Pages

Subscribe:

07 April, 2012

[hang nadim] BORIA......











































Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang.  Walaupun dipercayai boria berasal dari Parsi dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh askar-askar India selatan (Muslim)Boria telah diubahsuai dan dimajukan lagi oleh orang Melayu di Pulau Pinang. Pada awal abad ini boria dipersembahkan dengan meluas di Pulau Pinang tetapi masa kini teater dipersembahkan di daerah-daerah tempatan sahaja.

SEJARAH BORIA

perkataan Hindustan yang membawa maksud 'tikar'.  Perkataan ini timbul kerana kumpulan boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hussein r.a di Karbala.
 
Boria dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau sasau. disebabkan oleh kelakuan pemain serta pakaian mereka semasa persembahan seperti orang gila. 

Borai adalah satu kaum yang berasal dari Gujerat, India.  Mereka berpindah serta menetap di Pulau Pinang Nama Boria lahir hasil dari gabungan bori dan ria, maka terjadilah boria.

KAITAN BORIA
Berhubungkait dengan pergerakan belia politik, sekolah-sekolah atau maktab-maktab. 

Boria
Dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.  Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb Muharam di perkuburannya.  Upacara ini dikenali sebagai takziya.  Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa .

TA’ZIYEH
Tragedi Karbala, kisah berdarah yang menimpa keluarga Rasulullah saw telah menjadi sebagian dari kebudayaan rakyat di Iran. Ta’ziyeh, adalah sebuah drama rakyat yang lazim dipentaskan untuk mengenang peristiwa terbunuhnya Imam Husin bersama 72 keluarga dan sahabatnya (menurut sesetengah riwayat kurang dari seratus) di padang pasir Karbala.

AHLI KUMPULAN BORIA

Kumpulan boria mengandungi 40 hingga 60 orang ahli termasuk tauke iaitu penaja, tukang karang, kelasi dan pemuzik.  Kesemua ahli terdiri daripada orang lelaki. 

Selepas Perang Dunia ke 2 barulah terdapat penglibatan wanita dalam kumpulan boria.

Tukang karang menjadi nadi penggerak untuk sesebuah kumpulan boria.

PAKAIAN 

Pakaian tukang karang juga agak istimewa Daripada ahli-ahli lain dalam kumpulan. 
Pakaian - dahulu pakaian adalah beraneka corak, warna, bentuk dan ragam tetapi kini pemakaiannya adalah lebih bercorak seragam.
pakaian yang digunakan adalah ala Arab.
Contoh pakaian kelasi adalah seragam

Tanjung Tokong (Bendera Merah)
Kita askhar di Tanjong Janggi
Kerja menanam gandun barley
Masok berniaga di tanah Jawi
Tanjong Tokong sedia menanti

Boria Mukim Kelawai (Bendera Merah)
Badui tua di kaki bukit
Keluar menjaga Masyrik ke Maghrib
Badui Arfah ampunya muri
d iMukim Kelawai sedia tauhid

Boria Kampong Jawa (Bendera Putih)
Askar Takrubi kaum bebas
Padang peperangan baharu terlepas
Menangkap negeri terlalu pantas
Di kampong Jawa aturan jelas

Boria Padang Garam (Bendera Putih)
Askar Yunan Kuantong sama
Sudah 'resi' daripada Cina
Keluar mencari som kom koma
Anak Padang selamat sempurna

Alat-alat Muzik
Masa dahulu alat muzik yang sering digunakan adalah seperti violin, gambus, marwas, tabla, akordion,, simbal dan harmonika, gendang.
Muzik dan tarian yang dimainkan mirip kepada irama Arab

LIRIK PENUTUP

Ketika akhir persembahan, kumpulan boria mengucapkan salam, ucapan selamat tinggal serta memohon ampun di atas segala tindak-tanduk, perli, kiasan, ejekan, sakat dan sindiran mereka sepanjang persembahan. Dewasa ini gerak langkah tarian telah dikareografkan dengan pelbagai langkah tarian moden. Penggunaan pancaragam dan kugiran yang mengiringi juga telah menambah kemeriahan boria.

FATWA

Pada 1920, satu fatwa dikeluarkan oleh Sheikh Zakaria bin Omar Basheer (mufti), Tuan Haji Daud bin Tamim dan Tuan Haji Mustapha bin Ismail (Kadhi) yang mengharamkan boria. Fatwa ini dilekatkan di masjid-masjid di sekitar bandar Georgetown. Alim ulama juga giat menasihati orang Islam tentang keburukan permainan boria. Lihat, Mohd. Yusoff Sultan Maidin, Boria dan Benchananya,

Untuk maklumat lanjut tentang kempen memerangi boria sejak dekad pertama abad ke-20 dan tindakan yang berupa keinsafan di kalangan pemimpin boria, lihat, Mahani Musa, "Malays and The Red and White Flag Societies in Penang, " hlm. 178-179
Soal permainan boria dan kemunduran orang Melayu-Muslim ini pernah diketengahkan oleh Mohd. Yusoff Sultan Maidin dalam bukunya bertajuk Boria dan Benchananya yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1922.

SATU HARAPAN HANG NADIM

Hari ini sesiapa yang berjalan di Penang Road ataupun berada di Balik Pulau....Bayan Lepas tentu akan mendengar orang bercakap tentang politik tempatan. Selain bercakap tentang betapa angin perubahan mulai bertiup melepasi jambatan Pulau Pinang, mereka juga bercakap tentang masa depan Tan Sri Koh Tsu Koon. Ramai yang mahu melihat Pulau Pinang diperintah oleh Ketua Menteri baru, bukan Lim Guang Eng dan bukan juga Koh Tsu Koon.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak macam ada “bola Kristal” yang selain dapat melihat malah boleh membaca apa yang tersirat dalam hati penduduk tempatan. Maka pengumuman Najib bahawa UMNO tidak akan menuntut jawatan Ketua Menteri walaupun BN kembali memerintah mengandungi maksud tersirat.

Mungkin kenyataan Najib membuatkan masyarakat Melayu, buat masa ini, terkilan namun jangka panjang, orang-orang Melayu di pulau itu akan nampak hakikat yang tersirat. Pendek kata Najib bukan boleh dibuai dengan lagu-lagu BORIA semata-mata.Ada perkara yang lebih besar dan signifikan bermain difikirannya.

Dan ia bukan lagi dalam bentuk Francis Light jelmaan, atau Koh Tsu Koon jadi-jadian tetapi dalam erti kata yang lebih saksama kepada......????? FIKIRKAN LAH







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.