KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia di kediaman salah seorang anaknya di Bukit Utama, Damansara dekat sini pada pukul 9.35 malam tadi.
Allahyarham yang berusia 88 tahun dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos lalu ekoran angin ahmar dan dibenarkan kembali ke rumah pagi semalam.
Menurut salah seorang anak beliau, Doktor Anwardi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat hari ini.
Antara filem arahan Allahyarham sewaktu mudanya adalah 'Batu Belah Batu Bertangkup', 'Lela Manja' dan 'Ranjau Sepanjang Jalan'. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140926/hi_01/Datuk-Jamil-Sulong-meninggal-dunia#ixzz3EfabP3XY
© Utusan Melayu (M) Bhd
https://www.facebook.com/abmajid.othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.