Pada semua pelajar-pelajar yang bergelar guru serta semua tutor-tutor kita, kami ucapkan
"Selamat Hari Guru". Tanpamu siapa lah kita. Jasamu tetap dikenang. Terima kasih Cikgu
Guruku Sayang
Tangan mu membina Ilmu
Kata mu membina Insan
Ilmu mu bagai Wahyu
Khidmatmu bagai Rasul menyampai Wahyu
pernahku bicara pada guru
Bagaimana aku pandai mengenal A
guru ku umpama bapa,Ibu
mengata..... kamu yang bijak
aku hanya penyampai.....
betapa pilu aku temui guru di usia senja
Pelukan Erat dengan titisan Air mata
Betapa hebatnya guruku
dengan Iringan doa dari mulutnya
Kamu anak murid bahagia hingga keakhirat
Betapa sedihnya aku
Bagaimana membalas jasamu
Hanya pada Tuhan ku mohon doa
Semoga guruku sihat di usia senja
Berat rasa meninggal guru di senja nan sepi
lambainnya membuat aku berderai aimata
berdiri megah di pintu
mengiring kepulangan ku di senja nan sepi
Guru oh Guru ku sayang
Kau pergi.....hanya ku. iringi Al Fatihah.....
Nukilan hati hang nadim untuk guru guru tersayang....
ALLAH YARHAM CIK GU AZIZ HUSSAIN.....SEMOGA ALLAH CUCURI RAMAT.....AL FATIHAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.