16 Disember 2014 5:12 PM
KUALA LUMPUR - Hari ini dunia perfileman Melayu reda dengan pemergian Seniman Datuk Mustapha Maarof kepada penciptanya.
Selepas 12 hari bertarung nyawa dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tentera, Tuanku Mizan di Wangsa Maju dekat sini allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan anak-anak, cucu-cucu dan ahli keluarga yang lain.
Ikuti temu bual video bersama penggiat seni yang mengenali allahyarham. - UTUSAN ONLINE
Oleh: HASNURUL MOHAMED Juruvideo: AZMAN AHMAD Penyunting: ZAIMI MD
- See more at: http://www.utusan.com.my/video/perginya-hero-filem-melayu-klasik-datuk-mustapha-maarof-1.37066#sthash.ijGXRumf.dpuf
ALFATIHAH SENIMAN MUSTAFA MAAROF
Seniman kacak Dato Mustafa Maarof. 79 tahun, menghembuskan nafas terakhirnya jam 8.30 pagi tadi di Hospital Sultan Mizan, Wangsa Maju setelah dua minggu bertarung nyawa. Allahyarham meninggal kerana komplikasi paru-paru.
Jenazah akan dibawa ke Mesjid Sentul, disempurna dan solatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang, lepas Zohor.
Kjee tidak rapat sangat dengan Allahyarham yang kami panggil Abang Mus. Orangnya cukup tertib dan sopan. Tutur katanya lembut hingga kekadangkala sukar didengar. Apapun, Abang Mus memang sangat-sangat mudah didampingi.
Seorang yang sentiasa berpakaian kemas walaupun hingga ke akhir hayatnya, segala urusan diri diuruskan sendiri. Isterinya Allahyarham Roseyatimah atau Cikgu Ros (filem Pendekar Bujang Lapuk) meninggal dunia pada tahun 1987. Setelah 27 tahun dua hari, giliran Mustafa Maarof pula menemui penciptanya.
Pernah beberapa tahun lalu Kjee mengusik beliau samada tidak ingin berkahwin lagi. Jawapannya :" Kalau ada yang serupa arwah Ros, boleh lah." Allahyarham memang suka bergurau dan mudah melemparkan senyuman.
Moga roh allahyarham ditempatkan disisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatehah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.