Pages

Subscribe:
Memaparkan catatan dengan label [hangnadim] warga emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label [hangnadim] warga emas. Papar semua catatan

03 Mei, 2010

[hang nadim]Pantang jumpa besi buruk..............



Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my




















Kesusahan hidup pada masa kecil memaksa Mohd. Tahar mengumpul barang terbuang termasuk 200 bilah senjata tajam.

"BESI ada daulat, besi paling kuat, kita kena sayang besi." Itulah kata-kata seorang warga emas, Mohd. Tahar Singkro, 79, dari Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor.

Mohd. Tahar yang masih sihat ialah antara insan yang dikenali bukan sahaja di kalangan hampir 1,000 penduduk kampung berkenaan malah di seluruh negeri Johor.

Semuanya gara-gara minat dan hobi uniknya sejak kecil iaitu mengumpul barang-barang terbuang terutama senjata tajam.

Kini jumlah senjata yang dikumpulnya melebihi 200 bilah dan dipamerkan di rumahnya.

Sebaik sahaja melangkah memasuki rumah Mohd. Tahar, tetamu pasti terpesona dengan pelbagai barang buangan yang telah dibaik pulih tersusun rapi di pintu dan dinding rumah.

Pastinya mata tetamu terpegun melihat pelbagai jenis pisau, parang, sabit, keris, belantan dan pedang yang berusia ratusan tahun di rumah tersebut.

Ketika kedatangan penulis dan jurugambar, Raja Jaafar Ali ke rumah berkenaan baru-baru ini, lelaki berketurunan Bugis itu berada di kebun sayurnya sebelum pulang ke rumah bertemu kami beberapa minit kemudian setelah dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

Menurut empunya diri, kehidupannya ketika kecil sangat susah bahkan beliau turut mengalami penderitaan pada zaman penjajahan Jepun dahulu termasuk mengikat perut dan makan ubi kayu sebagai makanan harian.

Ekoran kesusahan dan kesempitan hidup itu, beliau mula menyayangi setiap benda dan akan berasa sedih jika terjumpa barang buangan terutama besi.

"Sejak kecil jika saya terjumpa besi terbuang, saya pasti mengutip dan membawanya pulang ke rumah.

"Bagi saya, apabila sesuatu benda itu dibuang ia menjadi sangat hina, jadi hati saya tersentuh jika terjumpa barangan buangan terutama besi.

"Besi yang berkarat akan saya bawa pulang sebelum saya baiki, membuat sarung dan mengecatnya sebelum disusun di dinding atau pintu rumah," katanya yang turut mendapat galakan daripada dua anaknya, menantu dan enam cucunya.

Usaha Mohd. Tahar mengumpul besi-besi terbuang tidak sia-sia malah orang ramai turut memberinya besi-besi terbuang atau senjata lama.

Penduduk kampung yang mengetahui hobi warga emas itu juga tidak keberatan menyerahkan besi terbuang untuk dibaik pulih sekali gus menambahkan koleksi Mohd. Tahar.

Lebih menarik, koleksi di rumah tersebut turut disumbangkan oleh pelbagai bangsa di negara ini termasuk kaum India.

Contohnya, sebilah parang panjang yang dikenali sebagai parang India yang berusia ratusan tahun diberikan oleh seorang lelaki India kepadanya beberapa tahun lalu.

"Orang kampung dan tetamu rumah ini mengetahui sifat saya yang menyayangi besi, jadi mereka yang memiliki atau menjumpai besi atau senjata lama tidak keberatan menyerahkan kepada saya kerana saya menjaganya dengan baik," katanya.



SEBILAH keris yang tertera tulisan jawi, ya zaljalalul walikram.
Mengasap senjata

Hobi menyimpan barangan besi terutama senjata tidak boleh dibuat secara sambil lewa.

Senjata amat berbahaya jika tidak dijaga dan disimpan dengan baik, ia boleh mencederakan orang di sekitarnya.

Mohd. Tahar akan membuat sarung bagi senjata tajam, selain membuat tempat menyangkutnya di dinding atau diletakkan di atas para dengan baik.

"Setiap malam Jumaat, saya akan mengasap senjata-senjata ini dengan kemenyan. Saya mengambil masa lebih setengah jam untuk mengasap semua senjata itu.

"Pada bulan Muharam pula alat-alat itu akan dimandikan dengan limau," katanya yang mengakui mengamal beberapa petua untuk menjaga senjata berkenaan.

Antara koleksi yang disayangi Mohd. Tahar termasuk sebilah sundang yang berusia ratusan tahun.

Ia merupakan senjata tertua dalam simpanannya yang merupakan warisan turun-temurun daripada arwah bapanya yang meninggal dunia pada tahun 1938 di Pontian.

Sundang tersebut, katanya, pernah digunakan dalam peperangan di Bugis dan dipercayai pernah memakan nyawa orang berdasarkan keadaan matanya yang berlekuk.



SUNDANG antara koleksi Mohd. Tahar yang berusia lebih 200 tahun dipercayai pernah memakan nyawa berdasarkan kesan sumbing pada matanya.

"Saya juga mempunyai koleksi berupa sebatang sula yang ditemui di hutan Pahang yang dipercayai berusia ratusan tahun.

"Ia merupakan pemberian seseorang yang meminta saya menyimpannya kerana anak-anaknya menangis pada waktu malam setelah alat tersebut dibawa pulang ke rumahnya.

"Namun, setelah sula itu saya balut dengan kain kuning dan mengamalkan beberapa petua lain, ia tidak pernah pernah mengganggu keluarga saya," kata Mohd. Tahar yang tidak berhasrat menjual koleksinya.

Jelasnya, koleksi senjata tersebut tidak akan dijual walaupun ada beberapa individu menawarkan harga yang lumayan kerana dia sangat menyayangi senjata tersebut selain tidak berniat untuk mengaut keuntungan.

Selagi ada hayat, koleksi tersebut akan terus dipelihara. Sekiranya telah meninggal dunia terpulang kepada anak-anaknya untuk membuat keputusan sendiri sama ada menyimpan senjata tersebut atau menyerahkan kepada pihak lain.

"Koleksi senjata milik saya pernah dipinjam untuk tujuan pameran seperti Muzium Bugis di Pontian.

"Bagaimanapun, saya hanya meminjamkan kepada orang jika tujuannya baik," kata Mohd. Tahar.


MOHD. TAHAR (empat dari kiri) bersama anak, menantu, cucu dan jirannya di rumahnya di Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor baru-baru ini.

Sementara itu, menantunya, Kamalulil Kasim, 45, turut mengagumi semangat dan kesungguhan bapa mentuanya itu menyimpan pelbagai jenis senjata dan barang buangan lain.

Dia yang bekerja kilang di Singapura berkata, jika seseorang itu tidak pernah mengunjungi rumahnya pasti tidak percaya dengan apa yang keluarga mereka miliki ini.

"Bapa mentua saya pantang terjumpa besi terbuang, pasti dibawa balik ke rumah sebelum dibaik pulih.

