Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

BACA ALQURAAN

Listen to Quran

Featured Posts

28 Februari, 2015

[hang nadim] KEMBALI KE RAHMATULLAH..TG NIL AZIZ......al fatihah.....

Yang Amat Berbahagia Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
نئ عبدالعزيز بن نئ مت

Tempoh jawatan
22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013
TimbalanDato' Haji Ahmad bin Yaakob
Didahului olehMohamed Yaacob
Diganti olehAhmad bin Yaakob

Ahli Perhimpunan Kelantan
untuk N6 Chempaka
Majoriti6,500
Penyandang
Tempoh jawatan 
1995 – 12 Februari 2015


Lahir10 Januari 1931
Pulau MelakaKelantan Kota Bharu,Kelantan
Meninggal dunia12 Februari 2015 (umur 84)
Tanah Perkuburan Islam Pulau MelakaKelantan Kota Bharu,Kelantan
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganDatin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
AnakNik Aini
Nik Umar
Nik Adli
Nik Abdul Rahim
Nik Mohamad Abduh
Nik Adilah
Nik Mohamad Asri
Nik Amani
Nik Amalina
Nik Asma' Salsabila
Alma materUniversiti Al-Azhar
ReligionSunni Islam

Nik Aziz Kelantan.jpg
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) (Jawiنئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".[2]Kehidupan peribadi
Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau MelakaKota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]
Beliau juga pernah belajar di:
Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa ArabUrduInggeris dan Tamil.[4]

Friday, February 13, 2015


KOTA BHARU 12 Feb. - Negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam ini.
Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
“Ayahanda meninggal dunia di sisi seluruh kaum keluarga pada pukul 9.40 malam. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan arwah ayahanda,” katanya dalam sidang akhbar ringkas di pekarangan rumahnya di sini malam ini.
Sementara itu, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh mengumumkan solat jenazah ayahnya akan diadakan pada pukul 10 pagi esok di Masjid Tok Guru berhampiran rumahnya di Pulau Melaka di sini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin datang menziarahi jenazah ayahnya supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.
“Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju Tuhannya,” katanya.
Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa pemimpin utama Pas negeri ini seperti Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut berada di rumah Allahyarham.
Malah ribuan orang telah memenuhi pekarangan rumah tersebut dan jalan untuk masuk ke Pulau Melaka sesak.
Pada 20 Januari lalu, akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke ICU HUSM dan berada dalam keadaan separa kritikal namun keadannya dikatakan agak stabil pada minggu lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru telah mengikuti rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser tersebut sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Beliau yang melepaskan jawatan Menteri Besar pada 6 Mei 2013 turut mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapinya dalam temubual eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada awal tahun lalu.
Nik Abdul Aziz yang mula menjadi wakil rakyat selepas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang dikenali Pengkalan Chepa) pada tahun 1967 dan mengekalkan kerusi tersebut sehingga beralih ke kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun 1986 sehingga sekarang.
Sepanjang pentadbirannya sebagai Menteri Besar selama 23 tahun sejak 1990, beliau memperkenalkan sistem pentadbiran Islam malah telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hukum hudud untuk dilaksanakan di ne­geri ini.

[hang nadim] Ketua Cawangan Khas IPD Maran telah meninggal dunia ......ALFATIHAH....




AL FATIHAH
Dimaklumkan ASP Khairuddin Mashud, 55, Ketua Cawangan Khas IPD Maran telah meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi tadi akibat pendarahan otak di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Allahyarham dilaporkan terjatuh ketika menghadiri jamuan perpisahan meraikan anggota polis yang bertukar dan bersara di Balai Polis Trafik Maran pada 25 Februari lalu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kg Embun, Maran, Pahang tengahari ini untuk pengebumian.
Seluruh warga polis Kontinjen Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

06 Februari, 2015

[hang nadim] RAKAN SEKAMPUNG MENINGGAL………AL FATIHAH.....




































Gambar Pada 17/10/2014 –Gambar Album  Hang Nadim….
Anggota PDRM
ALLAHYARHAM KHOZA BIN ARIFFIN  59 TAHUN  (x –RF 66398)
MENINGGAL : 7.00 PAGI  4/2/2015
Kg Paya Kerchut ,Tikam Batu Kedah
Asal Yan Kedah…
Tempat Tugas:-
Besara 1/1/1996
IPD Seberang Perai Tengah
PGA Kerayung Pahang
PULAPOL

Sila Klik……                    http://www.bekaspolis.com/

25 Januari, 2015

[hang nadim] Jenazah Almarhum Tengku Intan Zaharah selamat disemadikan......Al Fatihah...

