Pages

Subscribe:

16 Oktober, 2013

RENUNG SEJENAK…..KORBAN …..BERKORBAN…..
TERKORBAN…..

DIFINASI QURBAN
Nama bagi sesuatu yang diqurbankan atau nama bagi ternakan
yang disembelih pada Hari Raya Adha. Qurban bermaksud
menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT 
pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan
an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub
kepada Allah SWT.

 HIKMAH IBADAH QURBAN
Ia disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT di atas
segala nikmat-Nya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari
tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama
ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun
dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping
memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga
mereka yang lain.
HUKUM BERQURBAN
Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran
merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah
al-Saafat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah
daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah
dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.

 MENURUT PANDANGAN
jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat (sunat
muakkadah) bagi individu yang berkemampuan.
Pandangan ulama
mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur
hidup.

 Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab
Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu.
Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka
hukum melaksanakannya adalah wajib.
Diri Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban
Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan ibadah qurban adalah
seperti yang berikut:
  
i. Seorang Islam yang masih hidup. Tidak boleh melakukan untuk si
mati jika dia tidak meninggalkan wasiat.
ii. Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.
iii. Mencapai umur baligh dan berakal.
iv. Bermukim iaitu menetap di sesuatu kawasan.
  
v. Mampu melaksanakan - orang yang mampu
 ialah mereka yang mempunyai harga/nilai (duit) untuk berbelanja
mendapatkan ternakan qurban, yang lebih daripada keperluannya dan
keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari
Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan
qurban.

PEMBAHAGIAN
Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu:
(a) Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali23
     daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan
      kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut:
1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan
         ahli keluarganya.
1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
         termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau
         saudaranya.

Klik http://www.islam.gov.my







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.