Pages

Subscribe:

17 Oktober, 2013

[hang nadim] Hợp tác trong nông nghiệp, giáo dục.....









撃者は、プレハブの家技術覚書AM

Hợp tác trong nông nghiệp, giáo dục
Kerjasama pertanian, pendidikan



























Muhyiddin Yassin bertukar-tukar dokumen dengan Prof, Pham Vu Luan selepas menandatangani MoU berkaitan 
kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di Rumah Tetamu Kerajaan di Hanoi, semalam. - BERNAMA
HANOI 17 Okt. - Malaysia dan Vietnam hari ini bersetuju meneroka kerjasama bidang pertanian yang turut merangkumi penanaman padi, bekalan beras dan teknologi berkaitan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu memorandum persefahaman (MoU) khas berkaitan hal itu akan dimeterai oleh kedua-dua pihak selepas ini.
"Mereka mahukan satu MoU khas berkaitan padi dan beras tetapi saya fikir sebaiknya dibuat satu memorandum dalam bidang pertanian yang di bawahnya merangkumi soal padi, bekalan beras dan teknologi berkaitan.
"Beliau bersetuju dan saya akan maklumkan kepada Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) untuk mengambil tindakan hal ini," katanya dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Thien Nhan di sini hari ini.
Sempena kunjungan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut menandatangani MoU bidang pendidikan tinggi dengan Vietnam diwakili oleh Menteri Pendidikan dan Latihannya, Profesor Pham Vu Luan.
Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Azmil Zabidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Vietnam mempunyai banyak kemajuan dalam bidang ternakan, perikanan, agrokultur serta tanaman padi dan telah menghasilkan penyelidikan dalam bidang tersebut.
"Mereka sudah maju sehingga ke tahap mampu menyara diri dari segi makanan hasil kajian dan penyelidikan mereka. Kita juga mempunyai universiti berkaitan pertanian dan kita boleh berkongsi pengalaman tersebut," kata beliau.
Mengenai MoU pendidikan tinggi itu, Muhyiddin berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan pertukaran staf akademik, pakar dan para pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kita berharap selepas ini lebih banyak pelajar Vietnam datang (ke Malaysia). Kita mahu tambah jumlah ini sehingga 5,000 pelajar Vietnam," katanya.
Pada masa ini, jumlah pelajar Vietnam di Malaysia sebanyak 2,800 orang dengan tahun lalu sahaja kira-kira 500 orang telah memohon visa untuk melanjutkan pengajian mereka.
Selain itu, Muhyiddin berkata, kedua-dua negara juga akan mengadakan pertukaran maklumat mengenai sistem dan struktur pendidikan tinggi serta perubahan dan perkembangan teknologi berkaitan pendidikan.
Malaysia dan Vietnam juga akan mengadakan program bersama bidang-bidang teknikal, vokasional dan pendidikan tinggi di samping pertukaran bahan penulisan, alat pendidikan dan bahan-bahan yang digunakan dalam pendidikan
Selain itu, kata Muhyiddin, mobiliti pelajar seperti pemindahan kredit serta lain-lain bentuk kerjasama dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan teknikal juga termasuk di dalam persefahaman tersebut.
Timbalan Perdana Menteri berada di sini sempena lawatan kerja dua harinya dan esok beliau akan mengadakan perjumpaan dengan kapten industri kedua-dua negara.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_01/Kerjasama-pertanian-pendidikan#ixzz2i1cwXWSA
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Promosi Perniagaan Antarabangsa Sekisui, Masaya Fujiwara (kanan) ketika melawat pameran selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PR1MA dan Sekisui di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Jamaludin Jarjis (dua dari kanan). - BERNAMA
PM saksi MoU teknologi rumah pasang siap
PUTRAJAYA 17 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan perjanjian persefahaman (MoU) antara Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan syarikat pembinaan rumah terbesar di Jepun, Sekisui Chemical Co. Ltd (Sekisui) bagi penggunaan teknologi pasang siap untuk projek rumah rakyat.
Perjanjian itu turut membabitkan kerjasama membina kilang bagi membangunkan secara modular komponen bahan-bahan asas membina 500,000 unit rumah PR1MA dalam tempoh lima tahun.
Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, pihaknya menyasarkan untuk menggunakan teknologi tersebut dalam tempoh 14 bulan dari sekarang.
"Kita merancang membina projek perintis rumah pasang siap menggunakan sepenuhnya teknologi yang diimport dari Jepun itu bagi memberi keyakinan kepada rakyat.
"Bagaimanapun, untuk projek PR1MA secara keseluruhannya, kita perlu menunggu sehingga kilang ini siap dibina terlebih dahulu kerana segala proses pembinaan teknologi pasang siap itu akan dibina dalam kilang berkenaan,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis MoU itu di Bangunan Perdana Putra, sini hari ini.
Jamaludin berkata, menerusi penggunaan teknologi pasang siap itu, setiap projek perumahan PR1MA mampu disiapkan dalam tempoh dua bulan sahaja berbanding dua tahun menerusi kaedah konvensional.
Jelasnya, dengan penggunaan teknologi itu, hanya 10 peratus kerja dilakukan di tapak pembinaan manakala 90 peratus lagi bahan-bahan binaan disiapkan di kilang sebelum dipindahkan ke tapak pembinaan.
Katanya, penggunaan kaedah itu juga mampu merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk melihat sebanyak 500,000 projek perumahan PR1MA mampu disiapkan dalam tempoh lima tahun.
Sementara menunggu kilang tersebut beroperasi sepenuhnya, kata beliau, setiap projek PR1MA yang sedang dalam proses pembinaan tetap diteruskan seperti biasa dengan menggunakan kaedah konvensional.
Ditanya mengenai kualiti rumah yang dibina menerusi teknologi itu, beliau berkata, proses pembinaan bahan pasang siap itu dikendalikan menggunakan teknologi moden sepenuhnya.
"Proses pembinaan bahan-bahan membuat rumah itu akan dikendalikan oleh robot dan komputer selain diselia oleh tenaga kerja mahir terlatih yang dihantar berkursus di Jepun.
"Hasrat kita membina kilang ini bertujuan membuang imej negatif orang ramai terhadap projek-projek terdahulu yang didakwa tidak berkualiti," katanya.
Mengulas mengenai kos rumah yang dijangka meningkat kesan penggunaan teknologi tersebut, beliau berkata, kerajaan akan memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan lingkungan RM3,000 hingga RM6,000 mampu memiliki rumah tersebut.
"Kita menggunakan konsep pengeluaran kereta seperti di Jepun yang mampu dijual dengan harga murah berikutan pengeluaran dan permintaan dalam jumlah yang besar," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131018/dn_02/PM-saksi-MoU-teknologi-rumah-pasang-siap#ixzz2i1g5aSdb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.