Pages

Subscribe:

27 Februari, 2011

[hang nadim] Hindraf tidak ikhlas bantu orang India - Pak Lah.....



KEPALA BATAS 27 Feb. - Tindakan Hindraf yang sengaja mencetuskan sentimen kebencian terhadap kerajaan dengan berdemontrasi ketika ura-ura pilihan raya umum semakin hampir menunjukkan pertubuhan haram itu tidak ikhlas untuk membantu masyarakat India di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya berkata, tindak- tanduk Hindraf itu hanyalah helah untuk mencapai agenda politik demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata, tindakan Hindraf yang gemar berkonfrontasi dan menimbulkan kekecohan bukan sesuatu yang baru kerana pendekatan itu juga digunakan ketika era pentadbirannya dahulu.

''Seperti masa saya (Perdana Menteri) dulu, jadi begitulah. Mereka (Hindraf) nak pecahkan undi dengan menarik orang India supaya tidak sokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi minta sokong pembangkang.

''Apa yang mereka lakukan ini mempunyai macam-macam agenda, banyak helahnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan jentera serta input pertanian kepada golongan petani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Abdullah diminta mengulas tindakan Hindraf mengatur perhimpunan besar-besaran di beberapa lokasi strategik ibu negara bagi mendesak pengharaman novel Interlok.

Menjawab soalan kenapa Hindraf hanya timbul ketika ura-ura pilihan raya umum semakin hampir, Abdullah berkata, senario tersebut bukan sesuatu yang menghairankan kerana ia adalah masa yang sesuai untuk pertubuhan haram itu mendapatkan keuntungan politik.

Bagaimanapun, di sebalik bantahan Hindraf, beliau percaya, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melakukan apa yang terbaik untuk membantu masyarakat India di negara ini.

''Saya ingat kerajaan pun sudah faham dengan tindakan (Hindraf) ini yang tidak mendatangkan kebaikan. Kerajaan pun sudah banyak lakukan apa yang sepatutnya untuk (bantu) masyarakat India," jelasnya.

Kelab Putera hantar sukarelawan ke New Zealand

BALING 27 Feb. - Kelab Putera 1Malaysia meneruskan satu lagi misi bantuan kemanusiaan ke Christchurch, New Zealand bagi membantu rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian gempa bumi di negara berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, misi itu akan turut disertai 30 doktor pakar bagi membantu kira kira 650 rakyat Malaysia yang berada di Christchurch.

"Semua sukarelawan akan bertolak ke New Zealand pada Selasa ini membawa bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan komputer riba," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Gerak Kerja Pilihan Raya Daerah Mengundi Barisan Nasional Parlimen Baling di sini hari ini.

Jelas Abdul Azeez, misi ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum walau di mana mereka berada.

Katanya, kelab berkenaan akan membawa wang saku untuk diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

"Kita juga telah berhubung dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana dan berbincang tentang misi yang akan dilakukan untuk membantu rakyat kita yang terbabit dengan bencana itu," katanya.

Bumiputera perlu bangkit kuasai ekonomi

PULAU PINANG 27 Feb. - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) menggesa golongan bumiputera di negara ini bangkit memperjuangkan ekonomi mereka supaya tidak terus ketinggalan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang berlaku ketika ini perlu diubah bagi memastikan nasib bumiputera pada masa depan lebih terjamin.

Menurutnya, bagi mencapai tujuan itu, generasi muda terutama mahasiswa perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta asas kukuh yang berkait rapat dengan ekonomi.

"Ketika ini 67 peratus rakyat Malaysia adalah bumiputera tetapi kita hanya menguasai 19 peratus ekonomi negara. Ia berbeza dengan kaum Cina yang hanya 23 peratus komposisi tetapi menguasai 46 peratus ekonomi Malaysia.

"Di sinilah perjuangan yang perlu kita lakukan dan peranan ini perlu dipikul oleh penuntut-penuntut kita. Mereka perlu menjadi ejen perubahan yang boleh mengubah ekonomi bumiputera ke satu tahap lebih hebat dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi," katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam yang dirasmikan Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.

Rahim berkata, ketidakseimbangan dalam pencapaian ekonomi itu harus diubah segera bagi memastikan bumiputera terus berdaya saing dan maju.

"Apa yang berlaku sekarang ini umpama seorang yang badan besar tetapi kekuatannya sangat kecil. Sesuatu perlu dilakukan kerana kita tidak patut menjadi minoriti ekonomi sedangkan kita golongan majoriti.

"Untuk itu minda, cara berfikir, sikap dan paradigma kita perlu diubah. Kita perlu berani meneroka bidang perniagaan terutama sektor swasta," katanya.

Sementara itu, Rahim berkata, pencapaian 22 peratus pegangan ekuiti bumiputera menunjukkan usaha yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhasil dan mencapai matlamat.

