Pages

Subscribe:

31 Januari, 2011














MOHD. Fatmi Che Salleh (depan, tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada penerima bantuan menunjukkan 1Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu, semalam.

Pas diminta tidak berdalih
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan diminta tidak lari daripada isu asal membabitkan Bazar Tok Guru bagi menutup kelemahan mereka menunaikan janji kepada 412 peniaga di Pasar Lambak Arked Uda dan Pasar Besar Lama MPKB di sini.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi amaran kepada UDA Holdings Bhd. (UDA) jelas menunjukkan sikap Kerajaan Pas Kelantan yang suka menuding jari kepada orang lain.

Beliau berkata, persoalan utama dalam isu Bazar Tok Guru ialah kerajaan negeri gagal menunaikan janji mereka untuk menyediakan ruang niaga yang selesa pada harga mampu milik kepada peniaga terbabit sebagaimana dijanjikan sebelum pilihan raya umum 2008.

"Jangan alih isu, jangan kata UDA tidak membantu. UDA sentiasa membantu, tidak payah bagi amaran kepada UDA. Bagi amaran macam cerita koboi, hari ini kerajaan moden, kehidupan hari ini bukan undang-undang rimba.

"Tapak Pasar Besar Lama MPKB telah dijual kepada pihak swasta, kalau nak bantu peniaga buat apa jual sepatutnya baiki dan ubah suai supaya lebih ramai boleh berniaga.

"Tetapi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah jual banyak harta termasuk tapak bengkel MPKB-BRI dan usir 70 hingga 80 penduduk di Limau Manis untuk bina kondominium mewah, hari ini pula kita berdepan dengan isu peniaga dan ini menunjukkan kerajaan negeri tidak ada langsung semangat untuk bantu rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal dan Warga Emas Tionghua Parlimen Kota Bharu, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Bhd. (MBSB), Datuk Ahmad Zaini Othman dan wakil Vconnect Asia Sdn. Bhd., Datuk K. C. Loh.

Pada majlis tersebut, seramai 1,300 warga emas dan ibu tunggal kaum Cina menerima sumbangan sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Baru Cina Khamis ini.

Semalam, akhbar melaporkan Kerajaan Pas Kelantan memberi tempoh sebulan kepada UDA untuk membawa cadangan pelan pembangunan kawasan tapak Pasar Lambak Arked UDA di Seksyen 11 dekat sini dan jika gagal, kawasan itu akan diambil semula.

Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pas Kelantan perlu mengikut proses undang-undang sekiranya mahu mengambil semula tanah milik UDA itu.

Katanya, UDA telah lama menghantar pelan untuk membangunkan kawasan tersebut tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu memindahkan peniaga di Pasar Lambak Arked Uda.

"Projek asal UDA di tapak itu ialah membina sebuah apartmen dilengkapi dengan ruang perniagaan termasuk satu aras khusus untuk bazar bagi peniaga asalnya, tetapi bila berunding dengan kerajaan negeri dan MPKB-BRI, mereka memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan bina Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru untuk peniaga terbabit.

"UDA mengamalkan konsep timbang rasa dan tidak menghalau peniaga selagi tidak ada tempat berpindah kerana UDA ditubuh untuk bantu peniaga-peniaga Melayu," katanya.

Zul Noordin sifatkan kehancuran PKR begitu cepat

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membuktikan parti tersebut semakin menuju kehancuran pada kadar yang begitu cepat.

Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, tindakan Gobalakrishnan itu juga membuktikan langkah para pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu sebelum ini adalah meliputi semua agama dan kaum.

Sebagai bukti, katanya, beberapa nama besar dalam PKR dari pelbagai kaum telah meninggalkan parti seperti 'pembawa' aliran Melayu sekular, Datuk Zaid Ibrahim; pembawa aliran pemikiran bukan Islam dan perjuangan rakyat Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan pembawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu, Ng Lum Yoong.

Selain itu, jelasnya, PKR juga telah ditinggalkan oleh Gobalakrishnan yang dikenali sebagai pejuang masyarakat India dan penganut Hindu serta beberapa tokoh agama Islam termasuk dari kalangan yang pernah rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Peletakan jawatan YB Gobi (Gobalakrishnan) dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur.

"Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk 'Vanekem macha! Poodah Anvar' di http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini bagi mengulas tindakan Gobalakrishnan yang mengisytiharkan melepaskan semua jawatan dan keluar daripada PKR.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong melalui blognya pula memberitahu, beliau percaya Gobalakrishnan bukan merupakan pemimpin terakhir dari PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu membuktikan beliau sudah muak dengan permainan 'politik cakap tak serupa bikin' dan politik penipuan yang diamalkan dalam PKR.

"Selepas ini Gobalakrishnan akan dilabel dengan gelaran pengkhianat oleh Anwarinas (penyokong Anwar) dan dibantu pula oleh sesetengah portal berita tetapi ia lebih baik daripada digelar pengecut dengan menyembunyikan segala kesalahan yang nampak di depan mata," tegasnya.

Zulkifli dan Choo Keong yang turut meninggalkan PKR sebelum ini mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan tindakan Gobalakrishnan menjadi Ahli Parlimen seperti mereka.

Pemimpin India PKR ikut buta tuli

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Pemimpin India yang masih setia dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bersikap berpura-pura kerana mereka tidak ada tempat dalam parti itu.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, hanya mereka yang tidak faham sahaja membuat sangkaan baik bahawa parti itu untuk semua kaum.

