Pages

Subscribe:

30 September, 2014

[hangnadim] Allahyarham, Resat Salleh, mantan Pengarah Penerangan Sarawak, yang telah kembali ke Rahmahtullah ....Al fatihah.....

lFatehah & takziah buat keluarga Allahyarham, Resat Salleh, mantan Pengarah Penerangan Sarawak, yang telah kembali ke Rahmahtullah awal pagi tadi. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya dikalangan mereka yang beriman & beramal syoleh... Aamiin...
Seorang kenalan yang akan ku ingat disepanjang hayatku... AlFatehah...
Bekas Pengarah Penerangan Sarawak Meninggal Dunia
KUCHING - Bekas Pengarah Penerangan Sarawak Resat Salleh, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 2.10 pagi Selasa akibat komplikasi injap jantung.
Pemangku Pengarah Penerangan Sarawak Zaini Mohamad berkata jenazah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kira-kira pukul 3.45 petang, untuk dibawa ke rumah kakaknya di Kampung Tanjung di sini sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang.
Zaini berkata beliau dimaklumkan bahawa arwah sebelum ini sering menerima rawatan selepas mengadu sakit dada, dan dimasukkan ke HKL beberapa minggu lepas.
Beliau berkata allahyarham bertugas sebagai Pengarah Penerangan Sarawak pada 2006 sebelum bertukar ke Ibu pejabat Penerangan di Putrajaya pada Oktober 2012, dan baru bersara wajib kira-kira tiga bulan lalu.
"Saya bekerja dengan arwah sejak beliau menjadi pengarah penerangan negeri... beliau adalah seorang yang suka berjenaka, baik hati, sentiasa fokus dengan tugasnya dalam mengangkat martabat jabatan. Takziah buat keluarga Allahyarham," katanya.
Zaini berkata Allahyarham juga mempunyai pengalaman yang amat luas, antaranya pernah terlibat secara langsung dalam pembabitan Jabatan Penerangan dalam pengurusan Sukan Komanwel pada tahun 1998, serta penganjuran Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada 1989.
Menurutnya allahyarham Resat yang memulakan kerjayanya sebagai penolong pegawai akhbar di Jabatan Perkhidmatan Penerangan pada tahun 1976, pernah mengetuai Unit Perhubungan Awam Kementerian Penerangan pada tahun 1989, sebelum dilantik sebagai Pengarah Penerangan Johor pada 1995.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.
Zaini berkata orang ramai yang ingin menziarahi jenazah dan keluarganya boleh mengunjungi rumah kakak allahyarham di Kampung Tanjung di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.