Pages

Subscribe:

27 Februari, 2011

[ hang nadim] “Saya rela hilang abang” .....



SHAH ALAM - “Saya lebih rela kehilangan abang (Azmin Ali) daripada menghancurkan hidup 27 juta rakyat Malaysia.”

Demikian tegas Ummi Hafilda, 42, pada cermah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), malam semalam apabila melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu yang juga Timbalan Presiden PKR.

Beliau mendakwa, abangnya pernah mengeluarkan kenyataan membayangkan untuk menubuhkan sebuah negara republik dan akan menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu.

“Azmin pernah berkata demikian kepada arwah ayah jika cita-citanya tercapai untuk menjadi orang nombor dua dalam negara ini selepas Anwar.

“Malah, dia juga ada bercakap mengenai cadangan menolak Ketuanan Melayu sebagaimana yang dicanang sebelum ini. Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahu?” katanya.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia Azmin untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.

Menurutnya, kebangkitannya kali ini bagi meneruskan perjuangan memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air serta memastikan PKR ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kini tiba masanya untuk kita semua berhenti daripada terus berada di bawah telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cukuplah selama 29 tahun beliau melakukan pelbagai penipuan semata-mata untuk merealisasikan kepentingan diri sendiri.

“Saya tidak akan berdiam diri sehingga rakyat tahu apa yang sudah dilakukan oleh abang saya dan saya sendiri mahu melihat PKR tumbang dalam PRU ke-13,” katanya di hadapan 200 penduduk Seksyen 18, di sini.

Turut hadir pada ceramah itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawai M. Zin, Naib Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Kamaruddin Ahmad, pengasas Keadilan Nasional 1998, Ng Lum Yong serta bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abd. Ghani Haroun.

Ummi Hafilda berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menyimpan impian tinggi untuk menjadis eorang perdana menteri dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impiannya itu termasuk menggunakan taktik kotor.

“Sekiranya cita-cita itu terlaksana, segala kemungkaran yang dilakukan olehnya sebelum ini akan lenyap begitu sahaja. Itulah yang saya bimbangkan selama ini. Sebab itulah saya kembali bangkit kali ini demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Ummi Hafilda turut menceritakan pelbagai pengalaman pahit dilaluinya ketika permulaan perjuangannya menumbangnya Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Beliau turut memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Wan Azizah, peguam Karpal Singh dan Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada tahun 1997.

Daripada jumlah itu, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

KAMPUNG GAJAH - Tun Dr Mahathir Moham:ad semalam mengulangi kecaman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelahkan perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, Anwar sanggup memecahbelahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana

Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap menolak agama.

“Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti Pas, baru dianggap sah sebagai orang Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pemimpin Pas itu sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada media selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, rakyat juga perlu bekerja kuat memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar, sebaliknya memberi galakan pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang hadir perhimpunan itu. - Bernama

50 Lembah Pantai PKR members quit party, form pro-BN NGO

KUALA LUMPUR: About 250 Lembah Pantai Parti Keadilan Rakyat (PKR) members quit the party on Sunday and formed a non-governmental organisation (NGO) called the Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (Sesama), which supports the Barisan Nasional.

The division's former information vice-chief Raymond Suppiah, on behalf of the 250 people, said the decision was made due to their dissatisfaction with the leadership of Lembah Pantai Member of Parliament Nurul Izzah Anwar and other PKR central leaders.

"This decision was made voluntarily. There were many reasons for our dissatisfaction such as that voiced by (Padang Serai MP) N. Gobalakrishnan that there were no special considerations for the Indians in PKR," he said at a press conference in Brickfields, here, Sunday.

Raymond said the decision to support Barisan was made on the basis that Barisan had done a lot to help all the communities in this country.

On Sesama's formation, Raymond, who joined PKR when it was established about 12 years ago, said they were still waiting for approval by the Registrar of Societies.

Raymond, who is also Sesama president, said about 400 had so far agreed to join the association and the association targeted to sign up 4,000 new members by the end of March.

He said Sesama would focus on welfare and proverty-eradication, besides fostering closer relations among the various communities in Lembah Pantai.

Former Lembah Pantai PKR Welfare and Community Bureau head M. Parthiban, who was appointed Sesama deputy president, said he had sent his resignation letter through email to Nurul Izzah two weeks ago.