"Justeru, jika saya yang jumpa barang tersebut juga akan saya serahkan kepadanya selain membelikan beberapa barangan lain seperti pedang samurai," katanya yang mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Erra Shamira, 16, Erna Nadira, 13, dan Emma Farisha, 8.

Bagi Erra Shamira, dia turut menyokong penuh hobi datuknya itu yang disifatkannya unik.

"Bukan sahaja rakan-rakan berkunjung ke rumah datuk malah pelancong dari luar negara seperti Australia dan New Zealand juga pernah melawat dan melihat sendiri koleksi berkenaan," katanya

27 April, 2010

Malaysia status negara tua 2035

Oleh ZAMZ
URINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 27 April - Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang 2035 ekoran peratusan warga emas yang berumur 60 tahun mencapai kadar 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya.

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Meme Zainal Rashid berkata, peratusan bilangan warga emas di negara ini semakin meningkat berdasarkan banci penduduk pada 2000 iaitu seramai 1.45 juta orang atau 6.2 peratus.

''Jumlah tersebut terus melonjak selepas sembilan tahun menjadi seramai dua juta atau 7.1 peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28.3 juta orang.

''Statistik tersebut amat membimbangkan ekoran penurunan kadar kesuburan dan peningkatan jangka hayat penduduk seperti yang direkodkan pada 2005 iaitu 71 tahun bagi lelaki dan 76 tahun bagi wanita," katanya dalam ucapan perasmian sempena Seminar Kebangsaan Ketiga di sini hari ini.

Teks ucapan perasmian seminar bertajuk Kasih Sayang Antara Generasi Membanteras Penganiayaan Sesama Insan dibaca oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Halijah Yahaya.

Menurut Meme, fenomena golongan muda berkerjaya pada masa ini yang tidak mahu berkahwin, amat membimbangkan kerana ia menyebabkan kadar kelahiran adalah rendah.

''Faktor kahwin lambat atau tidak berkahwin menyebabkan peratusan kadar kelahiran kurang berbanding peratusan kematian.

''Ini kerana, golongan warga emas mempunyai keperluan tersendiri sehingga menimbulkan pelbagai implikasi kepada keluarga, masyarakat dan negara," jelasnya.

Misalnya, jelas beliau, Jepun kini mencapai status negara tua apabila peratusan warga emas semakin meningkat manakala rekod kelahiran adalah rendah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan serius dalam menangani kadar penuaan yang semakin meningkat dan bersedia menghadapi cabaran tersebut.

''Semua pihak sama ada kerajaan atau swasta perlu memberi ruang dan peluang kepada golongan warga emas untuk menyumbang kepada masyarakat sesuai dengan keupayaan dan minat mereka.

''Mereka seharusnya diberi ruang dan peluang supaya kemahiran dan kepakaran yang dimiliki diperturunkan kepada generasi muda," ujarnya.

14 April, 2010

[hang nadim] Derita seorang Warga emas...Bantulah dia.....


ALANG Halimah Amban yang cacat penglihatan dan pendengaran tidak dapat menahan kesedihan setelah rumahnya rosak teruk dalam kejadian ribut petir di Kampung Ara Payung, Batu Gajah,kelmarin.

Rumah nenek buta, pekak antara 40 kediaman dilanda ribut

BATU GAJAH 14 April - Seorang wanita warga emas yang cacat penglihatan dan pendengaran, hanya mampu duduk di atas kerusi dan berdoa meminta perlindungan Allah SWT ketika rumahnya dilanda ribut di Kampung Ara Payung di sini, semalam.

Kejadian antara pukul 6 hingga 7 petang itu memusnahkan bahagian dapur dan bilik rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki Alang Halimah Amban, 60, dan anaknya, Ruslee Razali, 33.

Halimah ketika ditemui, mengeluh mengenai nasib yang menimpanya.

"Tiada apa-apa boleh dibuat lagi, air mata pun sudah tidak ada hendak menangis. Sudahlah hidup susah, anak pun tiada kerja tetap. Kini, rumah PPRT yang diberi pun rosak," katanya sedih.

Sementara itu, Ruslee berkata, semasa kejadian, dia sedang bermain sepak takraw di sebuah kawasan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Tiba-tiba ada orang datang beritahu bumbung rumah saya runtuh dan dengan kelam-kabut saya berlari pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan ibu.

"Apabila sampai di rumah, saya nampak ibu duduk atas kerusi sambil menadah tangan dalam keadaan terketar-ketar. Sebahagian besar atap dan kerangka bumbung pula runtuh," katanya.

Menurut Ruslee, ibunya tidak menyedari kejadian tersebut kerana tidak dapat melihat dan mendengar.

"Ibu saya tidak boleh melihat tetapi dia tahu ada ribut kerana merasai gegaran apabila bumbung rumah runtuh," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Ara Payung, Anuar Yahaya, 49, berkata, isterinya, Jamilah Mohd. Amin, 47, nyaris maut apabila kerangka bumbung rumahnya runtuh akibat ribut.

Namun katanya, mujur kerangka yang runtuh itu hanya mengenai tangan isterinya.

"Saya sedang menunaikan solat Asar dan pada masa itu, saya sudah dengar pelbagai bunyi tetapi saya meneruskan solat sehingga habis.

"Tiba-tiba, isteri saya menjerit meminta tolong dan saya terus berlari dan mendapati kerangka bumbung dan empat keping siling rumah sudah jatuh," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd. Kasim dan Ketua Wanitanya, Datuk Hamidah Osman turut melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, kira-kira 40 buah rumah termasuk 35 daripadanya di Kampung Ara Payung rosak akibat ribut itu.



Nukilan hang nadim:
Untuk Adik ku...... Alang Halimah

SATU PENITIAN TAKDIR

Dipenghujung hidup ini
Derita ku lalui.....
Lurah dalam telah ku turuni
Duri onak ku rentasi
Ku daki puncak yang tinggi
Gelombang samudera ku harung
Pernah aku menongkah arus yang deras
Pernah aku hidup dalam gersang kemarau
Pernah aku hidup dalam lautan mewah
Pernah aku hidup dalam sinar yang terang
Pernah aku dengar kicauan burung..
Pernah aku dengar azan berkumandang....
Kini.....
Kegelapan dan sepi dalam hidup
Tiada cahaya tiada mentari dalam hidup
Malam siang sama melabuh kegelapan
Tiada kicauan yang merdu..
Aku tetap redho dengan kehendak mu...
Ku mohon ampun jika ada dosa yang lalu
Ku Pohon Iman hingga Akhir hayat
Nyala kan obor sinar kebahagian
Biar ku nyatakan hidup ku
Walau Derita Tiada ku kesali
Al hamdulillah...........

07 April, 2010

[hang nadim] Nilai warga emas kurang RM10 sebulan?



Shahrizat Abdul Jalil memperkatakan sesuatu kepada Mohamad Hasan selepas taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di Seremban, semalam.

SEREMBAN 6 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini melahirkan rasa simpati dengan nasib warga emas di negeri yang diperintah pembangkang kerana cuma menerima bantuan RM100 setahun.

