Pages

Subscribe:

08 November, 2013

[hang nadim] Menarik hari ini Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah Agama Keluarga Hiburan Rancangan TV Feminin Pendidikan Sains & Teknologi Agro Kesihatan S3 Polis & Tentera Sastera Rencana Cuit Selak Awang Selamat Kolumnis Forum Catatan Kembara Classifieds Portal Pendidikan Kosmo! Online Mangga Online Saji Online MyBooks Kareer Utusan Karya Laman XtiveDALAM NEGERIUmmu Jah, 400 pengikut Al- Arqam lafaz taubat nasuha Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_14/Ummu-Jah-400-pengikut-Al--Arqam-lafaz-taubat-nasuha.....




SEBAHAGIAN daripada pengikut kumpulan Al-Arqam membaca deklarasi taubat pada majlis istitabah pengikut kumpulan Al-Arqam di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor, semalam.
SHAH ALAM 8 Nov. - Balu pengasas kumpulan Al- Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah yang mengetuai lafaz taubat nasuha bersama kira-kira 400 pengikut pergerakan itu bertekad tidak lagi mengulangi perbuatan mereka mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah.
Hatijah yang juga Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn. Bhd. turut menyatakan bahawa pihaknya akan memulangkan semua harta anak yatim yang telah diambil sebelum ini dan kini dalam proses memulang semula dana tersebut selaras dengan pengisytiharan taubat mereka itu.
Ummu Jah menegaskan, mereka menyedari kesilapan lalu dan menyesal dengan perbuatan melanggar prinsip-prinsip Islam berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariat dan akhlak Islam seperti dinyatakan dalam fatwa.
''Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kami hari ini bertaubat dengan sebenar taubat dan kami begitu hina dan menyesal dengan perbuatan lalu kami.
''Kami berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan kami dan selayaknya (wajib) atas kami untuk tidak akan memberi sebarang ruang sebesar zarah kepada tempias dan sisa fahaman serta pegangan untuk berdetik dan berlegar-legar di hati-hati kami," katanya ketika melafaz taubat tersebut dalam Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al-Arqam di sini hari ini.
Pengisytiharan taubat itu disaksikan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin; Timbalan Mufti Selangor, Abdul Majid Omar; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussein.
Majlis tersebut disertai sebanyak 291 kakitangan GISB dari negara ini, Indonesia (47), Australia (tujuh), Singapura (10) dan seorang dari Afrika Selatan.
Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini mengenakan hukuman kepada Ummu Jah dan 17 pengikutnya bon berkelakuan baik bersyarat selama setahun.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Syarie, Kamaruzaman Ali selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar arahan mufti berkenaan pengharaman ajaran Al-Arqam.
Dalam majlis yang dianjurkan oleh JAIS itu, Hatijah turut memberikan jaminan bahawa pihaknya sendiri akan memastikan kesemua pengikutnya dalam GISB tidak lagi mengamalkan ajaran yang terdapat dalam kumpulan Al-Arqam sebelum ini termasuk acara pencak.
''Kita telah terima fatwa sebagai satu pakej. Saya sendiri akan pastikan perkara ini, Insya-Allah, pergilah tengok di tempat-tempat ibadah kami, kita tinggal dah dan selepas ini kami ada sesi 500 jam kursus pemulihan iaitu selama setahun," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_14/Ummu-Jah-400-pengikut-Al--Arqam-lafaz-taubat-nasuha#ixzz2k7bNsM2d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isma edar risalah dedah dalang Comango

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Dalang di sebalik Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) didedahkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) melalui sebaran 70,000 risalah di masjid-masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini.
Dalam kenyataannya di sini hari ini, Isma berkata, edaran tersebut bertujuan untuk menjelaskan kepada seluruh umat Islam bahawa tuntutan Comango di Malaysia telah didalangi oleh tokoh-tokoh liberal dan 54 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang anti-Islam.
"Sebanyak 12 daripada 54 NGO dalam gabungan Comango tersebut berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS),'' kata kenyataan itu.
Comango merupakan teras kepada gagasan NGO hak asasi manusia yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi negara-negara dunia bagi menekan Malaysia agar menuntut tuntutan mereka di Geneva, baru-baru ini.
Antara tuntutan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama.
Sementara itu, risalah 'Bahaya Comango' telah diedarkan oleh petugas-petugas Isma di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Seremban.
Sebaran sama turut diadakan di Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.