Pages

Subscribe:

03 Oktober, 2013

[hang nadim] 总统到达中国为期三天的国事访问.....




 

雪邦10月3日 - 中国国家主席习近平抵达这里,今天开始了为期三天的国事访问的马来西亚。

到达羲和他的妻子,彭丽媛,文雅芝复杂,吉隆坡国际机场欢迎卫生部长拿督斯里博士 S. 苏布拉马尼亚姆。

习近平还陪小组成员包括国务院负责外交关系,外交和贸易部长王毅,高虎城部长杨洁篪。

曦的访问是非常重要的,因为它反映了中国新一届领导班子与伊斯兰堡保持友好关系可以追溯到39年前建交后长期承诺。
根据外交部的访问将使首相拿督斯里纳吉敦拉萨和西安图表马来西亚 - 中国经济关系的未来发展方向。
这包括重申致力于加强在各个领域的合作,繁荣和维护该地区的和平与稳定做出贡献。
明天,习近平将会见总理纳吉布在普特拉贾亚。会议期间,两国领导人随后的新闻发布会预计将签署谅解备忘录数。
中国和马来西亚之间的双边贸易在2012年达到94.8十亿美元,中国已成为马来西亚四年一排和马来西亚成为中国在东盟地区最大的贸易伙伴,在过去的五年里最大

Presiden China tiba untuk lawatan negara tiga hari

SEPANG 3 Okt. - Presiden China, Xi Jinping tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia.
Ketibaan Xi dan isteri, Peng Liyuan, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Turut mengiringi Xi dalam rombongan itu ialah Anggota Dewan Negara yang bertanggungjawab terhadap hubungan luar Yang Jiechi; Menteri Luar Wang Yi dan Menteri Perdagangan, Gao Hucheng.
Lawatan Xi amat penting memandangkan ia mencerminkan komitmen kepimpinan baharu China untuk mengekalkan hubungan mesra dengan Kuala Lumpur yang terjalin sejak sekian lama selepas hubungan diplomatik diwujudkan 39 tahun lepas.
Menurut Wisma Putra, lawatan itu akan membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Xi melakar hala tuju masa depan hubungan Malaysia-China.
Ini termasuk menegaskan semula komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama dalam semua bidang dan menyumbang ke arah kemakmuran serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.
Esok, Xi akan mengadakan pertemuan dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Beberapa memorandum persefahaman dijangka dimeterai dalam pertemuan itu, disusuli persidangan akhbar oleh kedua-dua pemimpin.
Dagangan dua hala antara China dan Malaysia mencecah AS$94.8 bilion pada 2012, dengan China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia empat tahun berturut-turut dan Malaysia menjadi rakan dagang terbesar China di rantau ASEAN sejak lima tahun lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131003/dn_35/Presiden-China-tiba-untuk-lawatan-negara-tiga-hari#ixzz2giN8o51r
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Dr. Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman dengan Xi Jinping selepas melakukan kunjungan hormat dan bertukar-tukar pendapat dengan Presiden China itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mencadangkan supaya Malaysia dan China menubuhkan sebuah persatuan persahabatan dan kebudayaan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara berkenaan.
Mengemukakan cadangan tersebut kepada Presiden China, Xi Jinping semasa pertemuan di sini hari ini, beliau mencadangkan supaya persatuan itu dinamakan sebagai Persatuan Persahabatan dan Pelbagai Kebudayaan Cheng Ho.
Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr. Mahathir berkata, idea penubuhan persatuan itu adalah bagi memperingati sumbangan Laksamana Cheng Ho kepada hubungan Malaysia-China semasa zaman Dinasti Ming.
Sejarah mencatatkan Kerajaan Kesultanan Melaka telah mula menjalin hubungan dengan kerajaan China semasa Dinasti Ming kira-kira 605 tahun lalu.
"Beliau (Jinping) sangat menyokong cadangan tersebut," katanya yang berharap persatuan tersebut dapat ditubuhkan tidak lama lagi.
Dr. Mahathir berkata, Jinping juga menyuarakan kebimbangan beliau terhadap isu kesesakan laluan trafik perkapalan di Selat Melaka.
"Kami perlu mengurangkan bilangan kapal melalui selat itu dengan membina saluran paip di utara bagi penghantaran minyak dan produk lain merentasi Semenanjung tanpa mengelilingi Semenanjung.
"Beliau (Jinping) akan menimbang perkara ini kerana beliau merasakan bahawa idea ini adalah baik dan akan melihat apa yang beliau boleh lakukan untuk menyokongnya," kata Dr. Mahathir.
Isu lain yang dibincangkan dalam pertemuan sejam itu termasuk meningkatkan jumlah nilai dagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara yang kini memihak kepada China.
Dr. Mahathir juga telah meminta Jinping supaya menggalakkan lebih ramai pelabur China melakukan pelaburan di Bandar Raya Getah dan Komponen Automotif Kota Putra di Padang Terap, Kedah. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131006/dn_06/Dr-M-cadang-tubuh-persatuan-persahabatan-Malaysia-China#ixzz2gtS0GAuw
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.