ASSALAMUALAIKUM SAUDARA-SAUDARI KU YANG DIRAHMATI ALLAH (.) BERITA KEMATIAN (.) SM (B) 57384 ISHAK BIN ABDULLAH TELAH KEMBALI KERAHMAHTULLAH SEBENTAR TADI AKIBAT SESAK NAFAS DIRUMAHNYANYA NO1870,,POKOK TAMPANG,13300 TASEK GELUGOR, PULAU PINANG,AKAN DIKEBUMIKAN SEBELOM WAKTU ZOHOR 21-12-2014 BERSAMALAH KITA DOAKAN SUPAYA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA AL-FATIHAH..............................AMIN.
23 Disember, 2014
17 Disember, 2014
[hang nadim] Perginya hero filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof........Al Fathah
16 Disember 2014 5:12 PM
KUALA LUMPUR - Hari ini dunia perfileman Melayu reda dengan pemergian Seniman Datuk Mustapha Maarof kepada penciptanya.
Selepas 12 hari bertarung nyawa dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tentera, Tuanku Mizan di Wangsa Maju dekat sini allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan anak-anak, cucu-cucu dan ahli keluarga yang lain.
Ikuti temu bual video bersama penggiat seni yang mengenali allahyarham. - UTUSAN ONLINE
Oleh: HASNURUL MOHAMED Juruvideo: AZMAN AHMAD Penyunting: ZAIMI MD
- See more at: http://www.utusan.com.my/video/perginya-hero-filem-melayu-klasik-datuk-mustapha-maarof-1.37066#sthash.ijGXRumf.dpufMonday, December 15, 2014
ALFATIHAH SENIMAN MUSTAFA MAAROF
Jenazah akan dibawa ke Mesjid Sentul, disempurna dan solatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang, lepas Zohor.
Kjee tidak rapat sangat dengan Allahyarham yang kami panggil Abang Mus. Orangnya cukup tertib dan sopan. Tutur katanya lembut hingga kekadangkala sukar didengar. Apapun, Abang Mus memang sangat-sangat mudah didampingi.
Seorang yang sentiasa berpakaian kemas walaupun hingga ke akhir hayatnya, segala urusan diri diuruskan sendiri. Isterinya Allahyarham Roseyatimah atau Cikgu Ros (filem Pendekar Bujang Lapuk) meninggal dunia pada tahun 1987. Setelah 27 tahun dua hari, giliran Mustafa Maarof pula menemui penciptanya.
Pernah beberapa tahun lalu Kjee mengusik beliau samada tidak ingin berkahwin lagi. Jawapannya :" Kalau ada yang serupa arwah Ros, boleh lah." Allahyarham memang suka bergurau dan mudah melemparkan senyuman.
Moga roh allahyarham ditempatkan disisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatehah.
15 Disember, 2014
[hang nadim] Malaysia jadi transit militan......Tujuh warga Indonesia mahu berlepas ke Syria ditangkap.......
ILAH HAFIZ AZIZ | 16 Disember 2014 1:45 AM
SEBAHAGIAN daripada warga Indonesia yang ditahan oleh polis kerana disyaki menjadikan Malaysia sebagai transit untuk menyertai militan IS di Syria.
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kegiatan sekumpulan militan Negara Islam (IS) yang menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum berlepas ke Syria terbongkar apabila Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menangkap tujuh individu warga Indonesia di Selangor 2 Disember lalu.
Siasatan mendapati kesemua mereka dipercayai masuk ke negara ini secara haram.
Seorang daripada individu yang ditahan pada 2 Disember itu dikesan turut mempunyai kaitan dengan bekas anggota Jemaah Islamiah, Umar Patek, pengganas yang paling dikehendaki beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) selain merupakan fasilitator yang bertanggungjawab mengatur pemergian anasir-anasir militan dari Indonesia ke Syria.
Umar Patek merupakan anggota kanan Kumpulan Abu Sayyaf serta anasir Al-Qaeda di Asia Selatan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan operasi di beberapa lokasi di sekitar Selangor sejurus mendapat maklumat risikan tentang individu-individu berkenaan.
“Operasi itu kemudiannya membawa kepada penahanan tujuh warga Indonesia yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita berusia 25 hingga 35 tahun.
“Kesemua mereka disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas yang menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum berlepas ke Syria,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Khalid berkata, turut ditahan bersama kesemua suspek itu ialah lima orang kanak-kanak dan bayi yang berusia antara lima bulan hingga lima tahun.
“Kesemua mereka adalah daripada tiga keluarga yang berhasrat mahu menyertai pergolakan di Syria,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, kejayaan menangkap kesemua anggota pengganas Indonesia itu merupakan jalinan kerjasama yang erat antara PDRM dengan agensi penguat kuasa serta bahagian risikan serantau dan global.
“Ingin saya tegaskan, PDRM sentiasa bertindak tegas dalam menangani isu anggota-anggota militan antarabangsa yang mahu menjadikan negara ini sebagai transit sebelum berlepas ke negara ketiga,” jelasnya.
Khalid memberitahu, kesemua suspek terbabit telah diusir ke Indonesia petang ini selepas kesemuanya ditangkap di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.
[hang nadm] OHAN (Gubahan Hiasan KEK ISING) Fiesta Youth @Live Bakat Remaja Gaya Hidup Rakan Muda Pulau Pinang Pada 14 hb Disember 2014........
Siti Nadia Binti Roslan JOHAN (Gubahan Hiasan KEK ISING)
Fiesta Youth @Live Bakat Remaja Gaya Hidup Rakan Muda
Pulau Pinang Pada 14 hb Disember 2014......NNAM ENTERPRISE.....
Fiesta Youth @Live Bakat Remaja Gaya Hidup Rakan Muda
Pulau Pinang Pada 14 hb Disember 2014......NNAM ENTERPRISE.....










