Pages

Subscribe:

18 Februari, 2011

[ hang nadim] Three more reports lodged over newsletter.....




My Balik Pulau: 3 lagi laporan polis dibuat

KEPALA BATAS 18 Feb. - Dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah My Balik Pulau.

NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang dan Gerakan Belia 4B negeri manakala individu berkenaan ialah Firus Che Man, 37.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini kira-kira pukul 10 pagi oleh Firus bersama Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Sheikh Harun Narashid dan Bendahari Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anuar Omar.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 20 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang berhubung pengedaran risalah kontroversi itu.

Firus yang mewakili kumpulan tersebut memberitahu, risalah berkenaan sarat dengan unsur-unsur penghinaan yang mengguris perasaan orang Melayu terutamanya di Balik Pulau.

"Bahan dalam risalah ini seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina kaum tertentu melalui ilustrasi serta fakta-fakta yang terpesong daripada kebenaran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengedaran risalah My Balik Pulau yang diedarkan secara percuma termasuk di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu mencetuskan kontroversi apabila isi kandungannya didapati mengandungi fakta sejarah yang tidak tepat serta diragui kesahihannya.

Ia didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Firus menambah, pengedaran risalah seumpama itu boleh menjejaskan agenda nasional untuk mengukuhkan ikatan perpaduan antara masyarakat apabila ia menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.

"Kita ambil contoh, terdapat ilustrasi dalam risalah ini yang menunjukkan orang Melayu terpaksa meminjam wang daripada ceti haram untuk adakan majlis kenduri, apa yang cuba disampaikan oleh penerbit risalah ini?

"Malah, gambar orang Melayu pula digambarkan selekeh, tidak memakai kasut dan sugul berbanding kaum-kaum lain. Risalah tersebut seolah-olah mempunyai syak dan keinginan untuk menghina orang Melayu," dakwanya.

Three more reports lodged over newsletter

KEPALA BATAS: Three more police reports were lodged yesterday over the publication of the controversial My Balik Pulau newsletter.

This brings the total number of reports made so far to 15.

The latest three reports, lodged at the Seberang Prai Utara district police headquarters, were by the Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), the state Gerakan Belia 4B and an individual, Firus Che Man.

State Perkasa vice-chairman Sheikh Harun Rashid lodged the report on behalf of the non-governmental organisation, while the state Gerakan Belia 4B was represented by its state treasurer, Anuar Omar.

The My Balik Pulau controversy unfolded when Pulau Betong Umno assemblyman Muhammad Farid Saad alleged that it contained inaccurate information on the history of Balik Pulau.

He claimed the contents insulted the predominantly Malay community here by implying that they were not its first inhabitants.

Tuduh UMNO tolak Islam, bukti kafirkan UMNO

KOTA BHARU 18 Feb. - Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO menolak Islam, merupakan bukti beliau telah mengkafirkan orang UMNO.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, sungguhpun tidak ada perkataan kafir dalam kenyataan itu, tetapi ia jelas menggambarkan keadaan tersebut.

"Tuduhan UMNO tolak Islam bukti kafirkan orang UMNO. Apa erti tolak Islam, minta Nik Abdul Aziz perjelaskan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mempersoalkan apa bukti beliau mengkafirkan orang UMNO.

Nik Abdul Aziz turut berkata, hasil hubungan akrab Pas dengan DAP, serangan parti itu terhadap Islam telah berubah.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam kepada MCA dan DAP macam mana," katanya.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat.

Dr. Mahathir berkata, Nik Abduk Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut kenyataan Nik Abdul Aziz, Mohd. Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat berkata, Menteri Besar Kelantan itu patut bertaubat kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini mengenai UMNO dan orang Melayu yang didakwa menolak Islam merupakan satu fitnah dan ia tersebar ke seluruh dunia.

"Orang Melayu di seluruh dunia sewajarnya berasa 'pedih' dengan kenyataan Mursyidul Am Pas itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta pihak berkenaan meneliti semula gelaran tok guru yang diberikan kepada Nik Abdul Aziz kerana ia tidak menggambarkan personaliti Mursyidul Am Pas itu.

Mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz slogan 'Membangun Bersama Islam' Pas boleh diubah berikutan masih wujud kegiatan pelacuran dan perjudian di negeri ini, Mohd. Noor berkata, ia menunjukkan pemimpin Pas tersebut tidak istiqamah dalam perjuangannya.

"Bila pemimpin tidak istiqamah dan was-was, ini bererti dasar perjuangan Pas tidak istiqamah," katanya.

Nik Aziz dicabar kemuka bukti perkenalkan Islam kepada DAP

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu disifatkan sebagai amat meragukan.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, ini kerana kerjasama Pas dengan DAP dilihat lebih berkepentingan politik daripada keutamaan 'memperkenalkan' Islam.

