KUALA LUMPUR 19 April - Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. - BERNAMA
Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat tenat
KUALA LUMPUR 18 April - Veteran UMNO yang juga Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani, 90, hari ini dilaporkan dalam keadaan tenat dan tidak stabil selepas dimasukkan di sebuah hospital swasta sejak Sabtu lalu.
Menurut salah seorang ahli keluarganya, Aishah telah beberapa kali keluar masuk hospital kerana mengalami masalah kesihatan akibat sakit tua dan dikatakan stabil sebelum keadaannya menjadi semakin tenat hari ini.
"Sejak dimasukkan semula ke hospital Sabtu lalu, keadaan beliau masih lagi stabil malah mampu untuk bercakap dan mengenali seluruh ahli keluarga serta kenalan yang datang melawat.
"Namun, sejak pagi tadi keadaannya menjadi tidak stabil malah keupayaannya untuk bercakap sudah tiada. Bagaimanapun tiada sebarang tanda-tanda sakit luar biasa yang ditunjukkan beliau, hanya sakit biasa yang dialaminya kerana tua," katanya ketika di temui di sini hari ini.
Ahli keluarga Aishah kini hanya mampu berdoa yang terbaik buat beliau dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Mereka turut mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia khususnya yang mengenali beliau agar turut sama mendoakan kesihatan tokoh politik itu kembali pulih seperti sedia kala.
Aishah merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai senator pada 1963 dan merupakan wakil wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Beliau juga pernah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dari 1973 hingga 1984.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130419/dn_18/Aishah-Ghani-meninggal-dunia#ixzz2Qu2vVf1h
© Utusan Melayu (M) Bhd
Umno veteran Tan Sri Aishah Ghani dies, age 90 (Updated)
By AUSTIN CAMOENS
KUALA LUMPUR: Umno veteran Tan Sri Aishah Ghani 90, died at Gleneagles Kuala Lumpur hospital at 12.50pm on Friday, according to her grandson Ahmad Arif Astama.
Aishah was born on Dec 15, 1923 in Kampung Sungai Serai, Hulu Langat,Selangor.
She started her education at Sekolah Melayu Bukit Raya in Cheras before she continued high school at Diniyah Puteri Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, between 1936 and 1939.
She studied journalism at the Regent Street Politechnic and got her degree in 1958.
She was a journalist at Berita Harian and an editor with the NST group till she resigned before she took up the post as Wanita Umno deputy chief in 1963.
She was the first Malaysian woman to be elected as senator in 1962 and also the first female representative to attend the United Nations general assembly on the same year.
She was the Welfare Minister between 1973 and 1984. Her funeral will be at 6pm at the Bukit Kiara muslim cemetery.
Tan Sri Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani
Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani telah dilahirkan pada 15 Disember 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor. Beliau telah berkahwin dengan Encik Abdul Aziz Abu Hassan (Allahyarham) dan mereka memperoleh empat orang anak, iaitu Shairudin, Mariati, Datuk Astaman dan Zarim. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras, Selangor. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia, dari tahun 1936 hingga 1939. Seterusnya pada tahun 1940 hingga 1943, beliau telah memasuki Maktab Perguruan Tinggi Islam di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau kemudiannya telah mengambil jurusan kewartawanan di Regent Street Polytechnic di London, pada April 1955 hingga Disember 1958.
Penglibatan Tan Sri Aishah dalam bidang politik bermula dengan kerjayasebagai wartawan dalam Pelita Malaya, lidah rasmi Perti Kebangsaan Melayu (PKM). Sebaik sahaja PKM ditubuhkan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Beliau pernah menyertai perhimpunan dan gerakan menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Beliau telah keluar dari parti ini pada tahun 1946 dan menjadi ahli UMNO pada tahun 1949. Penglibatannya dalam UMNO bermula apabila beliau menjadi ahli UMNO Cawangan Pasar Pudu. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan diberi tugas sebagai Setiausaha. Sekembalinya beliau dari London pada tahun 1959, beliau bekerja sebagai wartawan di Berita Harian dan penyunting di Kumpulan Akhbar New Straits Times. Beliau telah mengundurkan diri dari bidang kewartawanan pada tahun 1963 apabila beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO. Beliau telah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor pada tahun 1960 hingga 1972.
Pada tahun 1963, Tan Sri Aishah telah dilantik Senator wanita yang pertama di Malaysia dan menjadi wakil wanita yang pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari tahun 1967 hingga 1972, beliau menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB. Beliau telah dipilih menjadi Ketua Pegerakan Wanita UMNO Malaysia pada tahun 1972 sehingga 1984. Pada tahun 1973, beliau telah dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan memegang jawatan ini selama 11 tahun sebelum menamatkan khidmat beliau pada tahun 1984. Beliau telah melancarkan Yayasan Kebajikan Negara yang masih berfungsi sehingga sekarang. Tan Sri Aishah ialah Pengerusi Tetap Pegerakan Wanita UMNO Malaysia semenjak tahun 1986 hingga sekarang. Kini beliau menjadi Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada tahun 1975, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (1985-1997), Ahli Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak dan Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah. Selain itu, beliau turut terlibat dalam bidang perniagaan dengan menjadi Pengerusi Electcoms Sdn. Bhd., Pengarah Eksekutif Meditel Electronics Sdn. Bhd., Pengarah Nusa Utama Sdn. Bhd., Hasrat Emas Sdn. Bhd., Pengangkutan Kota Mas Sdn. Bhd., Tanjung Sebaneka Sdn. Bhd. dan Metrojaya Bhd.
Beliau telah dianugerahi bintang Johan Mangku Negara (J.M.N.) pada tahun 1971 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pada tahun 1978, beliau dikurniai Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor Kelas Kedua (D.P.M.S.) oleh Kerajaan Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’. Beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1985. Setahun kemudian, beliau telah dianugerahi Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Pada tahun 1999, beliau dikurniai darjah Seri Paduka Mahkota Selangor Kelas Pertama (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datin Paduka Seri’ oleh DYMM Sultan Selangor. Pada tahun 2002, beliau telah dikurniai Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.