Pages

Subscribe:

01 Mei, 2010

[hang nadim]'Hanya jawab ya atau tidak'..............

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hanya perlu menjawab 'ya' atau 'tidak' berhubung pendedahan seorang penulis blog menerima peruntukan RM4 juta untuk melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya Exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu tidak boleh memberi jawapan berhubung pendedahan Syed Azidi Syed Abdul Aziz itu, bermakna benarlah Pas membuat pembayaran tersebut.

''Bayangkan RM4 juta untuk seorang penulis blog, bagaimana jika ada penulis blog lain yang belum lagi membuat pendedahan. Kalau benar Syed Azidi dibayar maknanya hebatlah kepimpinan Abdullah dan jelas menunjukkan Pas takut dengan Islam Hadhari.

''Patutlah gagasan dan pemikiran yang baik daripada Barisan Nasional (BN) tidak dapat disebarkan secara meluas di Kelantan,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Husam menempelak Syed Azidi kerana membuat dakwaan menerima peruntukan RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf untuk melemahkan pentadbiran Abdullah dan memudahkan Pas menewaskan BN di Kelantan.

Bagi Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, kenyataan Husam yang bersungguh- sungguh memburukkan Abdullah mencerminkan seolah-olah beliau terlibat dalam kerja-kerja tidak bermoral itu.

''Husam kini mula panas dan goyah umpama takut dengan bayang-bayang sendiri. Husam bersungguh-sungguh menafikan perkara itu walhal beliau tidak perlu berbuat demikian, tetapi lagaknya seperti siapa makan cili dia terasa pedas,'' jelasnya.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian pula berpendapat mana-mana individu atau pihak tertentu sepatutnya tidak boleh mempertikaikan kewibawaan bekas pemimpin yang pernah berjasa kepada negara.

''Jika ingin menegur biarlah dengan cara yang lebih bersopan,'' katanya

Husam tahu operasi gerak saraf burukkan Pak Lah - Syed Azidi

KOTA BHARU 1 Mei - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa mengetahui sepenuhnya perjalanan operasi gerak saraf yang dilakukan melalui syarikat Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC).

Beliau berkata, Exco kanan kerajaan negeri itu sepatutnya memberi reaksi yang pelbagai terhadap isu RM4 juta yang digunakan untuk menjalankan operasi gerak saraf itu dan bukan hanya memperkatakan tentang jumlah yang perlu dibayar kepada seorang penulis blog.

"Saya akui dia (Husam) tidak perlu membayar kepada penulis blog seperti saya. Dia boleh buat secara percuma, sebelum ini dia suruh saya 'tibai' (hentam) orang itu dan ini, saya buat secara percuma tetapi lepas isu itu keluar dia tidak mengaku pula.

"Sebenarnya saya tidak faham apa yang dikatakan Husam dalam tulisannya semalam, tetapi ini jawapan saya, 'jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Lepas itu terjunlah.

''Setidak-tidaknya, bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut suruhanjaya diraja'," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Husam menempelak Syed Azidi kerana membuat dakwaan menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memudahkan parti itu menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Husam dalam blognya turut menjelaskan Pas atau mana-mana individu tidak perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak itu bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Syed Azidi berkata, Husam tidak sepatutnya melatah dengan pendedahan tersebut sekiranya beliau tidak membayar wang untuk operasi gerak saraf itu.

"Wang RM4 juta ini disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat, GMC tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun kerana ia adalah wang yang tidak boleh dijelaskan dari mana wang ia datang.

"Sesiapa yang tidak terlibat dalam menyumbangkan duit ini tidak perlu takut. Saya tidak kata kita lahirkan pembohongan atau fitnah tetapi ia untuk gerak saraf supaya kita dapat timbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Pak Lah, dalam sudut ini Husam amat faham apa sebenar operasinya," kata beliau.

Menurutnya, operasi gerak saraf adalah bertujuan memenangi hati dan minda rakyat dengan menceritakan bahawa pihaknya lebih baik daripada 'musuh' dan bukannya untuk mencipta fitnah atau pembohongan.

Tambahnya, Husam sebenarnya telah menjelaskan fungsi sebenar operasi gerak saraf melalui tulisannya apabila memberikan analogi seorang pembuat kek.

"Dalam operasi ini kalau musuh tidur seminit, kita letak 'serbuk penaik' kata musuh tertidur lima minit kerana kita mahu memenangi hati dan perasaan rakyat," katanya.

Menurutnya, kekalutan yang berlaku sekarang bukannya berpunca daripada kerja-kerja UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam Pas Kelantan.