Sambil merujuk kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri daripada DAP iaitu Lim Guan Eng, kata Shahrizat, pemberian RM100 setahun kepada warga emas adalah sesuatu yang sangat memalukan.

"Saya rasa malu bila terbaca Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim (Guan Eng) memberi cuma RM100 setahun kepada warga emas. Kalau dikira tidak sampai RM10 sebulan.

"Pemberian itu kononnya bantuan dan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu dengan cara mereka menjaga orang tua yang kononnya untuk membela nasib rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat program pembasmian kemiskinan dan kebajikan Negeri Sembilan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri di sini hari ini.

Program bersempena lawatan beliau ke negeri ini turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.

Shahrizat dengan nada kesal menambah, tindak tanduk pemimpin pakatan pembangkang itu seolah-olah menunjukkan golongan warga emas tiada nilai kepada mereka.

"Takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada pemimpin mereka cuma kurang RM100. Itulah nilai warga emas di Pulau Pinang," katanya lagi.

Menurutnya, pemberian tersebut bukan sahaja tidak membantu menghapuskan kemiskinan penduduk di negeri tersebut malah tidak mampu membela nasib golongan itu.

"Golongan ini bernasib baik kerana masih ada kerajaan Persekutuan yang tampil membantu dan membela nasib mereka," katanya.

Jelasnya, pencapaian atau rekod pembasmian kemiskinan di negeri yang ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) berjalan lebih baik.

"Bila saya datang ke Negeri Sembilan di bawah kerajaan BN saya dapati program pembasmian kemiskinan dan kebajikan berjalan begitu baik sekali.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana mengikut rekod pencapaian dalam program pembasmian kemiskinan begitu baik sekali jika dibandingkan dengan kerajaan Pulau Pinang di bawah pakatan pembangkang," ujarnya.

Kata Shahrizat lagi, sehingga 25 Mac lalu statistik e-Kasih negeri ini mencatatkan hanya terdapat 95 keluarga dikategorikan miskin tegar dan 646 dalam kategori miskin iaitu mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM440 sebulan.

"Ini menjelaskan bahawa program Jaringan Keselamatan Sosial yang dilaksanakan di negeri ini amat baik sekali.

"Untuk 646 keluarga itu kita akan bekerjasama dengan semua Exco kerajaan negeri dan pemimpin-pemimpin untuk mengadakan program berkaitan di bawah 1Azam.

"Kita yakin akan mencapai sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk pembasmian kemiskinan tegar dan miskin di Negeri Sembilan pada hujung tahun ini atau lebih awal lagi," katanya.

03 April, 2010

[hang nadim] Peluang Omar dibebaskan cerah......










ALOR SETAR 3 April - Peluang Omar Atan , 59, seorang peniaga dari Perlis untuk dibebaskan daripada penjara Laos atas dakwaan terlibat dalam pemerdagangan manusia kini semakin cerah.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, beliau baru pulang dari Laos semalam untuk mengemukakan bukti dan dokumen pembelaan kepada pihak berkuasa Laos.

"Saya berada selama tiga hari di sana bagi membuktikan Omar adalah mangsa keadaan dan pihak berkuasa Laos amat menghargai apa yang kita lakukan.

"Saya juga mengemukakan surat berserta bukti pembelaan kes Omar kepada Perdana Menteri Laos melalui wakil mereka dan membantah sekeras-kerasnya tahanan tanpa bicara yang dikenakan kepada Omar," katanya di sini hari ini.

Omar meringkuk di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Omar dibenarkan pulang selama 10 hari ke Malaysia pada 20 Mac lalu dan pulang semula ke Laos bagi menjalani hukuman penjara pada hujung Mac lalu.

Menurut Muhd. Khairun, pihaknya akan mengemukakan beberapa lagi dokumen serta bukti untuk membela Omar kepada pihak berkuasa Laos secepat mungkin.

"Pihak kami juga telah berjaya menjumpai 'Khrishnan', suspek utama kes tersebut yang dikehendaki oleh kerajaan Laos.

"Namun, 'Khrishnan' enggan ke Laos dan kami tiada kuasa memaksa dia ke sana," jelasnya.

Tambahnya, pihaknya memohon agar semua rakyat negara ini berdoa agar Omar akan dibebaskan secepat mungkin.

"Omar dalam keadaan sedih dan tertekan kerana memikirkan anak- anaknya yang tinggal bersendirian di Perlis," katanya.

Hanya doa
Oleh Zalifah Mohd Yatim
zalifah@hmetro.com.my
2010/03/29 GOMBAK: “Saya tidak putus doa mohon kepada Allah SWT agar dibebaskan daripada hukuman penjara kerana saya tidak terbabit dalam jenayah tetapi sebenarnya teraniaya kerana menolong kawan menjadi jurubahasa,” kata Omar Atan, 59, rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Phunthong, Laos, yang dibenarkan balik ke tanah air 10 hari untuk bertemu ahli keluarga sebelum menyambung semula hukuman itu di negara itu, esok.

Bapa kepada empat anak berusia antara 11 hingga 21 tahun, berkata dia buntu memikirkan nasib bakal dihadapi selepas terpaksa kembali menjalani hukuman di Laos kerana tidak mengetahui kedudukan kesnya yang tiada kesudahan. Bagaimanapun, dia masih tidak berputus asa dan berharap pertolongan yang diberikan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan Wisma Putra adalah peluang meneruskan kehidupan bersama empat anaknya Nur Alina (anak sulung); Nur Hasma, 20, Siti Suhaida, 17, dan Nur Akila, 11, selepas ketiadaan isterinya Siti Zaleha Abdullah, 48, yang baru meninggal dunia. “Saya serahkan nasib kepada Allah SWT. Sehingga ini, hanya doa mampu saya lakukan,” katanya selepas majlis kesyukuran di rumah adik kelima daripada lapan beradik, Mohd Seth di Taman Bukit Permata, Seri Gombak, di sini, semalam. Sebelum ini, solat hajat juga diadakan selepas solat Zuhur berjemaah di surau di taman perumahan itu.

Katanya, sejak pulang pada 20 Mac lalu, keluarganya juga mengadakan majlis tahlil, doa kesyukuran dan solat hajat di rumahnya di Padang Besar, Perlis, memohon dia dibebaskan sepenuhnya daripada tuduhan berkenaan. Selain itu, beliau turut berharap jika kertas tuduhan terhadapnya dapat dibaca dan disemak semula mungkin dapat membantu memudahkan lagi usaha membebaskannya daripada tuduhan terbabit dalam jenayah perdagangan manusia di negara berkenaan.

23 Mac, 2010

[ hang nadim]ATOK DAN CUCU (Kawan sebaya Atok dah jadi Arwah)



"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?"
Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang

cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kawan kawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?.. .?...?... ?"

21 Mac, 2010

[hang nadim] Atok 'fanatik' kumpul senjata lama



Mohd. Tahar Singkro atau Pak Daeng (tengah) bersama anak, menantu, cucu dan jiran di rumahnya di Kampung Jaya Sepakat Baru, Johor Bahru, baru-baru ini.