Lagipun katanya, DAP telah wujud sejak berpuluh tahun lalu di negara ini dan parti itu sepatutnya telah memahami Islam memandangkan ia merupakan agama rasmi di Malaysia.

Justeru, katanya, Nik Abdul Aziz dicabar supaya mengemukakan bukti serta pelan perancangan parti tersebut dalam memperkenalkan Islam kepada DAP seperti yang diakui Menteri Besar Kelantan itu.

"Jika benar seperti apa yang didakwa Nik Aziz, JMM tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan menyertai Pas dalam wadah memperkenalkan Islam kepada DAP, saya mahu lihat pelan perancangan beliau (Nik Abdul Aziz) dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu di Kota Bharu semalam.

Kenyataan menteri besar itu merupakan susulan daripada percakarannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, yang antaranya mempersoalkan tentang kewajaran Pas bekerjasama dengan DAP.

Menurut Nik Abdul Aziz, hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Tengku Amalluddin kemudiannya secara sinis menambah, Pas diminta supaya 'memperkenalkan' Islam kepada DAP secara penuh berhemah supaya agama itu terus dihormati.

"Jangan sampai (Pengerusi DAP) Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dahulu' jika mahu mendekatkan Islam kepada DAP," tegasnya.

33 ahli Pas isytihar keluar parti












ZAWAWI Othman (dua kanan) bersama bekas penyokong Pas Cawangan Gong Kala di Pasir Puteh, Kelantan yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, semalam. - Utusan/ Torek Sulong

PASIR PUTEH 18 Feb. - Kubu kuat Pas di Cawangan Gong Kala di sini goyah apabila 33 ahlinya, termasuk bekas pemimpin bertindak mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Antara yang berbuat demikian ialah bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Gong Kala, Mohd. Zawawi Hanapi, 35, dan bekas Ketua Pas Cawangan Dalam Huma, Amran Mat Daud, 33, bersama pengikut serta ahli keluarga mereka.

Mohd. Zawawi berkata, tindakannya keluar Pas adalah ikhlas berikutan keprihatinan pucuk pimpinan UMNO dan pemimpin tempatan yang bersikap cakna terhadap kebajikan rakyat walaupun mereka bukan wakil rakyat.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tempatan sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan berusaha membela nasib mereka dengan menyediakan pelbagai prasarana diperlukan.

"Kelibat dan perkhidmatan mereka lebih terserlah kalau dibandingkan dengan wakil rakyat kerajaan negeri. Kami berikrar untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pengisytiharan menyertai UMNO dan ramah mesra bersama Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di kampung berkenaan di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung, Yassin Awang Kecil.

Mohd. Zawawi mengakui, tindakan keluar Pas yang seolah-olah sebati dengan diri mereka selama ini, turut didorong oleh penerangan bekas ahli-ahli Pas yang telah menyertai UMNO.

Sementara itu, Amran berkata, kenyataan mengelirukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pelbagai isu sejak kebelakangan ini memberi kesedaran kepada mereka untuk berfikir secara lebih rasional mengenai perjuangan Pas.

Menurutnya, pemimpin Pas juga sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap UMNO termasuk isu kafir-mengkafir dan memandang rendah sesama Islam.

"Sikap seperti inilah yang membuatkan kami sedar dan jemu dengan retorik politik Pas yang kami sanjung selama ini," katanya

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi ketika ditemui berkata, pihaknya akan meningkatkan majlis penerangan dari rumah ke rumah dalam usaha menyedarkan ahli Pas mengenai perjuangan ikhlas UMNO membela agama, bangsa dan negara.

"Gelombang perubahan yang berlaku kebelakangan ini adalah petanda awal kemenangan akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Nik Aziz harap Tun M dapat hidayah

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT dalam meneruskan kehidupan serta berhenti daripada terus mengkritiknya.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di akhbar semalam (kelmarin), cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah,” katanya dalam ruangan Facebooknya, semalam.

Dr Mahathir dalam tulisan di blognya mendakwa, tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta PKR.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan bagi menjayakan perjuangannya.

Dalam pada itu, Nik Aziz dalam blognya mendakwa kegagalan kepimpinan Dr Mahathir menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya memberi keuntungan kepada segelintir golongan.

Malah, katanya, kegelisahan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada UMNO yang menolak perjuangan berasaskan bangsa.

“Kegagalan DEB pada 1990 ada tercatat dalam sejarah.

"Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak ke mana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecap nikmat," katanya.

Nik Aziz berkata, pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan.

"Kenapa gagal? Dr Mahathir selaku Perdana Menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" katanya. Aziz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.