Pages

Subscribe:

11 Oktober, 2013

[hang nadim} Ejen Komunis Dalam PKMM


Mukhriz Mahathir (empat dari kanan) bersalaman dengan para guru ketika menghadiri majlis Perjumpaan Menteri Besar Kedah Bersama Warga Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan di SMK Dulang, Yan, Kedah, semalam.
JERAI 28 Okt. - Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah mengkhianati janji apabila diminta oleh bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak supaya menjaga Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di bawah pentadbirannya.
Beliau berkata, Kuin kini dijaga sebaik mungkin menerusi cara pentadbirannya yang tersendiri dengan memastikan kebajikan warga kolej universiti berkenaan terbela.
Katanya, beliau bukan jenis mungkir janji tetapi perlu dilihat juga apa janji yang dibuat.
"Allahyarham minta saya menjaga Kuin dan saya berjanji akan jaga. Jadi itu yang saya buat. Saya tafsirkan apabila Allahyarham menyebut supaya menjaga Kuin itu maksudnya menjaga warga Kuin, tidak semestinya bangunan kerana itu hanya fizikal. Yang kita hendak jaga warga Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang di sini hari ini.
Mukhriz mengulas mengenai isu yang dimainkan oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kononnya beliau enggan meneruskan legasi Allahyarham Azizan termasuk melibatkan kampus Kuin.
Mereka juga menuduh Menteri Besar Kedah tersebut mengkhianati amanah yang diberikan oleh Azizan berhubung Kuin.
Mukhriz berkata, beliau tidak pelik apabila pelbagai persepsi ditimbulkan mengenai beliau kerana dalam PRK seperti ini, ia merupakan masa untuk perkara seperti itu disensasi atau dipolitikkan.
Tegas beliau, apa pun keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri, ia akan dipastikan bertepatan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.
Mukhriz, semua pihak memahami apabila berlaku peralihan kuasa pentadbiran, Menteri Besar baharu yang akan menentukan hala tuju kerajaan negeri.
"Apatah lagi peralihan kuasa ini berlaku antara dua parti berbeza. Tiada istilah yang mana Menteri Besar baharu yang datang dari parti berbeza mewarisi tanggungjawab daripada pihak sebelumnya.
"Kita mempunyai hak eksekutif untuk membuat keputusan sendiri. Yang penting kepentingan warga Kuin tentu diberi keutamaan," ujar beliau.
Justeru, kata Mukhriz, tidak timbul isu sama ada beliau mengkhianati janjinya terhadap Allahyarham Azizan yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau.
"Ia tidak langsung berlaku. Kalau hendak cerita pasal khianat ini, saya ingat ada orang lain yang lebih mengkhianati," katanya.

