Pages

Subscribe:

05 Februari, 2013

{hang nadim] Jangan Roboh Benteng Kekuatan

Berbalah sesama sendiri kerana tamakkan kuasa, berpecah belah boleh roboh benteng kekuatan SEJAK awal pembinaan tamadun lagi sejarah menukilkan bahawa bangsa asing akan meninjausesebuah penempatan sebelum mula menapak untuk membina empayar keluarga, ekonomi, politik malah hubungan antarabangsa sehingga akhirnya mereka menuntut atau mendapat hak yang sama dengan warga asal sesuatu penempatan diteroka. Penjajahan itu bukan saja dalam bentuk fizikal atau paksaan yang lembut tetapi juga penguasaan minda dan jiwa sehingga sesuatu bangsa boleh hilang jati diri dan akidah yang utuh disebabkan pengaruh penjajah dominan. Justeru, mempertahankan negara daripada gangguan dan pencerobohan luar yang menyelinap masuk melalui pelbagai cara adalah satu kewajipan setiap warga negara. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menangkis strategi penjajah dan ia boleh dilakukansetiap individu mengikut kemampuan masing-masing. Sehubungan itu, Allah mengharamkan segala perkara sama ada melalui perkataan mahu pun perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain. Dalam pergaulan seharian, kita sering mendengar cerita dan kisah daripada sahabat handai mengenai diri dan juga orang lain. Secara sedar atau tidak, sebenarnya cerita dan kisah itu akan menjadi satu amanah buat kita semua. Oleh kerana ia dianggap sebagai satu amanah, ini bermakna ia akan menjadi satu rahsia yang wajib dijaga. Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:"Jika seseorang itu menceritakan sesuatu perkara kemudian dia berpaling, maka cerita itu menjadi satu amanah." (Riwayat Tirmizi) div class="separator" style="clear: both; text-align: center;"> Sila Klik……http://nukilanhangnadim.blogspot.com/ http://www.mukmin.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.