kelantan cedera parah terkena tembakan di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat semalam, Hishammuddin berkata, pihak polis masih menyiasat kes tersebut.

‘‘Saya belum dapat laporan berkenaan, polis mengambil serius kejadian ini,” katanya.

Dalam kejadian itu, Ramli Mohamad, 50, ditembak empat das oleh empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tumpat dengan menaiki motosikal seorang diri kira-kira pukul 12.25 tengah malam semalam.


Sarjan patah kaki akibat dirempuh

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
jenayah@utusan.com.my



Roslan Bachik yang patah kaki kanan akibat dirempuh motosikal kelmarin menerima kunjungan rakan-rakan setugas di Hospital Serdang, Serdang, semalam.

SERDANG 2 Mei - Tindakan seorang lelaki dan anaknya yang menaiki sebuah motosikal melarikan diri dari satu sekatan jalan raya, memberi impak yang cukup menyeksakan seorang anggota polis trafik apabila dia patah kaki kanan akibat dirempuh oleh motosikal itu.

Hanya kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan cukai jalan, penunggang berusia 30 tahun itu sanggup menggadaikan nyawanya melarikan diri dari satu sekatan polis di Lebuh Raya Damansara Puchong petang semalam.

Akibatnya, dalam kejadian yang berlaku pukul 5.10 petang, Sarjan Roslan Bachik, 49, cedera di kaki kanan setelah dilanggar oleh motosikal jenis Honda EX-5 dinaiki dua beranak terbabit.

Roslan yang kini dirawat di Hospital Serdang berkata, kejadian berlaku terlalu pantas ketika dia bersama lima rakan sejawatnya sedang mengadakan sekatan jalan raya di lebuh raya itu.

"Tiba-tiba muncul sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang budak dipercayai anaknya menuju ke arah saya dan terus merempuh kaki kanan saya.

"Berikutan kejadian itu, saya terus terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya yang bertugas di Cawangan Trafik, Balai Polis Seri Kembangan sejak tahun 2004.

Roslan, yang mula menyertai Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1981 kini stabil dan dirawat di Wad Ortopedik hospital tersebut.

Beliau akan menjalani beberapa pembedahan selepas ini akibat kaki kanannya patah dan dijangka terpaksa terlantar di hospital selama enam bulan.

Penunggang motosikal terbabit ditahan oleh polis sejurus selepas kejadian itu.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Deputi Supritendan Tengku Anuar Raja Husin turut mengunjungi Roslan di hospital itu hari ini.

Beliau ketika ditemui menasihatkan orang ramai supaya jangan lari daripada sekatan jalan yang dilakukan pihak polis bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.