Kata beliau, mereka sengaja menciptanya supaya Husam terjerumus ke dalam 'permainan' tersebut dan pelbagai perkara akan didedahkan.

Mengulas mengenai siasatan SPRM beliau berkata, semua maklumat yang dimilikinya telah diberikan kepada suruhanjaya tersebut dan proses itu mungkin akan bersambung Isnin ini.

"Saya tahu kedudukan sebenar dan telah memberi sepenuh kerjasama kepada SPRM dan daripada pengamatan saya SPRM amat profesional dalam mengendalikan siasatan kerana mereka amat bersedia untuk berhadapan dengan siasatan ini," katanya.

Kelantan didesak dedah maklumat sebenar
KOTA BHARU 1 Mei - Kerajaan Pas Kelantan didesak supaya mendedahkan secara bertulis mengenai wang sebanyak RM4 juta yang dikatakan untuk membiayai operasi gerak saraf melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd (GMC) dan pemberian kawasan balak kepada semua syarikat yang terlibat di negeri ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, kerajaan negeri dilihat cuba untuk menyembunyikan sesuatu sekiranya tidak berani untuk mendedahkan kesemua maklumat tersebut kepada rakyat.

Beliau berkata, pemimpin Pas juga perlu menjelaskan secara mendalam apakah fungsi sebenar GMC.

"Sekiranya tidak benar, kenapa takut untuk membuat pendedahan. Saya minta kepada kerajaan negeri buat pendedahan secara bertulis dan bukannya di atas pentas ceramah yang hanya didengari oleh ahli Pas, beritahu kepada semua rakyat melalui cetakan risalah.

"Mereka (kerajaan negeri) sepatutnya mencontohi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendedahkan senarai penerima permit import (AP) selepas didesak oleh Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agong UMNO, saya masih ingat kerana pada masa itu saya berada dalam dewan perhimpunan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, penulis blog terbabit mendedahkan sebuah syarikat telah menderma kepada PASTI sebanyak RM350,000 sekiranya ia diberikan kelulusan terhadap satu projek di mukim Pulai daerah Galas Jajahan Gua Musang.

Wan Khairul Ikhsan berkata, wang sebanyak RM4 juta untuk membiayai operasi gerak saraf bagi menaikkan imej kerajaan negeri seperti yang dikatakan oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan adalah amat besar.

"RM4 juta mewakili kira-kira satu peratus daripada jumlah keseluruhan bajet negeri Kelantan pada setiap tahun.

''Tetapi apa yang berlaku, wang ini dengan mudah disalurkan kepada sebuah syarikat perunding media, GMC semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan negeri.

"Lagi pun pada masa ini, bayaran skim Takaful Kifalah kira-kira RM3 juta sehingga sekarang belum dijelaskan lagi kepada keluarga si mati, adakah adil, hak rakyat di bawah tidak diberikan tetapi wang ada disalurkan kepada GMC," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dua pemegang syer syarikat terbabit adalah terlibat secara langsung dengan politik.

"Saya adalah pemimpin pakatan pembangkang dahulu, saya berada di bawah dan bercampur dengan semua peringkat, rakyat di bawah amat marah apabila wang Kifalah tidak dapat sedangkan saudara atau ibu bapa mereka telah meninggal dunia sejak setahun lalu," katanya.

"Adakah ini cara berpolitik yang baik dan berlandaskan Islam sehinggakan rakyat di bawah tertindas dan wakil rakyat pening kepala setiap kali ada orang yang meninggal dunia kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau percaya apa yang dikatakan oleh Syed Azidi bukannya omong-omong kosong kerana ia berlandaskan kepada fakta.

APA KATA MEREKA.......

Bagaimana kalau Umno yang bagi RM4 juta - Husam
Harakahdaily
KOTA BHARU, 1 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, wang itu masih ada RM4 juta lagi untuk dibelanjakan untuk jatuhkan PM yang ada sekarang (Datuk Seri Najib Razak) yang juga ditaja oleh orang Umno yang tidak puas hati kerana Pak Lah dijatuhkan.

Husam, ahli politik yang menjadi pusat tumpuan dalam isu ini berkata demikian dalam tulisannya melalui blog beliau, cetusan-hati.blogspot.com.

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulis Husam dalam blognya.

Husam tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno tetapi beliau turut mengaitkan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah dalam tulisannya.

Husam dikaitkan dengan penulis blog, Syed Azidi atau nama penanya Kickdefella yang membuat pelbagai jenis tulisan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Khamis lepas, akhbar Umno, Utusan Malaysia menjadikan tulisan beliau laporan muka depan akhbar itu.

Tulisan itu mendakwa, beliau diamanahkan wang sebanyak RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Pak Lah.