Oleh KHADIJAH IBRAHIM
editjohor@utusangroup.com.my
JOHOR BAHRU 21 Mac - Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah Mohd. Tahar Singkro, mata tetamu pasti terpahat melihat deretan beberapa bilah parang dan senjata yang disusun rapi di pintu.

Sebaik sahaja berada di dalam rumah, keterujaan bertambah menebal dan terasa diri seperti berada pada era pahlawan Melayu terbilang, Hang Tuah kerana di kiri kanan ruang tamu rumah berkenaan dipenuhi senjata lama.

Sebut sahaja senjata yang dikehendaki, pasti ada seolah-olah ruang tamu kediaman Mohd. Tahar yang turut dikenali sebagai Atok atau Pak Daeng di Kampung Jaya Sepakat Baru, Batu 13, Skudai itu sebagai hab senjata.

Di ruangan tersebut dapat dilihat keris, pedang, parang, lembing, tombak dan senjata lain yang sukar didapati pada masa ini, justeru ternyata Atok memang seorang yang 'fanatik' kepada senjata lama.

Kebanyakan koleksi senjata lama milik Atok itu sudah berusia menjangkau ratusan tahun.

Atok, 79, yang masih gagah mengakui suka mengumpul senjata kerana cintanya pada besi dan kerana itu jugalah dia akan membawa pulang apa sahaja barangan besi terbuang.

"Ada antara koleksi Atok yang dijumpai di tepi jalan. Kalau senjata yang dijumpai itu tidak lengkap, Atok akan baiki seperti membuat sarung dan pemegang bagi keris atau parang," katanya yang dilahirkan di Peradin, Pontian.

Menurut Atok, bukan mudah bagi individu yang tidak memiliki 'ilmu besi' untuk mengumpul barangan tersebut dalam jumlah yang banyak kerana setiap barang besi ada 'jiwa' tersendiri.

Katanya, kalau barangan tersebut berusia ratusan tahun dan pernah 'makan' mangsa, maka ia perlu petua untuk memeliharanya.

Sambil menunjukkan sumbing sebilah parang, Atok berkata dua sumbing di mata parang tersebut, menandakan senjata itu pernah makan dua mangsa.

"Senjata lama begini, selalunya dibuat daripada besi asli dengan menggunakan tangan dan sebab itulah kekuatannya lebih menyerlah.

"Barang-barang begini perlu diasapkan dengan kemenyan pada setiap malam Jumaat dan dicuci dengan limau nipis untuk penjagaan. Kalau nak bagi wangi, sapu minyak pada bilah keris atau parang," katanya.

Atok memberitahu, antara koleksi senjata yang pernah 'meragam' sebelum serasi dengannya adalah sula, pemberian seorang rakan dari Pahang.

Sula berusia lebih 30 tahun yang ditemui di hutan itu tidak serasi dengan rakannya dan setelah berada di tangannya, barulah senjata itu berhenti meragam.

"Untuk memastikan senjata itu tidak meragam, saya balutkan dengan kain kuning dan diasapkan setiap malam Jumaat. Alhamdulillah, senjata itu tidak lagi buat hal lagi," katanya.

Atok berkata, sejak mengumpul senjata berkenaan, belum pernah dia menggunakan peralatan itu untuk bertarung.

Sebaliknya, himpunan senjata berkenaan hanya dijadikan sebagai hiasan dan tatapan tetamu yang berkunjung ke rumah yang didiami bersama anak, menantu dan cucu-cucunya.

"Sejak dulu hingga kini, tiga orang cucu saya tidak pernah menjadikan senjata itu sebagai barang mainan. Mungkin sebab mereka perempuan, jadi tidak berminat.

"Apa pun, setiap malam sebelum tidur saya akan pastikan semua pintu rumah dikunci demi keselamatan penghuni rumah," katanya.

Ditanya apa akan terjadi pada koleksi senjatanya apabila dia sudah tiada kelak, Atok menyerahkan kepada anak dan cucu-cucunya untuk menjaga koleksi berkenaan.

"Setakat ini Atok sering memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membuat pameran tentang koleksi senjata ini.

"Lainlah kalau Atok tak ada nanti, suka hati mereka nak buat apa dengan senjata-senjata itu," katanya yang sedia berkongsi ilmu besi dengan sesiapa berminat.

Menurutnya, dalam himpunan senjata itu, barang yang paling disayanginya adalah sebatang kayu tas peninggalan bapanya yang berasal dari Bugis.

Atok mendakwa kayu tas itu dapat digunakan untuk menundukkan binatang buas termasuk harimau.

"Orang dulu-dulu selalu masuk hutan. Jadi, kayu itulah yang dijadikan senjata untuk mempertahankan diri daripada binatang buas.

"Caranya mudah sahaja, hulurkan kayu itu ke arah mata binatang tersebut, pasti ia akan mengundur dan melangkah pergi," katanya.

Sementara itu, menantu Atok, Kamalulil Kasim, 45, berkata, semasa pertama kali menjejak kaki ke rumah tersebut dia terpegun apabila melihat begitu banyak senjata besi.

Bagaimanapun, dia memang kagum dengan hobi unik mertuanya itu.

"Pada saya, orang Bugis ini memang suka besi. Pantang jumpa besi, pasti dia akan bawa balik ke rumah untuk dibaiki.

"Selain sayang besi, mungkin sebab dia pernah hidup susah dulu. Jadi, jika terjumpa barang terbuang, dia akan kutip," katanya.

Kamalulil yang berkahwin dengan Jamilah Mohd. Tahar bukan sahaja gemar mengumpul besi malah barangan terbuang lain.

Barangan itu ditempatkan di pondok yang dibina dengan menggunakan kayu dan papan yang dikutip.

"Tengoklah pondok yang dibina dengan barangan terbuang itu, pelbagai khazanah di dalamnya. Sudah menjadi sifatnya sayang semua barang," katanya.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Keris Jawa.Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali, kujang di Jawa Barat, dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.[1]

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Jenis Keris
Secara umumnya, keris boleh dikategorikan kepada:

Keris Semenanjung
Keris Bugis
Keris Jawa
Keris Sumatera
Keris Madura
Keris Pattani
Keris Bali
Keris Sajen
Keris Picit[2]

Rujukan
Keris dalam bahasa Inggeris
Koleksi Keris – pelbagai bentuk keris di sini
Galeri keris.
Mohad Zainuddin Haji Abdullah & Mohd Shahrim Senik (2007). Senjata Warisan, Dewan Bahasa dan Pustaka & Lembaga Muzium Selangor. ISBN 9789836298072.