KUALA TERENGGANU: Jenazah Tengku Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin di sini selepas solat zuhur, hari ini.
Istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu, Dr Zulkifly Muda.
Hadir sama kerabat diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda dan anggota Majlis Mesyuarat Negeri.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 10.15 pagi dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Subang, jenazah Almarhum dibawa ke Istana Maziah untuk membolehkan orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.
Berangkat sama memberi penghormatan terakhir ialah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Asegaff, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud dan kerabat diraja lain.
Almarhum Tengku Intan Zaharah, 86, Raja Permaisuri Agong keempat, mangkat di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara jam 3.26 petang semalam. -BERNAMA
JUMAAT, 23 JANUARI 2015 @ 5:27 PM

Raja Abdullah dimakamkan dalam kubur tidak bertanda

RIYADH: Jenazah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz akan dikebumikan dalam makam tidak bertanda selepas solat Jumaat, hari ini.
Dalam pada itu, peralihan kuasa lancar menyaksikan takhta itu berpindah kepada adik tirinya, Raja Salman dan seorang lagi adik tirinya, Muqrin sebagai putera mahkota bagi menghapuskan kebimbangan ketika kegawatan serantau.
Sejajar dengan ajaran Islam, jenazah Abdullah akan dikapan dengan kain putih, dibawa menggunakan pengusung ke dalam ambulans oleh saudara mara seterusnya dibawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum ke tanah perkuburan untuk dimakam dalam kubur tidak bertanda.
Solat jenazah di masjid akan diketuai Raja Salman dan dihadiri ketua negara Islam dan diplomat kanan termasuk Presiden Mesir, Abdel Fatteh al-Sisi, seorang daripada sekutu paling rapat Abdullah selepas kebangkitan negara Arab.
Golongan kenamaan bukan Islam akan melakukan penghormatan terakhir kepada raja dan putera mahkota yang baharu dilantik serta anggota lain dinasti Al Saud, dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Kemudian, selepas solat Maghrib, Raja Salman dan Putera Mahkota Muqrin akan menerima ikrar taat setia daripada anggota keluarga lain pemerintah, ulama Wahabi, ketua puak, ahli perniagaan utama dan orang penting di negara pentadbiran beraja itu.
Dalam ajaran tegas Wahabi, menunjukkan perasaan sedih secara berlebihan dilarang, selepas kematian monarki Arab Saudi dan anggota tertinggi diraja lain, tiada tempoh rasmi berkabung dan bendera masih dikibar secara penuh.
Walaupun dengan kebanjiran mesej sedih daripada rakyat tempatan dalam media sosial, kekangan agama ke atas peringatan awam bermaksud tiada tanda di ibu kota diraja ini menunjukkan pemerintah sekian lama mereka sudah mangkat. -AFP

09 Januari, 2015

[hang nadim] Tun Abdul Rahman Ya’kub meninggal dunia.......Al Fatihah


Yang Berhormat
Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Rahman Bin Ya'kub
Fail:Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Rahman Bin Ya'kub.
Member of Parliament
for PalohSarawak

Lahir3 Januari 1928
Sarawak BintuluSarawak
Meninggal dunia9 Januari 2015
Kuching
PekerjaanBekas Ahli Parlimen



KUCHING 9 Jan. - Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub, 87, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah di sini sejak beberapa minggu lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam ini.
Bekas Setiausaha Sulitnya, Datuk Khir Busrah berkata, tokoh politik veteran itu difahamkan meninggal dunia akibat sakit tua.
Abdul Rahman yang dilahirkan pada 3 Januari 1928, telah dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Datuk Tawi Sli pada 7 Julai 1970.
Kemudian pada 26 Mac 1981 Allahyarham meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada anak saudaranya, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri Sarawak).
Pada peringkat Persekutuan, beliau pernah menganggotai Kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Perlombongan pada 1960. - UTUSAN ONLINE
-
 See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tun-abdul-rahman-ya-8217-kub-meninggal-dunia-1.46172#sthash.SYf6isMv.dpuf

Tun Abdul Rahman bin Ya'kub (3 Januari 1928 - 9 Januari 2015) merupakanKetua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Dia digantikan sebagai Ketua Menteri oleh anak saudaranya Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Beliau berketurunan Melanau.

26 Disember, 2014

[hang nadim] Hj. Udin tlh kembali Ke Rahmatullah....al fatihah.....



Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.. Al Fatihah.. Buat yg mengenali Ayahanda saya.. Hj. Udin tlh kembali Ke Rahmatullah jam 5,00 ptg tadi. Smga Allah SWT m'cucuri Rahmat Ke atas rohnya & ditempatkan bersama2 kekasih2Nya.. Amin.. ( Akan disembahyangkan pd jam 10.00 pg esok)
Like ·  ·