Ini adalah tulisan pertama Husam mengulas tulisan Kickdefella selepas sekian lama menyepi dari mengulasnya. Kickdefella yang dikaitkan dengan Husam dipecat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertelagahan beliau dengan CEOnya, Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Ulasan Husam yang berkata RM4 juta itu dari orang Umno serentak dengan tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya yang mempertikaikan tindakan kerajaan di bawah Tun Abdullah yang menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM340 bilion kepada Brunei. Ia dibuat untuk memujuk Brunei melepaskan tuntutannya ke atas Limbang.

Serangan yang dibuat oleh Mahathir terhadap Abdullah bukan sekarang tetapi sejak beliau menjadi PM lagi sehinggalah beliau jatuh.

Dalam tulisan kali ini juga Husam menulis, betapa mudahnya untuk menjatuhkan seorang PM jika hanya memerlukan RM4 juta sahaja untuk berbuat demikian sebagaimana yang didakwa Kickdefella, beliau diamanahkan RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah dan terbukti lepas itu Pak Lah jatuh dan digantikan denga Najib.

"Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.

"Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah," tulis Husam dalam memulakan tulisannya ini.

Beliau berkata, ada orang berkata RM4 juta itu mahal dan ada pula berkata, RM4 juta untuk menjatuhkan seorang PM itu murah.

"PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.

"Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

"Seorang petugas tegar Umno seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

"Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu," tulis Husam.

Beliau juga memberikan hint dalam tulisannya dengan mengaitkan serangan Mahathir terhadap Pak Lah.

"Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

"Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

"Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

"Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?" tulis Husam.

Menurut beliau, Umno Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan Umno Kelantan. Empat juta.

"Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja Umno belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan Umno satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

"Rupanya tak susah sangat nak tewaskan Umno Kelantan dan kalau dengan empat juta Umno satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki Umno seluruh Malaysia. Rasanya Umno akan kecut," tulis beliau lagi.

Bagi beliau, cerita yang dibuat akhbar Umno itu umpama cerita kek dan gandum. Gandumnya hanya sedikit tetapi selepas dimasukkan serbuk penaik ia meenjadi besar dan indah dilihat.

"Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja," tulis beliau.

Kickdefella (gambar) dalam tulisan terbarunya telah mengulas tulisan Husam ini dengan bertanya, "Adakah penulis cuba memberitahu bahawa RM4 juta itu adalah untuk membeli gandum, serbuk penaik, majerin dan telor? Kalau benar bererti penulis tahulah pasal RM4 juta itu. Adakah penulis tahu dari mana RM4 juta itu datang? Terserahlah kepada beliau untuk menjawabnya.

"Saya berhasrat untuk menulis berhubung dengan sumber datangnya separuh dari jumlah duit itu dengan tujuan memberi ruang pernafasan kepada penulis, terutama setelah saya dipanggil oleh SPRM, tetapi nampaknya penulis telah terlebih dahulu tercerut saraf lawannya dalam kancah politik Kelantan."

Husam dalam tulisannya juga juga mengulas, setahu beliau, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. "Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita," katanya. Di sinilah, beliau mendakwa, Umno yang bayar RM4 juta itu dengan kenyataan:

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulisnya.

Bagi beliau, cerita RM4 juta ini bertujuan untuk menutup kehilangan wang dari penyerahan dua telaga minya kepada Brunei itu.

"Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

"Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat," katanya lagi.

Antara ugutan bunuh dan dakwaan RM4 juta
Anak Sengat
Bukan pelik kalau SPRM terus memanggil Kickdefella atas dakwaan RM 4 juta yang didakwa diberi oleh PAS Kelantan atas tujuan menjatuhkan Pak Lah. Telah banyak kes melibatkan Kelantan yang diambil serius oleh SPRM . Bermula sejak penguasaan PAS ke atas Kelantan hinggalah ke saat ini.

Pendedahan TGNA berkaitan pernah cuba disogok oleh tauke Balak ketika mula memerintah terus menggerakkan SPRM untuk mencungkil pejabat Menteri Besar itu. TGNA sendiri yang mendedahkan dalam ceramah sudah tak berapa ingat peristiwa itu hanya mendedahkan secara umum dengan tujuan iktibar.

Terbaru apa yang didakwa pendedahan Kickdagila mendapat tempat di dada akhbar proksi Umno. Bukan angka yang besar nilai rm 4 juta untuk tempoh tiga tahun apatah lagi didakwa bagi tujuan mengekalkan sebuah kerajaan dan menjatuhkan seorang pemimpin negara.

