Pages

Subscribe:

18 April, 2012

[hang nadim] Tawaran melabur di Kazakhstan.....

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my



















NAJIB Tun Razak dan Nursultan Nazarbayev menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang diwakili oleh Mohamed Khaled Nordin (duduk dua dari kanan) dengan Menteri Sains dan Pelajaran,Bakhytzhan Zhumagulov (dua dari kiri) selepas mesyuarat dua hala di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - Utusan/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 18 April - Kazakhstan mempelawa pelabur Malaysia mengembangkan sayap perniagaan di negara Asia Tengah itu dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, minyak dan gas, kewangan, pelancongan dan pendidikan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev turut menyatakan secara spesifik beberapa bidang yang menawarkan peluang kerjasama antara kedua-dua negara yang sesuai untuk diterokai.

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kerjasama KL-Astana diperluaskan

PUTRAJAYA 18 April - Peluang kerjasama antara Kuala Lumpur dan Astana diperluaskan dengan termeterainya tiga memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara sempena lawatan dua hari Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev ke Malaysia.

Tiga MoU itu adalah dalam bidang pengajian tinggi, pembangunan sumber mineral dan pelancongan.

Mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan, Nazarbayev berkata, negaranya mahu meneruskan rancangan pertukaran kepakaran dengan Malaysia.

"Ketika ini terdapat 2,000 pelajar Kazakhstan sedang belajar di Malaysia dan kita juga bersedia menerima pelajar dari Malaysia," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Nazarbayev yakin lawatan beliau ke Malaysia akan mengeratkan hubungan masyarakat kedua-dua negara khususnya kumpulan peniaga.

Thursday April 19, 2012

Kazakhstan woos Malaysia
By ZUHRIN AZAM AHMAD
zuhrinazam@thestar.com.my

PUTRAJAYA: Kazakhstan has invited Malaysian investors and businessmen to spread their wings to the country as it industrialises its economy.

With a total of US$50bil (RM153bil) to be invested by 2020 for a wide range of development programmes, Kazakhstan called on Malaysian companies to explore the opportunities available there.

Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev said the country was building between 200 and 300 new industrial facilities every year.

“By 2020, we would have invested US$50bil,” he said yesterday at a joint press conference with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at a bilateral meeting at Perdana Putra here.

He said Kazakhstan regarded Malaysia as its priority partner in the Asia-Pacific region.

“We are intensively sharing and learning experiences from Malaysia.

“We hope our business delegation will be able to return home with specific agreements in the areas of energy, oil and gas exploration, petrochemical, construction, development of mineral resources and financing,” he added.

Najib said apart from oil and gas, the construction sector could offer Malaysian companies new opportunities.

“It includes the construction of highways, hospitals and other infrastructure such as airports.”

Najib said the leaders of both nations were confident that bilateral trade would increase.

Last year, the total trade between both countries was US$61.1mil (RM187mil).

Earlier, the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah welcomed Nazarbayev in an official ceremony held at Dataran Parlimen in Kuala Lumpur.

AGAMA ISLAM
Islam ialah agama terutama yang dianuti di Kazakhstan. Bersama-sama dengan kelompok etnik Muslim yang lain, termasuk orang Uzbek, orang Uyghur dan orang Tatar, orang Kazakh etnik yang terdiri daripada melebihi separuh jumlah penduduk menyebabkan penduduk beragama Islam merupakan sekitar 70% daripada jumlah penduduk di Kazakhstan. Sebahagian besar orang Kazakh etnik ialah Muslim Sunni daripada mazhab Hanafi. Islam dibawa oleh orang Arab ke Kazakhstan dan tiba di kawasan ini buat pertama kali pada abad ke-8.

Islam dan negara

Masjid Pusat, Almaty
Pada 1990, Nursultan Nazarbayev, Setiausaha Pertama Parti Komunis Kazakhstan ketika itu, mencipta sebuah asas negara untuk Islam dengan mengeluarkan Kazakhstan daripada kuasa Lembaga Muslim Asia Tengah, pentadbiran agama berorientasi politik yang diluluskan oleh Soviet untuk kesemua Asia Tengah. Sebagai ganti, beliau mencipta sebuah pihak berkuasa agama yang berasingan untuk Muslim Kazakhstan. [15]
Berhati-hati terhadap pemerintahan Islam di Iran dan Afghanistan yang berjiranan, pengasas perlembagaan 1993 secara khusus mengharamkan sebarang parti politik agama. Perlembagaan 1995 juga mengharamkan pertubuhan yang mencuba merangsang perbalahan bangsa, politik, atau agama, dan mengenakan kawalan pemerintahan yang ketat pada pertubuhan agama asing. Sebagaimana dengan pendahulunya, perlembagaan 1995 menetapkan bahawa Kazakhstan ialah negara sekular. Justera, Kazakhstan ialah satu-satunya negara Asia Tengah yang perlembagaannya tidak memperuntukkan status yang khas kepada agama Islam. Keputusan ini berdasarkan dasar luar negeri pemerintahan Nazarbayev serta juga pertimbangan domestik.
Sedar akan potensi pelaburan daripada negara-negara Islam di Timur Tengah, Nazarbayev melawat Iran, Turki, dan Arab Saudi. Pada waktu yang sama, beliau menyifatkan Kazakhstan sebagai perantara antara Timur Muslim dengan Barat Kristian. Oleh itu, beliau pada mula-mulanya hanya menerima status peninjau di dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) yang anggota-anggotanya terdiri sebahagian besar daripada negara-negara Islam. Perjalanan sulung Presiden Nazarbayev ke kota suci Muslim di Mekah yang berlaku pada 1994 merupakan sebahagian daripada jadual perjalanannya yang juga merangkumi lawatan ke Vatican untuk mengunjungi Paus John Paul II.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.