أنا لا يخون عزيزان - Mukhriz

Jerai 28 أكتوبر. - قال داتوك Mukhriz مهاتير، وقال انه لم يف بالوعد الذي قطعه عندما طلب رئيس الوزراء السابق، الراحل تان سري عزيزان عبد الرزاق لرعاية كلية جامعة (Kuin) تحت الإدارة.
وقال Kuin الآن المحافظة على قدر الإمكان عن طريق إدارة خاصة بها لضمان رفاه الكلية الجامعية المهملة.
وقال انه لم يكن نوع من أزمة سوق الرهن العقاري، ولكن ينبغي أن ينظر إليه، وكذلك ما الوعود التي قطعت.
"، وقالت انها طلبت مني للحفاظ على بلدي Kuin الوعد والرعاية. هذا ما أقوم به. تفسير عندما ذكرت في وقت متأخر إلى العناية بها يعني إبقاء الناس Kuin Kuin، وليس بالضرورة لأنها مجرد مبنى الجسدي. التي نريد لتنبيه الناس Kuin"، وقال للصحفيين بعد اجتماع المعلمين في المدارس الثانوية (SMK) صينية هنا اليوم.
تعليق Mukhriz على القضايا التي لعبت من قبل المعارضة في الانتخابات (CRM) الجمعية التشريعية الدولة (DUN) نهر أورانج يزعم أنه رفض مواصلة إرث عزيزان أواخر بما في ذلك إشراك Kuin الحرم الجامعي.
كما اتهموا رئيس وزراء ولاية أوريسا يخونون الامانة التي قدمها عزيزان على Kuin.
قال Mukhriz انه ليس غريبا عند كثير أثير حول تصوره كما في PRK مثل هذا، فقد حان الوقت لأشياء من هذا القبيل disensasi أو مسيسة.
وشدد على أنه مهما كانت القرارات المتخذة من قبل حكومة الولاية، وسيتم التأكد من وفقا للولاية الممنوحة من قبل الشعب.
Mukhriz، فهم جميع الأطراف عند تغيير السلطة من الإدارة، فإن رئيس الوزراء الجديد تحديد اتجاه حكومة الولاية.
"ما يحدث في كثير من الانتقال بين طرفين مختلفين. لا المصطلح الذي جاء رئيس وزراء جديد من مختلف الأحزاب الموروثة من المسؤوليات السابقة.
"لدينا الحق في أن تقرر التنفيذية الخاصة به. Kuin على المصالح الهامة للمواطنين وستعطى الأولوية"، قال.
وهكذا، وقال Mukhriz ليس هناك مسألة ما إذا كان للخيانة وعده الراحل عزيزان وهو أيضا عضو سابق في الجمعية التشريعية (الجمعية) نهر أورانج.
"انه لا يحدث مباشرة. الغادرة إذا كنت ترغب في قصة حول هذا الموضوع، وأتذكر هناك غيرهم ممن هم أكثر خيانة"، قال.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131029/po_04/Saya-tidak-khianati-Azizan---Mukhriz#ixzz2j3gj7n2i
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pas terdesak guna gambar Azizan?

Gambar kiri menunjukkan Muhammad Mat Yakim (dua dari kiri) yang belum diubah suai manakala gambar kanan menggunakan teknik superimpose dengan meletakkan gambar Mohd. Azam Abd. Samat seakan bertemu Allahyarham Azizan Abdul Razak bagi meraih undi untuk PRK DUN Sungai Limau, Kedah, semalam. - utusan/Kamal Basir

JERAI 28 Okt. - Taktik terdesak atau kesilapan? Itulah persoalan yang timbul apabila gambar dalam risalah Pas yang mengandungi biodata, latar belakang dan visi calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau didakwa diubahsuai untuk mengelirukan pengundi.
Keratan gambar yang diubah suai menggunakan teknik superimpose itu dimuatkan dalam risalah yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai oleh jentera Pas sejak permulaan kempen PRK tersebut termasuk di pintu masuk markas induk Pas Kawasan Jerai.
Gambar superimpose berkenaan memaparkan Mohd. Azam bersama seorang lelaki yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali bertemu dan sedang duduk berbual secara berhadapan dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Namun gambar sebenar ialah Mohd. Idros bersama Timbalan Pengarang Berita akhbar itu, Muhamad Mat Yakim yang bertemu Azizan tiga tahun lalu dan perkara tersebut disahkan oleh akhbar berkenaan hari ini.
Tanpa menyebut nama parti politik yang terlibat, akhbar berkenaan membuat penjelasan tersebut bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa ia memihak kepada parti itu.
Akhbar berkenaan menjelaskan, gambar asal dirakam ketika Muhamad dan Mohd. Idros mengunjungi Azizan di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 25 Mei 2011 sempena sesi wawancara eksklusif bersama Allahyarham.
Akhbar itu turut menyifatkan penemuan risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawannya yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik ‘desperado’ untuk mengelirukan pengundi.
Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai cubaan Pas memainkan sentimen Allahyarham Azizan bagi meraih undi dalam PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini dengan mengatakan Mohd. Azam yang juga merupakan dua pupu kepada bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ialah anak didik Azizan.
Pas turut menggunakan dua keratan gambar yang memaparkan Azam dan Allahyarham dalam risalahnya.
Sementara itu, Pas Kedah mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.
‘‘Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau Ir. Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang akhbar, di sini.
Mengulas lanjut, Ir.Amiruddin berkata pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.
Katanya, Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131029/po_10/Pas-terdesak-guna-gambar-Azizan#ixzz2j3ofQZqG
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.