Pages

Subscribe:

20 Mei, 2010

[hang nadimPengawal keselamatan Istana Kelantan meninggal.......]

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my




Maznah Mustafa (kiri) ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu jenazah suaminya, Allahyarham Ramli Mohd. di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 19 Mei - Pengawal keselamatan Istana Kelantan, Ramli Mohd., 50, yang ditembak penyerang misteri ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada 1 Mei lalu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini awal pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.23 pagi di sisi isterinya, Maznah Mustafa dan lima orang anaknya selepas 19 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Jenazah Ramli dibedah siasat pakar forensik yang tiba daripada Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Masjid Muhammadi selepas solat Maghrib untuk disembahyangkan dan dikebumikan di kampung halamannya di Kok Keli, Tumpat.

Allahyarham merupakan bekas tentera dan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan secara kontrak dengan Istana Kelantan sejak 17 tahun lalu.

Berikutan itu, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra mahu polis meletakkan keutamaan kepada kes Allahyarham.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad yang memaklumkan titah itu berkata, baginda berharap polis akan dapat menemui petunjuk bagi menyelesaikan segera kes pembunuhan itu.

"Pemangku Raja Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap polis dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.

"Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli," katanya kepada pemberita di Rumah Mayat HRPZ II.

Pemangku Raja turut merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor-doktor pakar di HRPZ II yang selama ini telah bertungkus lumus memberikan rawatan terbaik kepada Allahyarham.

Semalam, Ramli dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan baginda telah menziarahi Allahyarham malam tadi dan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada keluarga Ramli.

Ramli ditembak pada pukul 12.25 tengah malam 1 Mei lalu oleh individu tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang di Tumpat.

Sehingga kini, motif kejadian tersebut masih menimbulkan tanda tanya walaupun polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori," katanya.

Keluarga Ramli reda
KOTA BHARU 19 Mei - Ahli keluarga pengawal keselamatan Istana Kelantan, Allahyarham Ramli Mohd. 50, yang meninggal dunia awal pagi ini menerima pemergiannya dengan reda.

Malah, mereka sekeluarga sudah bersedia untuk menerima kenyataan itu selepas mangsa kembali kritikal dan koma sejak dua hari lalu akibat jangkitan kuman di orang-organ pentingnya.

Namun, keluarga masih tertanya-tanya mengapa Allahyarham menjadi sasaran penjenayah sedangkan dia seorang yang disenangi oleh rakan-rakan dan tidak mempunyai musuh.

Abang sulung mangsa, Mejar (B) Azmi Mohd., 54, berkata, dua hari lalu, adiknya menunjukkan perubahan dan sudah mampu untuk bercakap dalam keadaan tersekat-sekat walaupun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital.

Bagaimanapun, dia berkata, selepas itu Ramli kembali berada dalam keadaan kritikal kerana jangkitan kuman pada organ-organ pentingnya seperti paru-paru, jantung dan buah pinggang.

"Adik saya seorang yang peramah dan periang, dia amat disenangi oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

"Pemergiannya satu kehilangan yang besar bagi kami sekeluarga tetapi kami menerimanya dengan reda," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Sementara itu, anak mangsa, Mohd. Faiz, 19, berharap, pihak polis dapat menjalankan siasatan secepat mungkin bagi mengesan suspek yang menembak bapanya.

"Kami percaya pihak polis akan melakukan siasatan dengan secepat mungkin bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

"Saya bagi pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Istana Kelantan dan pakar-pakar perubatan yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk allahyarham," katanya yang menuntut di Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan.

Palace guard dies 18 days after being shot


KOTA BARU: Ramli Mohd, the Kelantan palace guard who was shot on May 1, has died at the Raja Perempuan Zainab II Hospital due to multiple infections.

Ramli, 50, died at 3.23am yesterday without regaining consciousness.

He was shot in the chest while on his way home from Istana Kubang Kerian. He was said to have been set upon by four men on two motorcycles just after midnight.

It took surgeons five days to remove the bullet lodged in the right side of his chest.

The guard slipped into a coma twice and suffered infections in his heart, lungs and kidneys and never regained consciousness after that.

Palace comptroller Datuk Abdul Halim Hamad told a press conference that Acting Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra had conveyed his condolences to Ramli’s family.

He said Ramli’s wife Maznah Mustafa and family members were by his side when he died.

Forensic experts from Kuala Lumpur are expected to conduct an autopsy.

Ramli’s remains will be brought to the Masjid Muhammadi state mosque for prayers before being taken to his Palekbang home for burial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.