''Mereka salah anggap bahawa PKR boleh mewakili semua kaum kerana mereka ikut sahaja secara membuta tuli. Dari awal kita boleh nampak melalui ucapan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbeza mengikut kaum.

''Ia jelas bukan agenda untuk menyatupadukan rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan, keluar daripada PKR adalah bukti masyarakat India tidak dihargai oleh Anwar.

Gobalakrishnan mengisytiharkan dirinya keluar PKR dan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai kerana bosan dengan sikap Anwar serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Kayveas menambah, PKR hanya mengejar matlamat yang kabur tanpa prinsip yang jelas biarpun sanggup memecah belahkan kaum.

''Saya sendiri hairan bagaimana Anwar ketika bersama kerajaan sentiasa tidak sependapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi kini bersahabat baik.

''Perkara ini jelas kerana Anwar akan buat apa sahaja untuk merampas kuasa sekali gus mencapai matlamatnya ke Putrajaya,'' katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, PKR tidak mengamalkan sikap toleransi antara pemimpin pelbagai kaum dalam parti itu sebagaimana yang dipraktikkan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, parti tersebut masih tidak matang dalam perkara itu bagi mewujudkan suasana harmoni antara kaum.

Dalam konteks itu, katanya, ia dilihat menjadi punca lebih ramai pemimpin India daripada parti berkenaan bertindak keluar parti.

''PKR sememangnya tidak mengutamakan nasib kaum India dan selalu mengetepikan masalah kaum itu.

''Ia berbeza dengan BN apabila setiap isu yang timbul akan ditangani secara bersama tidak mengira kaum atas prinsip bersatu dan bekerjasama,'' katanya.

Anwar: I expected Gobala to leave

SHAH ALAM: PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim said he had long expected Padang Serai MP N. Gobalakrishnan to leave the party.

However, he said he had yet to receive an official letter from the troubled MP regarding his resignation.

“I only got to know about his resignation through his tweet,” Anwar told reporters after speaking at a syariah law forum here yesterday.

Present at the press conference was PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar said he last met Gobalakrishnan in Parliament.

“I did not receive any complaints from him when we met in Parliament,” he said, adding that he would discuss the matter with PKR secretary-general Saifuddin Nasution.

Gobalakrishnan announced his resignation from the party at his service centre in Lunas, Kedah, on Saturday, citing loss of confidence in PKR and Anwar’s leadership.

He accused Anwar and party deputy president Azmin Ali of plotting his exit and also expressed his unhappiness over the appointment of lawyer N. Surendran as a party vice-president.

Gobalakrishnan, a former MIC Youth leader and founding member of PKR in 1999, has been slamming the party leadership for weeks and was issued a show-cause letter recently.

Meanwhile, Abdul Hadi said PAS would discuss the candidate for the upcoming Merlimau by-election with its Pakatan Rakyat allies, PKR and the DAP.

“We will select the candidate through a collective effort,” he added, commenting on the seat that was vacated following the death of incumbent assemblyman Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan on Jan 20.

Nomination day for the by-election is Feb 26 and polling day on March 6

Anwar tidak hairan ahli keluar parti

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus bersikap membutakan mata dan memekakkan telinganya terhadap 'aliran keluar' ramai ahli-ahli parti itu sejak kebelakangan ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana Anwar tidak pernah berasa bahawa tindakan ahli PKR terutama wakil rakyat yang keluar parti itu akan sesekali merugikan dirinya kerana DAP dan Pas akan terus menyokongnya.

Beliau berkata, Anwar juga tidak mempedulikan keadaan itu selagi beliau ada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Demi Azmin, dia akan buat tidak tahu dengan keadaan ramai ahli dan juga wakil rakyat PKR keluar parti ini.

"Dia juga tidak akan berasa rugi dengan tindakan ramai wakil rakyat PKR keluar parti itu kerana dia tahu DAP dan Pas akan menyokongnya dan dengan itu beliau akan terus menjadi Ketua Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa semalam.

Menurut Gobalakrishnan, tindakannya itu dilakukannya kerana kecewa dengan gaya kepimpinan Anwar dan kerosakan parti yang dilakukan oleh Azmin.

Anuar berkata, beliau sedikitpun tidak terkejut dengan tindakan Gobalakrishnan itu memandangkan ahli Parlimen berkenaan sememangnya menyertai PKR dengan niat dan hasrat yang murni iaitu untuk berjuang demi rakyat.

"Titik tolak bagi kekecewaan Gobalakrishnan adalah pada 2004 apabila Anwar keluar penjara dan menerajui parti.

''Gobalakrishnan melihat sikap sebenar Anwar ketika itu yang tahu bercakap tentang keadilan tetapi tidak telus dengan ahli dan banyak perkara lagi," katanya.

Katanya, sikap Anwar yang 'putar alam' itu menjadi punca utama Gobalakrishnan hilang sabar sekali gus bertindak keluar parti walaupun beliau adalah antara yang pertama menjadi pengasas PKR.

Beliau berkata, lebih ramai ahli PKR juga dijangkakan akan keluar parti selagi sikap putar alam Anwar itu ada pada dirinya.

"Kini ahli PKR semakin jelas dengan tembelang Anwar. Saya tidak hairan lebih ramai yang akan meninggalkannya nanti," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.