"Itu merupakan kejayaan yang amat besar dan ia patut dibanggakan kerana pendekatan yang digunakan Perdana Menteri telah membuahkan hasil," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pencapaian itu masih jauh berbanding sasaran kerajaan iaitu sebanyak 30 peratus sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan 40 tahun lalu.

Perpaduan kaum perlu diperkukuh

TEMERLOH 27 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerjasama dan perpaduan antara kaum perlu diperkukuhkan untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara yang hebat dan disegani dalam abad ke-21.

Menurut Perdana Menteri, itulah sebabnya juga konsep 1Malaysia diwujudkan bagi membolehkan rakyat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

"Kalau kita boleh teruskan trend ini, saya percaya apabila sampai 2020 nanti, Malaysia boleh menjadi negara maju yang disegani," katanya ketika berucap semasa bertemu pengundi Cina, India dan Orang Asli di pekan Kerdau di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM850,000 untuk membina dua buah dewan, sebuah kuil dan menubuhkan bomba sukarela di pekan Kerdau.

Dalam pada itu Najib berkata, bidang sukan juga contoh yang terbaik dalam menterjemahkan Konsep 1Malaysia.

"Apabila pasukan Harimau Malaya menang Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini, kebanyakan pemainnya orang Melayu tetapi jurulatihnya, seorang India iaitu K. Rajagobal.

''Para pemain kita tak lihat siapa jurulatih, tak pandang warna kulitnya, tak pandang kepada kumpulan etniknya malah mereka anggap Rajagobal baik dan berwibawa dan akhirnya berjaya membawa pulang piala tersebut," katanya.

Sahabat 1Malaysia sasar sejuta ahli
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Feb. - Program Sahabat 1Malaysia anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyasarkan satu juta keahlian menjelang hujung tahun ini.

Timbalan menterinya, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, berkata, jumlah keahlian sedia ada kini mencecah 106,900 orang sejak dilancarkan secara rasmi pada 19 Disember tahun lepas.

Beliau berkata, penyertaan program Sahabat 1Malaysia akan membolehkan rakyat negara ini berbelanja dengan menggunakan MyKad yang diurus secara khusus oleh MRewards International Sdn. Bhd.

"Selain meningkatkan keahlian pengguna dalam program ini, usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan penyertaan pasar raya daripada 500 kepada 2,000 keahlian.

"Peningkatan ini secara tidak langsung akan dapat menggalakkan lebih ramai orang menyertai program Sahabat 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan memorandum persefahaman (MoU) Sahabat 1Malaysia antara Carrefour Malaysia dengan MRewards International di pusat beli belah Alamanda, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Kamarudin Siaraf.

MRewards diwakili oleh Pengarah Urusannya, Tan Hang Ming manakala Carrefour diwakili Pengarah Wilayah Utara, Mathavan Arjunan.

Sementara itu, Hang Ming berpuas hati dengan sambutan pengguna di atas kepekaan mereka mengenai program tersebut.

"Orang ramai perlu mengambil peluang untuk menjadi ahli Sahabat 1Malaysia kerana boleh menikmati ganjaran dalam bentuk wang tunai apabila membeli belah di mana-mana pasar raya yang mengambil bahagian.

"Mereka hanya perlu mendaftarkan MyKad dan nombor telefon di mana-mana pasar raya yang menjadi ahli program Sahabat 1Malaysia," katanya.

Attend Hindraf gathering and risk facing the law, warns IGP

KLANG: Action will be taken against anyone attending an unlawful gathering sponsored by Hindraf to be held at the Kuala Lumpur City Centre today, warns Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar.

Police had rejected an application to hold the gathering on grounds that it would jeopardise public order.

“To those involved in organising the gathering, I give the reminder not to hold it. It will not only be against the law, but will inconvenience people and traders and cause traffic congestion,” he told reporters after a ground-breaking ceremony for a surau (small mosque) here yesterday.

In TEMERLOH, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said he had directed Ismail to personally monitor the situation and take firm action if Hindraf created trouble.

“He will be responsible for ensuring that the illegal organisation does not jeopardise the (security) situation,” he told reporters after nominations for the Kerdau by-election yesterday.

Hishammuddin believed that the organisers were trying to create an atmosphere that was being witnessed in the Middle East, but Malaysia was a different situation altogether, and they were not getting the response they wanted.

nukilan hati hang nadim
Ingat Nenek Moyang anda mencipta Perpaduan Ingat orang Melayu bermurah hati memberi kerakyatan sebaik saja kemerdekaan Malaya di capai tetapi Penjajah menjajah Malaya lebih 446 Tahun susah memberikan kerakyatan mereka bertanggung jawab membawa.....
ke Tanah Melayu untuk bekerja diladang Getah dan Lombong dan membuka kedai Todi di setiap Ladang Getah.....untuk apa kita bertindak memecah Keamanan yang di cipata oleh nenek wayang kita.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.