"She did not respond to the email but, noted through SMS, my contribution to the party," said Parthiban who joined PKR also about 12 years ago. - Bernama

Pas tak henti buat fitnah – Najib

JENGKA – Pakatan pembangkang termasuk ketuanya yang juga Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak henti-henti membuat fitnah menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serangan terbaru yang dilakukan oleh pembangkang apabila mengatakan Gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.

Najib berkata, beliau tidak pernah mengelar pertubuhan itu sebagai penganas tetapi menasihatkan mereka mengenepikan tanggapan atau persepsi dunia yang mengangap mereka sebagai kumpulan ekstem.

“Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya

“Kalau mereka kata mereka tak ada ideologi sedemikian rupa, mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang mereka hormati proses demokrasi, mereka cintai keamanan.

“Saya rasa kita tak ada masalah menerima mereka bertanding dalam pilihn raya, itu pun bukan keputusan saya, keputusan yang dibuat negara lain, negara masing-masing, saya tak kata mereka ini golongan ekstrimis ataupun terrorist, soalnya untuk mereka menghilangkan persepsi,” katanya selepas program mesra bersama warga Felda di Jengka 25.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan yang mengatakan Gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai penganas.

Nasharudin dan Anwar berkata demikian merujuk laporan laman web National Review Online ketika ucapan Najib di Istanbul, Turki baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Najib berkata, kenyataan yang dibuat oleh pembangkang itu sebagai mengelirukan dan boleh menimbulkan salah tanggapan masyarakat terhadapnya.

250 ahli PKR umum keluar parti

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara yang terlibat, Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Menurut Raymond, mereka mula hilang kepercayaan terhadap Nurul Izzah serta konco-konconya di peringkat cabang-cabang parti di Lembah Pantai.

"Banyak janji yang ditabur kepada kami, namun tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap nasib kaum India di kawasan Parlimen ini. Jadi kami semua amat kecewa dengan beliau serta PKR juga," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Raymond, satu persatuan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli yang keluar parti itu ditubuhkan iaitu Persatuan Gerakan Semangat Satu Malaysia (Sesama) demi menjaga kepentingan mereka yang terlibat.

Beliau berkata, persatuan itu dijangka disertai kira-kira 3,000 ahli dalam masa beberapa bulan lagi.

Raymond dan ahli persatuan itu juga akan menyokong kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebahagian ahli PKR Lembah Pantai yang keluar daripada parti itu memegang sepanduk dengan kenyataan menyokong Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, semalam.










Pluralisme: Pas sanggup ketepikan soal agama demi kuasa

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Sikap berdiam diri Pas dalam isu pluralisme iaitu satu fahaman yang amat bertentangan dengan akidah Islam jelas membuktikan kepimpinan parti itu sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) berkata, ia tidak menghairankan kerana kepimpinan Pas kini lebih mementingkan kuasa daripada segala-galanya walaupun dahulu parti itu begitu kuat mempertahankan akidah.

Katanya, atas dasar itulah Pas sanggup bekerjasama serta mengiktiraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan pendukung fahaman itu sebagai Ketua Pembangkang.

"Terang-terang tahap akidah Anwar boleh dipersoalkan ekoran hubungannya dengan fahaman pluralisme. Persoalannya mengapa Pas sedia bekerjasama dengan Anwar?

"Mengapa pada satu waktu dahulu mereka sanggup menuduh UMNO kafir tetapi dalam isu ini mereka diam walaupun jelas fahaman pluralisme bertentangan dengan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pemimpin-pemimpin utama Pas mendiamkan diri berhubung isu fahaman pluralisme menimbulkan persoalan.

Najib berkata, sehingga kini kesemua pemimpin utama parti tersebut seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyatakan pendirian mereka terhadap fahaman yang bertentangan dengan Islam itu.

Najib berkata, hanya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyatakan beliau tidak setuju dengan fahaman tersebut.

Nakhaie berkata, sepatutnya dalam isu tersebut Pas dengan tegas menyatakan penentangan mereka terhadap fahaman itu demi Islam yang suci.

"Ini tidak, mereka terus diam, langsung tidak memberi sebarang reaksi. Punca semua ini adalah kuasa," ujarnya.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin utama Pas sebenarnya tidak 'berani' menyatakan kebenaran kerana khuatir hubungan mereka dengan PKR terjejas.

"Inilah sikap sebenar pemimpin Pas. Walaupun jelas Anwar menyokong satu fahaman yang bertentangan dengan akidah Islam, mereka langsung tidak berbunyi," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.