Pages

Subscribe:

29 Oktober, 2013

[hang nadim] An error or bags Pass campaign tactics support?.....

Satu kesilapan atau taktik kempen Pas raih sokongan?

DALAM keghairahan Pas menyerang bertubi-tubi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, parti itu akhirnya terperangkap dengan 'kegelojohan' sendiri.
Ia berikutan terdedahnya taktik parti itu menerusi teknik photoshop bagi menampal wajahnya calonnya, Mohd. Azam Abd. Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan akhbar itu sendiri menyifatkan ia taktik terdesak Pas untuk meraih sokongan.
Biar pun Pengarah Operasi Pas bagi PRK DUN Sungai Limau, Ir. Datuk Amiruddin Hamzah mengatakan parti itu langsung tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada, namun ia belum memuaskan hati banyak pihak.
Ini memandangkan adalah tidak munasabah Pas yang dianggap 'cukup hebat dan bijak' menghasilkan risalah-risalah boleh terlepas pandang kepada satu produk yang cukup penting dalam pilihan raya.
Bayangkan apa yang akan berlaku jika 'kesilapan' itu dilakukan oleh Barisan Nasional (BN), sudah pastilah Pas akan menyerang habis-habisan parti lawannya itu dan akan membuat tuduhan yang bukan-bukan serta mendesak BN meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Azizan.
Oleh itu, kalau benarlah, Pas dalam tempoh seminggu berkempen ini begitu menjaga perasaan ahli keluarga Allahyarham Azizan maka mereka perlu meminta maaf secara terbuka.
Pas harus mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan tidak mengamalkan sikap lepas tangan dengan berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita".
Apakah alasan "kita semua manusia biasa…" ini akan terpakai kalau ia terjadi kepada BN dan UMNO, sudah pasti tidak. Oleh itu tidak perlulah Pas cuba menunjukkan seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa dalam soal ini.
Namun apa yang berlaku bukanlah perkara pelik kerana Pas sememangnya sejak awal kempen memang mahu mengaitkan calon mereka dengan Allahyarham Azizan, apabila menyatakan Mohd. Azam adalah anak didik Allahyarham sedangkan dakwaan itu tidak benar.
Sekarang ini pun, oleh kerana mengetahui pengaruh Allahyarham Azizan yang cukup hebat di Sungai Limau, Pas cuba menggunakan sentimen Allahyarham Azizan dengan memasang kain rentang memaparkan wajah Allahyarham. Tetapi semua orang tahu bagaimana layanan politik sesetengah pemimpin Pas Kedah terhadap Allahyarham Azizan ketika Allahyarham menjadi menteri besar.
Justeru tidak perlulah pemimpin-pemimpin Pas bersandiwara lagi dalam soal ini dan janganlah berpura-pura kerana akhirnya kebenaran pasti akan menewaskan kepalsuan, begitulah juga dalam kempen pilihan raya ini. Percayalah!.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131030/po_02/Satu-kesilapan-atau-taktik-kempen-Pas-raih-sokongan#ixzz2j9h6qoHF
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Orang Melayu semakin menjauhi Pas

越来越多的马来人顺通

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Pas akan ditolak pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah pada 4 November ini memandangkan orang Melayu di kawasan itu semakin menjauhi parti tersebut.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perjuangan Islam Pas kini juga semakin hancur selepas dilihat terus berdolak-dalik dalam banyak isu khususnya melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan bumiputera.
Tambah beliau, Pas kini sudah menjadi 'terompah' DAP yang jelas dilihat mengejar habuan dunia semata-mata menggunakan Islam sebagai perkakas menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi parti tersebut.
"Faktor kedua Pas akan kalah kerana pengundi luar tidak akan pulang mengundi memandangkan tidak memberi apa-apa makna jika mereka berbuat demikian.
"Jika mereka balik mengundi Pas dan Pas menang, tidak ada apa-apa untung kerana apa keputusan sekalipun tidak mengubah kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan kawasan itu akan kekal mundur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya yang juga Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131030/po_06/Orang-Melayu-semakin-menjauhi-Pas#ixzz2j9kO8kBx
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.