Pages

Subscribe:

17 April, 2012

[hang nadim] Silat Kuntau.......Kuntau......Kuntau....

KUNTAU JAWA



Langkah Pembukaan Seni Silat Kuntau Banjar



KUNTAU BANJAR



kuntau pencak silat banjarmasin


Silat Kuntau Tekpi



Kuntau @ Pedang


Silat Kuntau Selendang Merah


Perguruan silat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perguruan silat adalah institusi tradisional pentadbiran Silat Melayu. Ia bersandar kepada hakikat bahawa sejak awal zahirnya ilmu silat ke alam Melayu, pekembangannya adalah berpaksikan pengasas atau guru yang menyampaikan ilmu silat tersebut. Silat telah berkembang secara meluas di kawasan ASEAN sejak lama dahulu dan kini berkembang secara meluas diseluruh dunia dengan kewujudan beberapa pusat latihan perguruan silat yang diwujudkan diseluruh dunia.
Kaedah penyebaran dan pengajaran berlangsung terus di antara guru dan murid. Salah satu syarat kelayakan utama penerimaan menjadi murid adalah tahap taat dan patuh seseorang murid kepada guru. Ilmu silat yang dikuasai oleh guru-guru tersebut hanya akan diturunkan kepada murid-murid yang dipercayai sahaja.
Lazimnya, seorang murid akan menuntut daripada seorang guru sehingga khatam ataupun tamat. Murid yang belum puas menimba ilmu akan berpindah dari guru ke guru sehingga murid tersebut mencapai tahap guru. Setelah mencapai tahap guru, murid tersebut pada kebiasanya akan mengasaskan perguruannya sendiri. Justeru itu tidak hairanlah pada masa kini terdapat pelbagai perguruan silat di Malaysia.
[sunting]Persatuan Silat di Malaysia

Walaubagaimanapun, sejak berada dibawah penjajahan British, kegiatan silat di Tanah Melayu dan kini Malaysia telah melalui pelbagai proses untuk dikawal selia secara perundangan seperti berikut:-
Meluluskan Enekmen Pertubuhan 1899 (Societies Enactment 1899) dengan pindaan pada tahun 1913, 1927, 1947 dan 1949.
Enakmen Pertubuhan yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran keatas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Sehingga 31 Disember 1949 sebanyak 1,590 pertubuhan telah didaftarkan. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.
Enakmen 1899 telah digubal semula oleh Parlimen dalam tahun 1965/66 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1966 adalah dikenali sebagai Akta Pertubuhan 1966 (Akta 13 tahun 1966).
Akta Pertubuhan 1966 diperkukuhkan lagi oleh Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.
Dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Sukan 1997 pindaan tahun 2004 segala kegiatan seni mempertahankan diri termasuk silat dikawal selia oleh Pesuruhjaya Sukan.
[sunting]Badan Induk Silat di Malaysia

Persekutuan Silat Kebangsaan atau PESAKA merupakan satu badan yang ditubuhkan sebagai badan induk untuk kegiatan silat yang sudah berdaftar secara rasmi sebagai pertubuhan ataupun yang masih bergerak secara tradisional melalui perguruan.
PESAKA tertubuh dengan rasminya pada 24hb September 1983. Upacara ini telah dirasmikan oleh Y.B. Sdra. Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.
Pada hari penubuhan PESAKA, wakil-wakil dari 10 badan silat peringkat Negeri dan 4 badan silat peringkat Kebangsaan telah menghadiri upacara bersejarah ini. Kesemua badan silat ini telah memungkinkan kewujudan PESAKA hingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.