Nota Kaki
↑ Mohd Zainuddin Haji Abdullah & Mohd Shahrim Senik, 2007, ms 17
↑ Mohd Zainuddin Haji Abdullah & Mohd Shahrim Senik, 2007, ms 21

Pautan luar
Senjata Tradisional: Keris
Keris - Muzium Negara
Seni Melayu.
Keris dijumpai di Okinawa, Jepun.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Keris"



19 Mac, 2010

[hang nadim] Warga emas maut, remaja patah jari

PADANG BESAR 19 Mac - Seorang lelaki warga emas maut manakala seorang remaja cedera apabila motosikal yang mereka tunggangi bertembung di Kilometer 8.2, Jalan Kangar-Padang Besar di sini malam semalam.

Warga emas itu, Ali Mat, 70, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar kira-kira pukul 1.05 pagi ini akibat kecederaan serius terutama di bahagian kepala.

Walaupun kecederaan remaja terbabit, Muhamad Faeez Yaakob, 19, tidak serius, namun beberapa batang jari kaki kanannya patah dan terpaksa diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros ketika ditemui berkata, motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggangi Ali dari arah Kangar ke Padang Besar bertembung dengan motosikal Yamaha LC 135cc dinaiki Muhamad Faeez dari arah bertentangan.

17 Mac, 2010

[hang nadim]Warga Emas....oh..... Warga Emas.....malang di penghujung perjalanan



Bapa ayam tua ditahan
Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 17 Mac - Kegiatan seorang peniaga berusia 74 tahun yang menjadikan kedai runcitnya sebagai pusat pelacuran terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di Jalan Wang Ah Jang di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 10 malam itu, polis menahan 'bapa ayam' terbabit bersama dua wanita dipercayai pelacur berusia 23 dan 36 tahun bersama pelanggan masing-masing yang merupakan warga Nepal dan Myanmar berumur 30-an.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, pihaknya juga merampas 400 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM2,000 kerana pemilik kedai terbabit menjualnya tanpa lesen.

"Ketika serbuan, kita dapati warga emas itu juga tidak mempunyai lesen yang sah menjual minuman keras dan kesemua hasil rampasan itu akan diserahkan kepada pihak Kastam," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Menurut Kamaruzzaman, ketika pemeriksaan dilakukan di tingkat atas premis itu, pihaknya mendapati dua wanita terbabit sedang berasmara bersama pelanggan masing-masing dalam bilik berasingan.

"Kita percaya tingkat atas premis itu dijadikan pusat menjalankan aktiviti pelacuran.

"Kesemua mereka yang ditahan, disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, kata Kamaruzzaman, polis sedang memburu empat lelaki berusia 20-an yang dipercayai terlibat dalam aktiviti menyamun dengan menyamar sebagai anggota polis di sekitar bandar ini.

Dalam kes terbaru semalam, kata beliau, seorang lelaki berusia 22 tahun disamun oleh empat lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di Jalan Mat Kilau di sini.

Katanya, kejadian pada pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang meletakkan motosikalnya di kawasan tersebut.

"Tiba-tiba dia didatangi empat lelaki dengan menaiki dua motosikal sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum menendang mangsa sehingga jatuh ke atas tanah.

"Selepas merampas kunci motosikal mangsa, kesemua suspek itu turut merampas gelang, cincin dan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,300 sebelum melarikan diri," ujarnya




Mesran Tukiman (tengah) ditemani naib ketuanya, Ishak Ismail (kanan) dan Timbalan Ketua UMNO cawangan Telok Sengat, Rozaini Shariff melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, semalam.

Lelaki nekad selamatkan warga emas
KOTA TINGGI 17 Mac - Tindakan berani seorang lelaki meredah bahang api di sebuah rumah yang terbakar di Kampung Johor Lama di sini, berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada rentung, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Md. Nor Atan, 40-an, yang juga Ketua UMNO Cawangan kampung terpaksa menendang dan memecahkan pintu depan bagi memasuki rumah tersebut.

"Selepas berjaya masuk, kelihatan api marak lalu saya meluru ke arah mangsa yang lemah akibat terhidu asap tebal," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Md. Nor yang bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan kemudian membawa mangsa, Abdullah Idris, 70, ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan.

Semasa kejadian, isteri mangsa, Aminah Johari, 70, berada di luar rumah kerana membeli barang di kedai berdekatan.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Md. Nor mengakui bimbang dengan keselamatan tetapi kerana rasa tanggungjawab, beliau mengambil keputusan untuk menyelamatkan mangsa.

Menurutnya, kejadian itu disedari ketika beliau secara kebetulan melalui depan rumah mangsa selepas menghadiri majlis makan malam bersama ketua kampung.

"Sebaik sahaja melintasi kawasan hadapan rumah mangsa, saya terlihat api marak di bahagian dapur dan ruang tengah rumah tapi pada mulanya tak seorang pun kelihatan di sekitar situ.

"Saya kemudian memberhentikan kereta dan terus memberanikan diri berlari ke pintu hadapan rumah lalu terperanjat terdengar suara menjerit meminta tolong dari dalam," katanya.

Sementara itu, Abdullah berkata, walaupun dia dan isterinya kini tinggal sehelai sepinggang namun bersyukur kerana terselamat daripada kejadian tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur tetapi tiba-tiba terkejut apabila terhidu bau asap tebal.

Dalam keadaan terpinga-pinga, katanya, dia terus bangun tetapi mendapati api sudah membakar di ruang dapur dan bilik tidur.

"Tiada apa yang dapat difikirkan ketika itu selain berusaha untuk keluar dari rumah tetapi gagal kerana asap mula menebal dan api telah pun marak.

"Jadi saya amat bersyukur kerana telah diselamatkan oleh seorang penduduk kampung yang berani serta sanggup membahayakan diri demi menyelamatkan saya," katanya.

Aminah pula berkata, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada kecuaian dirinya menutup api dapur semasa memasak air.

Menurutnya, dia meninggalkan rumah untuk ke kedai membeli barang pada pukul 9.30 malam.

"Sekarang kami benar-benar tinggal sehelai sepinggang kerana tiada satu pun harta benda diselamatkan," katanya yang telah menduduki rumah papan berusia lebih 50 tahun itu.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Abdullah Abd. Majid berkata, lima anggota pasukannya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.07 malam.

Menurutnya, sebuah jentera bomba bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke lokasi sebelum api berjaya dipadamkan.

"Api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran dan dipadamkan 10 minit kemudian dan mangsa-mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut dibantu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman bersama 16 ahli jawatankuasanya membuat kutipan derma kilat bagi membantu pasangan tersebut.

Beliau berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa.

16 Mac, 2010

Warga emas 'lacur' isteri untuk kepuasan........

JANGAN BIARKAN IBU BAPA KAMU KESUNYIAN.......

KUALA LUMPUR 15 Mac - Hanya kerana ingin memuaskan nafsunya, seorang lelaki warga emas sanggup 'melacurkan' isterinya sendiri kepada warga asing. Lebih jijik, lelaki berusia 66 tahun itu, turut merakam aksi ranjang isterinya bersama warga asing tersebut sebagai koleksi peribadi.

Sejak empat tahun lalu, isterinya yang berusia 61 tahun telah melakukan lebih 30 kali hubungan seks dengan lelaki warga asing berbeza.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dan hanya ingin dikenali sebagai Chia berkata, suaminya melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tidak dapat melakukan hubungan seks kerana mati pucuk.