Ia tidak salah jika Umno dan BN yang lakukan seperti apa yang berlaku di Hulu Selangor. RM 167 juta yang bukan dianggap rasuah oleh Najib dan tak dipedulikan oleh SPRM jauh lebih besar dari RM4 juta dalam 3 tahun berbanding RM 167 dalam tempoh seminggu.

Dalam menilai tindakan SPRM kita menanti apa pula tindakan polis terhadap pemuda yang didakwa mengugut bunuh TGNA. Antara ugutan bunuh dan rasuah ini mana yang lebih bahaya. Kita nantikan penilaian jujur dari rakyat dalam menghakimi badan kerajaan ini.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

APA PANDANGAN ISLAM........

Jangan Berbohong karena Dusta Ciri Orang Munafik

Saat ini, terutama di masa Kampanye Pemilu, saya melihat banyak orang yang tidak sungkan-sungkan untuk berdusta/berbohong hanya untuk membela capres/cawapresnya atau menjatuhkan lawannya. Padahal berdusta itu besar dosanya di mata Allah. Contohnya ada yang berkata hutang berkurang padahal kenyataannya bertambah atau sebaliknya. Maka ramai disebut orang angin/janji surga, jual kecap, dan sebagainya untuk kata-kata dusta yang ditebar di kala kampanye atau waktu lainnya.

Memang di dalam keadaan tertentu, berbohong itu diizinkan.

Rasulullah Saw membolehkan dusta dalam tiga perkara, yaitu dalam peperangan, dalam rangka mendamaikan antara orang-orang yang bersengketa dan pembicaraan suami kepada isterinya. (HR. Ahmad)

Tapi itu pun pada saat yang luar biasa dan Nabi sendiri tetap menghindari untuk tidak berbohong. Sebagai contoh, ketika ada seseorang mencari musuhnya dengan niat berkelahi dan bertanya apakah Nabi melihat ada orang lewat di situ, sebelum menjawab Nabi menggeser tempat berdirinya, baru berkata. “Sejak saya berdiri di sini, saya belum pernah melihat orang lain selain kamu.” Dan memang sejak Nabi berdiri di tempat yang baru dia belum melihat orang lain selain orang yang bertanya.

Tapi hal seperti itu pun jarang dilakukan oleh Nabi sehingga Nabi dijuluki orang sebagai Al Amiin atau yang bisa dipercaya. Jika Nabi menyuruh para sahabat untuk pergi ke arah utara, kemudian setelah jauh berbalik ke selatan itu tidak bisa dikatakan bohong kecuali strategi/taktik militer. Itu pun ditujukan pada orang-orang kafir dan mata-matanya.

Terhadap para sahabat dan orang-orang yang beriman, Nabi boleh dikata senantiasa berkata jujur. Bahkan orang-orang kafir pun mengakui kejujuran Nabi yang tidak biasa berkata bohong.

Allah mengutuk orang yang banyak berbohong:

“Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta” [QS Adz Dzaariyaat:10]

Siksa yang pedih di neraka disediakan bagi para pendusta:

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” [Al Baqarah:10]

“Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa” [Al Jaatsiyah:7]

Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka:

“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (HR. Bukhari)

Dusta adalah satu ciri orang Munafik:

Nabi Muhammad SAW: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, yaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanati dia berkhianat. “(HR. Muslim)

Nabi Muhammad SAW: “Celaka bagi orang yang bercerita kepada satu kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia…celaka dia.” (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

Berdusta bukanlah sifat seorang Mukmin:

“Seorang mukmin mempunyai tabiat atas segala sifat aib kecuali khianat dan dusta. (HR. Al Bazzaar)

Orang yang membohongi temannya atau rakyatnya merupakan pengkhianat besar:

Suatu khianat besar bila kamu berbicara kepada kawanmu dan dia mempercayai kamu sepenuhnya padahal dalam pembicaraan itu kamu berbohong kepadanya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Media Islam – Belajar Islam sesuai Al Qur’an dan Hadits
http://media-islam.or.id

Tazkirah - Hukum Fitnah & Tuduhan Kafir
Wujud Paling Buruk?
Persoalan yang timbul di kalangan masyarakat, siapakah yang bertanggungjawab mencemarkan agama Islam sebagai agama kedamaian dan mengambil hak Allah swt dengan menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam sehingga berlaku kepada pembunuhan, kerosakan dan penganiayaan tersebut. Di sini bukan niat untuk memburuk-burukkan ulama tetapi ingin mengingatkan pesan suci Nabi Muhammad saw. Baginda saw telah memberikan gambaran yang paling tepat mengenai segelintir ulama Islam di zaman ini yang dianggap sebagai wujud paling buruk di bawah kolong langit dan seperti kera serta khinzir. Mengapa perumpamaan yang keras seperti ini disabdakan oleh Rasulullah saw?

“Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat golongan dalam masyarakat Islam yang disabdakan oleh Baginda saw yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu agama lalu merujuk kepada para ulama mereka. Salah satu fatwa yang menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw ialah berkenaan fatwa mengkafirkan sekumpulan Islam yang lain. Apabila para ulama mereka mengeluarkan fatwa tersebut maka para pengikutnya mempercayai dan mengikut tanpa menyelidiki kesahihannya. Manakala ulama tersebut pula mengatakan mereka mengeluarkan fatwa tersebut kerana merujuk atau mengikut fatwa yang disepakati oleh ulama antarabangsa atau ulama terdahulu. Sifat ini yang diumpamakan oleh Rasulullah saw sebagai “kera” iaitu suka meniru sahaja tanpa memahami atau menyelidiki sendiri tentang perkara tersebut.

Sifat babi yang kita ketahui adalah suka kepada kekotoran atau najis dan tidak tahu malu yang bermaksud golongan ini bukan sahaja suka meniru atau menurut sahaja, malah tidak tahu malu untuk melakukan dusta dan fitnah. Golongan ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw seperti “kera” dan “khinzir” kerana mereka mengikut sahaja memfatwakan dan menabur fitnah-fitnah kepada orang-orang Islam yang lain sebagai sesat dan bukan Islam padahal golongan yang dikatakan sesat itu adalah orang Islam. Fitnah dan pembohongan ini yang menyebabkan Rasulullah saw terpaksa menggunakan perumpamaan yang sangat keras tersebut. Ini adalah kerana Rasululah saw mengetahui fitnah dan pembohongan seperti ini akan menyebabkan berlakunya keganasan dan kekerasan dengan menyerang, membakar, merosak, mencedera dan membunuh. Lebih biadap lagi, mereka memakai dan melaungkan nama Allah swt (Yang Maha Pengasih dan Penyayang) semasa melakukan perbuatan keji ini. Padahal Allah swt tidak suka kepada kerosakan: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang berbuat kerosakan.” (28:77).

Perbuatan menggunakan kekerasan adalah bukti segelintir umat Islam hanya pada nama sahaja dan Al Quran hanya tinggal tulisan kerana segelintir umat Islam telah membelakangkan ajaran Al Quran kerana menyerang masjid dan membunuh orang Islam yang difitnahnya. Masjid-masjid golongan ulama tersebut besar dan indah tetapi kosong petunjuk kerana masjid mereka menjadi medan menaburkan fitnah-fitnah kepada masyarakat untuk membenci dan menjauhi kelompok Islam yang dianggap sesat atau menghina Nabi Muhammad saw. Namun begitu berdasarkan hadis ini juga memperlihatkan bahawa Allah swt yang akan memberi petunjuk dan membongkar pembohongan tersebut sehingga masyarakat akan melihat sendiri bagaimana fitnah tersebut akan berbalik kepada golongan ulama tersebut kerana mereka akan melihat sendiri dan sedar bahawa golongan ulama tersebutlah yang sesat dan menghina Rasulullah saw kerana mengeluarkan fatwa yang berunsur fitnah dan melakukan percakapan serta perbuatan yang bertentangan dengan ajaran suci Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa tersebut dan ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam kerana turut mempercayai fitnah-fitnah tersebut tanpa melakukan penyelidikan dan siasatan. Sabda suci ini juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt. Berhati-hatilah kesilapan dan kelalaian ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah.

Allah swt amat mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang akan terjadi di dalam umat Islam maka Dia memberi petunjuk yang terbaik untuk menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut.
Allah swt berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu “Engkau bukan mukmin”, Kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi Allah banyak kekayaan”. (4:94)

Apa yang perlu diberi perhatian ialah berdasarkan ayat Al Quran tersebut, hanya perkataan salam menyebabkan Allah swt telah memerintahkan jihad itu harus diberhentikan. Jika perkataan salam sahaja sudah memadai, apalagi jika sesuatu perkumpulan tersebut mengakui diri mereka sebagai Islam dan terpampang Kalimah Syahadah di masjid mereka.
Berdoalah kepada Allah swt Yang Maha Hidup dan Maha Pemberi Petunjuk untuk memberi pedoman agar kita tidak termasuk dalam golongan yang menganiaya.

Other Perspektif :-
Tazkirah diterima & dipaparkan oleh seorg sahabat. Agar dijadikan renungan & pandangan. Sampaiknlah walau sepotong ayat.
Wallahwaqlam.
http://other-perspektif.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.