Pages

Subscribe:

27 September, 2014

[hang nadim] TERKINI : ANWAR MENGAMUK DI HQ PKR KERANA RANCANGAN TERBARU TERBONGKAR..??




Inilah Manusia Anugerah Tuhan yang bernama Anwar..Ada saja muslihat yang difikirnya untuk menipu rakyat asalkan political milage diperolehinya...

Apabila usahanya untuk menjadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim tidak mendapat perkenan Sultan Selangor dan menemui jalan buntu sehingga melibatkan pepecahan dalam Pakatan Rakyat kini Anwar cuba bikin wayang terbaru untuk menjadikannya hero Malaya yang dah expired...

Menurut satu sumber dalaman PKR dari UtaraNews, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim diberitakan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan.

Sumber berkenaan juga memberitahu bahawa Anwar juga bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS.

Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor.

Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan Umno dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan DS Najib Razak.

Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Antara nama yang disebut ialah Iskandar Samad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.