"Sejak itu, suami saya mula mencari mana-mana lelaki terutamanya warga asing. Dia kemudian membiarkan lelaki itu melakukan hubungan seks dengan saya sambil dilihatnya.

"Jika enggan, saya akan dipukul oleh suami," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di Ampang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Menurut Chia, lelaki-lelaki yang 'bersamanya' tidak diberikan bayaran sebaliknya hanya akan diberikan upah seperti minuman keras.

Katanya, akibat tidak tahan dengan kelakuan suaminya, dia telah melarikan diri dari rumahnya sebelum membuat aduan di Wisma MCA.

Sementara itu, Michael berkata, mangsa dan rakannya datang ke biro tersebut untuk mengatasi masalahnya tetapi enggan membuat laporan polis.

"Oleh itu MCA akan melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini dengan berjumpa dan berbincang dengan suami mangsa terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Chia yang sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, mempunyai tiga anak hasil daripada perkahwinan suaminya bersama isteri pertama

15 Mac, 2010

[hang nadim]Mengakhiri PERJALANAN KEHIDUPAN. Di Penghujung Usia

USIA TUA TANDA HAMPIR KEMATIAN

* Manusia akan beralih umur dari umur dewasa kepada umur 50 tahun kepada umur 70 tahun. Dalam tahap umur tua inilah akan nampak tanda-tanda kelemahan sesaorang. Kekuatannya mulai menurun sedikit demi sedikit, lalu menjadi semakin lemah. Tahap umur ini oleh Rasullullah SAW dinamakan masa ' MENGHAMPIRI MAUT ", iaitu masa-masa umur 60 hingga 70 tahun keatas. Dalam hal ini Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud :-
" Masa penuaian umur umatku dari 60 hingga 70 tahun " - ( HR. Muslim dan Nasai )
Al-Khatib Ibnu Nubatah berkata - " Sesungguhnya uban itu laksana perbatasan hidup yang tidak dapat disekat, kerosakannya tidak dapat diperbaiki oleh zaman. Ia adalah cahaya yang muncul bersama dengan surutnya nafas sesaorang, yang akan memimpin setiap insan ke tempat tersimpannya tulang belulang. Oleh kerana itu semoga Allah merahmatimu, jangan membakar cahaya ubanmu dengan api-api dosamu ".
Telah Bersabda Rasullullah SAW dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud :- " Telah berfirman Allah SWT - " Demi kemuliaanKu, kebesaranKu dan keperluan sekalian mahlukKu, kepadaKu, sesungguhnya Aku merasa malu menyeksa hambaKu baik lelaki atau Wanita yang telah beruban kerana mencapai umur tua didalam Islam :. Kemudian Rasullullah SAW menangis, lalu ditanya kepada baginda. " Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasullullah ?. Jawab baginda . " Aku menangisi orang tua yang Allah malu kepadanya, sedang Dia tidak malu kepada Allah ".
* Ketika Allah telah menyempurnakan nikmatnya kepada manusia, mencurahkan rahmat dan memberikan kesempurnaan lahir dan batin, ternyata kebanyakan dari manusia tidak sedarkan diri, mereka sombong dan mengaku bahawa dirinya yang memiliki kekuatan dan kekuasaan. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Bisyir binJahasy Al-Quraisyi dalam sebuah hadith Qudsi yang menerangkan bahawa pada suatu hari Rasullullah SAW meludah pada tapak tangannya, kemudian baginda mengangkat tangannya keatas sambil bersabda. Allah SWT berfirman : " Wahai Bani Adam, bagaimana engkau melemahkan Aku, padahal aku lah yang telah menciptakan engkau dari benda yang seperti ini ?...................
( HR: Imam Ahmad )
" HEBAT SESUNGGUHNYA HEBAT "
Baca terus dalam buku Keinsafan dipenghujung Usia - Hebat, Tafakur, Insaf
Salam dari managro - Semuga anda terus mendapat rahmat Allah

[hang nadim]Warga emas cedera ditanduk kerbau 'naik minyak'

KANGAR 14 Mac - Seorang warga emas cedera di rusuk kiri akibat ditanduk seekor kerbau jantan yang tiba-tiba 'naik minyak' semasa hendak dikorbankan untuk satu majlis kenduri kahwin di Kampung Guar Kodiang, Kedah, hari ini.

Haiwan itu kemudian melarikan diri sejauh kira-kira 20 kilometer sehingga ke Kampung Alor Redis, Guar Sanji sebelum menanduk mangsa, Osmat Mat Ya, 70.

Ketika kejadian pukul 10 pagi, Osmat dikatakan cuba melihat kerbau tersebut yang menyorok di belakang rumahnya tetapi tiba-tiba diserang haiwan itu.

Kerbau itu melarikan diri sekali lagi tetapi akhirnya ditembak oleh kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Kampung Bakong, berhampiran Institut Pendidikan Guru (IPG) negeri di sini, pada pukul 1.30 petang.

Haiwan berkenaan kemudian disembelih oleh penduduk kampung manakala dagingnya dibahagi-bahagikan kepada pemilik kerbau, Yusni Hat, 35, dan penduduk kampung yang membantu.

Yusni berkata, kira-kira pukul 6.30 pagi, dia dan penduduk kampung di Kampung Guar bergotong-royong untuk menyembelih seekor lembu dan kerbau itu untuk majlis kenduri kahwin sepupunya.

"Setelah menyembelih lembu, kami bersiap-sedia menyembelih kerbau itu tetapi tiba-tiba haiwan tersebut bertindak liar sehingga ikatannya terlepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dia dan beberapa penduduk kampung mengekori kerbau berkenaan yang melarikan diri merentasi sawah dan kampung sebelum pergi ke rumah mangsa.

"Mangsa yang cuba melihat kerbau itu di belakang rumahnya ditanduk di bahagian rusuk kiri," katanya.

Yusni berkata, dia kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membawa mangsa ke hospital menggunakan kenderaan jabatan tersebut.

Katanya, kerbau tersebut sekali lagi mengamuk dan menanduk van JPAM serta nyaris mencederakan seorang anggota jabatan itu.

"Mangsa berjaya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini setelah kerbau berkenaan melarikan diri dan keadaan mangsa stabil," katanya.

03 Mac, 2010

[hang nadim]80 jadi ahli kelab warga emas

2010/02/19 SEREMBAN: Kelab Warga Emas Taman Rasa Sayang (KWETRS) Senawang, dekat sini, yang ditubuhkan akhir tahun lalu berhasrat menjadi organisasi yang boleh dicontohi orang lain terutama generasi muda sama ada dari segi pengurusan mahupun aktiviti yang diadakan.

Pengerusi kelab berkenaan, Mohd Isa Ibrahim, berkata penubuhan kelab itu berasaskan empat elemen utama iaitu kerohanian, kesihatan, kebajikan dan kemasyarakatan bertujuan untuk kepentingan ahli dan penduduk setempat.

