Pages

Subscribe:

26 Oktober, 2013

[hang nadim] Dapatkan maklumat tepat.....Get accurate information.....الحصول على معلومات دقيقة

ABDUL Wahid Omar (tengah) diiringi Abdul Rahman Hasan (empat, kiri) bersama sebahagian daripada 2,500 peserta menyertai Larian Statistik 2013 di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 26 Okt. - Terlalu banyak maklumat tidak tepat disebarkan oleh pakatan pembangkang menjadi punca utama segelintir masyarakat negara ini menolak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, penyebaran maklumat tidak tepat sememangnya mempengaruhi pemikiran sesetengah pihak sekali gus menyebabkan pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dalam perasaan bercampur baur.
Beliau berkata, masyarakat negara ini perlu mendapatkan maklumat sahih mengenai intipati Bajet 2014 bagi membolehkan mereka memahami setiap perancangan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi Malaysia.
"Sekarang terlalu banyak maklumat yang tidak betul disebarkan terutama oleh pakatan pembangkang. Sebagai rakyat, kita perlu memahami dan mendapatkan maklumat yang tepat mengenai intipati Bajet 2014.
"GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus adalah jauh lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Larian Statistik 2013 di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Perangkaan Malaysia, Dr. Abdul Rahman Hasan dan Presiden Persatuan Perangkaan Malaysia, Dr. Mohd. Uzir Mahidin.
Menurut Abdul Wahid , kadar GST yang akan dilaksanakan di Malaysia juga amat rendah berbanding dalam kalangan negara ASEAN lain yang turut melaksanakannya seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos yang mengenakan GST pada kadar 10 peratus manakala Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus.
"Ramai yang kata bila GST diperkenalkan akan ada pihak yang terbeban. Mereka sebenarnya silap kerana melalui pelaksanaan GST kita sebenarnya mengelak daripada pembayaran cukai dua kali iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan, selepas ini kita hanya perlu bayar satu cukai sahaja.
"Perubahan harga barangan atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum, malah ada barangan yang akan menjadi lebih murah. Selain itu terdapat juga barangan utama di negara ini bakal dikecualikan daripada GST," katanya.
Katanya, rakyat negara ini sepatutnya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana membentangkan bajet yang komprehensif dan bertanggungjawab bagi memastikan negara ini berkembang secara mapan dan cemerlang.
"Bajet 2014 sebenarnya menyasarkan untuk mengurangkan kadar defisit negara kepada 3.5 peratus pada 2014 dan tiga peratus menjelang 2015 selaras dengan matlamat untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020," katanya.
Sementara itu mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan GST bakal membebankan rakyat, Abdul Wahid berkata, kerajaan telah melakukan kajian terperinci sebelum memutuskan untuk melaksanakan GST.
"Kerajaan telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, contohnya pelbagai bantuan sokongan akan diberikan kepada rakyat semasa peringkat peralihan pelaksanaan GST termasuk pemberian bantuan tunai secara 'one-off' sebanyak RM300 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131027/dn_03/Dapatkan-maklumat--tepat#ixzz2isAoyhUV
© Utusan Melayu (M) Bhd 


TERAS BAJET 2014
17) Bajet 2014 digubal untuk mempastikan ekonomi terus berkembang kukuh dan mengurangkan defisit fizikal Negara , dengan 
matlamatkeseluruhannya memakmurkan Negara dan mensejahtera rakyat.Memenuhi maksud ini Bajet 2014 dirangka bertenakan "MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,MEMPERKASA TRANFORMASI DAN MELAKSANA JANJI"dengan 
mengaris Lima Teras Utama:-
        Teras Bajet yang Pertama   : Merancak Teras Ekonomi
        Teras Bajet yang Kedua      : Mengukuh Pengurusan Fizikal
        Teras Bajet yang Ketiga      : Menggugul Modal Insan
        Teras Bajet yang Keempat  : Mempergiat pembangunan Bandar dan Luar bandar
        Teras Bajet yang Pertama    : Mensejahtera kehidupan Rakyat
     
http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf

Baca Fikir dan Insaf Wahai Ulil Al Bab....
Biar Bajet ni DSAI dan Sahbatnya ....buat.....ok.....
Bajet Untuk Buat Perhimpunan Haram .....?????
Bajet Untuk Upah Fitnah /Bohong Berapa..... ?????
Bajet untuk bayar mahkamah.....?????
Bajet Beli T Shirt dan Topi.....?????
Bajet untuk Pelakun Mati ,pengsan dan cedera.....?????
Bajet untuk juru kamera.....?????
Bajet Buat Poster.....?????
Bajet Upah Peserta Tunjuk Perasaan.....?????
Tambang Kapal Terbang KeSabah...Sarawak.....?????
Kalau Duit ini Bagi kek Orang Miskin lagi Baik.....?????
Bajet Untuk Salahkan dan fitnah Polis.....?????
Nak Hapuskan yang ada nama Melayu.....Sprt Utusan Melayu......
Kita Orang Melayu Beragama Islam Lupakan kerja yang membazir ini.....
Dan Binalah Agama , Bangsa dan Negara....Biar kita Hidup Aman Makmur dan Bahagia....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.