Pages

Subscribe:

27 Oktober, 2013

[Hang nadim] Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau meninggal dunia.....Al Fatihah



GEORGE TOWN 27 Okt. - Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Mohd. Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi tadi.
Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur.
Beliau juga mengidap kencing manis.
Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zuhur.
"Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir," katanya kepada pemberita.
Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa; dan beberapa pemimpin Barisan Nasional.
Mohd. Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd. Zaini, 42, Mohd. Zairani, 37, dan lapan orang cucu.
Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta anggota ahli Exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr. Lim Chong Eu.
Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada tahun 1998. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131027/dn_28/Bekas-Ahli-Parlimen-Balik-Pulau-meninggal-dunia#ixzz2iyB3j2YS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.