Pages

Subscribe:

07 April, 2012

[hang nadim] Tingkat jati diri menerusi budi bahasa........

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my



Pertahan jati diri Melayu
PADA usia menghampiri angka 70, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad masih kelihatan tegap dan sihat. Bagi beliau tiada apa-apa rahsia, cuma sebagai bekas anggota polis, jiwa dan semangat kepolisan yang penuh disiplin tidak akan hilang sampai bila-bila.
Samsuri yang kini Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) berkata, semangat itu menyumbang kepada pembentukan jati diri anggota polis tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

“Jati diri seseorang itulah yang akan membimbing dan menaikkan martabatnya walau di mana sekali pun,” katanya sambil meluahkan kebimbangan dengan masyarakat sekarang yang jauh berbeza daripada dulu apabila kebanyakan orang muda sudah tidak menghiraukan lagi soal jati diri bangsa.

“Kami membawa bersama jati diri orang Melayu Islam ini ke mana saja kami berada namun kini atas alasan politik, orang Melayu sudah hilang jati diri sehinggakan jalan ke arah perpaduan semakin sukar.”

Samsuri berkongsi keluh-kesahnya tentang jati diri orang Melayu itu ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia Zulkiflee Bakar dan Hafizahril Hamid di pejabat Kumpulan Utusan baru-baru ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.