“Hasrat kami menubuhkan kelab ini adalah bagi memastikan warga emas di taman ini dapat mengisi masa lapang menerusi aktiviti bersesuaian serta memberi manfaat sesuai dengan usia mereka.

“Setakat ini kami sudah mengadakan beberapa aktiviti antaranya mengadakan senaman ringan setiap pagi Sabtu selain kelas bahasa Arab dan ziarah rakan yang sakit,” katanya ketika ditemui pada program senaman pagi di pekarangan Surau Ar-Raudah di taman itu, baru-baru ini.

Program itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib yang turut dihadiri Ketua Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Zulkifli Mohamad.

Mohd Isa berkata, kelab itu kini dianggotai 80 ahli dari kalangan mereka yang berusia lebih 55 tahun dan berhasrat untuk menarik seramai mungkin ahli bukan saja penduduk taman itu, malah dari taman berhampiran.

“Kami juga sudah melantik Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Mohammad Firdaus Rom Harun sebagai penaung kelab ini,” katanya.

22 Februari, 2010

[hang nadim] Maut bawa anak dara......warga mas

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/02/22 JELI: Malang bagi seorang warga emas yang maut akibat dibelasah sekumpulan penduduk kampung yang berang dengan tindakannya membawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat bersiar-siar di pusat perkelahan Lata Renyok, Jalan Kuala Balah di sini, kelmarin.

Kejadian jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa yang berusia 63 tahun membawa pelajar berumur 16 tahun terbabit bersiar-siar menaiki van miliknya di pusat rekreasi berkenaan.

Bagaimanapun, tanpa disedari mangsa, van dipandunya diekori sekumpulan penduduk kampung menaiki beberapa kereta hingga ke pusat rekreasi berkenaan.

Mangsa yang sedang memusingkan kenderaannya untuk berpatah balik ke jalan utama ditarik penduduk kampung sebelum dibelasah beramai-ramai menyebabkan kepala dan lututnya cedera parah.

Difahamkan, selepas kejadian, mangsa dihantar pulang ke rumah isterinya di Kampung Lakota, dekat sini, oleh kumpulan lelaki yang memukulnya.

Dia yang cedera parah kemudian menghubungi polis menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan menghantarnya ke Hospital Jeli, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Tinjauan Harian Metro di kawasan kejadian mendapati beberapa anggota polis daripada Unit Forensik melakukan siasatan di lokasi terbabit selain memasang tali penghadang di situ.

Sementara itu, pelajar perempuan yang mengikut warga emas itu bersiar-siar di pusat rekreasi Lata Renyok, turut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk memberikan keterangan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata sebelum kejadian mangsa didakwa membawa keluar pelajar terbabit membeli-belah di Tanah Merah, kelmarin.

“Siasatan mendapati mangsa berusia 63 tahun membawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat membeli-belah di Tanah Merah menggunakan van miliknya, kira-kira jam 6 petang, semalam (kelmarin).
“Berikutan itu, rakannya memberitahu penduduk kampung sebelum beberapa kenderaan mengekori pergerakan mereka berdua hingga ke pusat perkelahan Lata Renyok,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahim, mangsa ditarik keluar penduduk kampung ketika memusingkan kenderaan dipandunya untuk kembali ke jalan utama sebelum dibelasah.

“Sebaik ditarik keluar, mangsa dicederakan penduduk kampung. Mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa yang cedera teruk di muka dan lutut disahkan meninggal dunia jam 1 pagi tadi (semalam),” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Jeli untuk bedah siasat.

“Berikutan kejadian menimpa warga emas terbabit yang juga seorang (pengusaha) prebet (teksi) sapu, polis menahan 15 individu yang disyaki terbabit mencederakan mangsa untuk membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya yang turut mengesahkan menerima laporan terbabit.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, kejadian menimpa bapa saudaranya diketahui awal pagi semalam selepas dimaklumkan orang awam.

Katanya, mereka sekeluarga bergegas ke hospital untuk menziarah mangsa selepas dilaporkan meninggal dunia akibat cedera dipukul beberapa individu.

“Kami tidak tahu punca kejadian itu. Berita kematian arwah pak cik diketahui keluarga selepas dihubungi kakitangan hospital sebelum kami bergegas ke bilik mayat untuk melihat keadaannya.

“Difahamkan selepas dibelasah, mangsa dibawa sekumpulan lelaki ke rumah isterinya, namun kecederaan parah dialami menyebabkannya dia dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya

21 Januari, 2010

[hang nadim]Hobi gila duda tua......

JANGAN BIARKAN KAMI KESEPIAN- WARGA EMAS.
NUKILAN HATI HANG NADIM......
FIKIR DAN INSAFLAH WAHAI ANAK-ANAK KU.......
SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNG JAWAB......DIMANA ANAK-ANAK DAN KELUARGA SEORANG WARGA EMAS DIBIARKAN DALAM KESEPIAN CUBA FIKIRKAN.......SEDIH.......MENGAPA HIDUP WARGA EMAS TIDAK TERBELA.....DI MANA ANAK JAGALAH KEBAJIKAN IBU BAPA.....SAYA JUGA SEORANG WARGA EMAS TAPI SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH KELUARGA......RAKAN DAN ANAK-ANAK SAYA MEMBERI PERHATIAN DALAM KEHIDUPAN SAYA UNTK MENGAKHIRI SISA-SISA HIDUP SETELAH BERJUANG MEMBELA NASIB BANGSA DAN NEGARA...KENAPA RAKAN ATAU WARGA EMAS INI JADI BEGINI......ANAK-ANAK FIKIRKANLAH PENGORBANAN AYAH IBUMU....JANGAN BIARKAN MEREKA KESEPIAN..........HINGGA BERLAKU PERKARA YANG HARUS KITA JADIKAN IKTIBAR SEPERTI KEJADIAN DI BAWAH INI:-

IBU DAN AYAH SIAPA INI....KEMBALILAH WAHAI ANAKANDA SEBELUM TERLAMBAT.......

DERITA AYAH

TANGISAN IBU


2010/01/21 MERSING: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang baru tiga bulan kematian isteri membuat kerja gila dengan merayau di beberapa taman perumahan pada tengah malam, sebelum mengintai dan merakam aksi ranjang di bilik tidur penduduk menggunakan perakam video yang baru dibelinya.

Perangai miang warga emas itu terbongkar apabila dia ditahan seorang penduduk ketika dipercayai cuba merakam aksi ranjang sepasang suami isteri di Taman Sri Daik, dekat bandar ini, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu.

Ketika itu, seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan melihat kelibat seseorang di belakang rumahnya menyebabkan dia mengendap kerana menyangkakan pencuri.

Penduduk terbabit menghampiri lelaki berkenaan dan menangkapnya sebelum mendapati suspek memegang sebuah alat perakam video.

Nasib warga emas itu bertambah malang apabila kebetulan pasukan peronda polis melalui taman perumahan berkenaan dan dia terus diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pemeriksaan terhadap perakam video milik mangsa mendapati banyak rakaman aksi ranjang dan gambar orang sedang mandi disimpan di dalamnya.

Menurutnya, rakaman itu dipercayai dibuat di rumah penduduk di beberapa taman perumahan di daerah ini dan hasil soal siasat, lelaki itu dipercayai melakukan kegiatan tidak senonoh itu sejak lebih setahun lalu.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh mengumpul wang untuk membeli perakam video bagi melakukan kerja terkutuk itu.

Mohd Nor berkata, warga emas yang mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya direman bagi membantu siasatan hingga hari ini.

“Siasatan mendapati hasil rakaman yang dibuat warga emas itu tidak disalur atau disebarkan ke mana-mana, sebaliknya untuk suka-suka dan koleksi peribadi,” katanya.

Menurutnya, warga emas itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali jika didapati bersalah

Oleh Sahlina Sahkirin
am@hmetro.com.my

Kisah si anak derhaka

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
nor.afzan@kosmo.com.my

Jenayah anak terhadap ibu bapa mesti dibendung.

HATI Tumi remuk apabila anak tunggalnya enggan mengakuinya sebagai ibu.

“SELEPAS kedua-dua kaki saya dipotong, bukan kata-kata semangat yang saya terima. Sebaliknya, setiap hari saya dicemuh dan dihina kerana menyusahkan mereka.

“Isteri dan anak-anak menganggap saya sebagai beban apatah lagi apabila saya kerap minta bantuan mereka untuk bergerak atau menguruskan diri.

“Kadang-kadang, kewujudan saya di rumah seperti tidak dipedulikan. Saya menjadi penagih simpati daripada isteri dan anak-anak sedangkan selama ini tulang empat kerat ini yang memberi mereka makan,” luah Othman Ismail, 70.

Hidup pesara kerajaan ini dahulunya meriah dengan gelak tawa isteri dan dua pasang cahaya mata.

Walaupun tanpa kemewahan yang melimpah ruah, ia cukup membuatkan hatinya bahagia apabila anak-anaknya berjaya, malah ada yang melangkahkan kaki ke universiti.

Potong kaki

Namun, apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya dipotong pada tahun 2002, kehidupan Ismail mula berubah.

Keadaan lebih teruk apabila sebelah lagi kakinya mengalami nasib sama pada 2005.

“Masa itu layanan terhadap saya bertambah buruk. Makan hati juga dengan sikap mereka tapi saya tahankan sahaja. Takut kalau saya berkeras mereka akan tambah keras dengan saya.

---------------------------------------------------

“Bila ada anak yang boleh terima saya, menantu pula yang masam muka dan kadangkala saya menjadi punca pertengkaran antara mereka.

“Akhirnya saya ditinggalkan di rumah seorang diri. Sukarnya hidup masa itu hanya Allah yang tahu. Mujur ada seorang rakan yang prihatin dan mengambil saya untuk tinggal bersamanya.

“Lebih kurang setahun menumpang di rumah kawan, dia ada mencadangkan supaya saya memohon masuk ke Rumah Ehsan kerana saya memerlukan penjagaan yang lebih sempurna,” kata penghuni rumah jagaan warga emas yang dikhususkan untuk pesakit melarat itu.

Selepas memasuki Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ogos 2008, jiwa Ismail mulai tenang. Baginya, dia sudah tidak perlu lagi menahan perasaan dan berlakon pura-pura sihat sebaliknya masa tuanya sekarang banyak dihabiskan dengan mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.

Baginya, tiada apa yang diharapkan dari hari esok selain kunjungan daripada anak-anak.

“Saya memang berharap mereka yang datang, tapi saya juga bersedia jika menutup mata tanpa sempat bertemu mereka, seperti rakan-rakan yang lain.

“Saya juga tidak marah jika mereka enggan mengurus jenazah saya dan hanya mahu menuntut surat kematian saya,” tuturnya sayu.

Tak mengaku ibu

Kebelakangan ini cerita anak tidak mengaku ibu dan membuang bapa yang sakit melarat semakin banyak tersiar di dada akhbar-akhbar tempatan.

Jumaat lalu misalnya, Kosmo! memaparkan nasib malang Tumi Wongsoruju, 52, yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Dek kerana rindu yang menggunung, beliau yang sudah tiga tahun tidak mendengar sebarang berita mengenai anak tunggalnya, sanggup berhutang dengan saudara-mara semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi menjejaki anaknya itu.

Dengan hanya duit poket sebanyak RM150 dan alamat tidak lengkap sebuah kawasan perumahan di Serdang, beliau nekad menyusuli anaknya.

Usaha ibu ini berhasil apabila beliau berjaya menemui anaknya pada malam Khamis lalu. Bagaikan tidak sabar si ibu ini untuk menatap wajah anak yang selama ini ditunggu kepulangannya.

Begitupun, rasa teruja Tumi tidak bertahan lama. Sebaik sahaja menatap wajah anaknya, bukan pelukan yang diterima sebaliknya telinganya ditujah dengan kata herdik daripada menantunya.

“Apa yang lebih memilukan hati, anak saya enggan mengaku saya ibu yang mengandungkannya,” ujarnya dengan air mata berlinangan.

Diibaratkan sebagai tanggang moden, baik kisah Othman mahupun Tumi, ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi dalam masyarakat yang kaya dengan adat dan budaya menghormati ibu bapa.

Pukul ibu bapa

Melihat kepada statistik jenayah dilakukan anak kepada ibu bapa antara 2005 hingga 2009, jumlah kes yang dilaporkan biarpun kecil namun ia tetap membimbangkan.

Antara kes-kes yang dilaporkan ialah anak melawan ibu bapa, memukul, menghalau dari rumah, menzalimi, mencuri harta dan membakar rumah.

Ini belum termasuk kes anak tidak sanggup memelihara orang tua sendiri lalu dihantar ke rumah penjagaan orang tua-tua.

Dari saat dimasukkan sehingga meninggal, boleh dikira dengan jari berapa ramai anak yang melawat, selebihnya hanya melepas tangan.

JIWA Othman semakin tenang di Rumah Ehsan. Biarpun terlantar ditemani rakan senasib, sekurang-kurangnya beliau tidak dicerca oleh anak-anaknya.

----------------------------------------------
Mungkin ia kes Si Tanggang moden yang biasa kita dengar? Baru-baru ini, penulis melihat sendiri bagaimana seorang ibu bersumpah tidak akan memaafkan anak lelakinya yang tergamak memukul dan memperkosanya.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana remuknya hati si ibu sehingga sanggup tidak mengampunkan anaknya sehingga si anak datang melutut kepadanya.

Terdetik di dalam hati, di manakah tempat anak itu kelak apabila meninggal dunia? Ia sesuatu yang tidak mampu untuk dibayangkan oleh insan yang menyanjungi jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak sebaliknya kasih sayang dan perhatian. Mungkin benar kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapa.

Bagi mereka yang bergelar anak, jangan dilupakan kasih sayang si ibu dan pengorbanan si bapa. Jika mereka sudah menutup mata, tidak apa yang boleh disesalkan lagi.