Pages

Subscribe:

10 Mei, 2013

[hang nadim] Anwar tidak reda ketentuan takdir......


KOTA BHARU 10 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar tidak mengiktiraf kemenangan pembangkang di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang jika benar tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, Anwar tidak wajar mengheret rakyat membantah keputusan PRU-13.
Sehubungan itu, menurut beliau, tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan demonstrasi memperlihat niat sebenar pemimpin berkenaan mencapai cita-cita peribadi menjadi Perdana Menteri, bukannya memperjuang kepentingan rakyat, agama dan negara.
“Kenapa Anwar tidak boleh terima ketentuan ini sehingga sanggup menganjurkan demonstrasi yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam?
“Jika hendak protes, protes semuanya walaupun di negeri yang dimenangi mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 termasuk di Stadium Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi.
Rujhan juga mendesak Anwar mencontohi sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang reda menerima keputusanPRU-13 sebagai takdir.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff meminta Anwar bermuhasabah dan reda menerima keputusan PRU-13 dengan sikap pemimpin bertanggungjawab.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anwar dianggap khianati rakyat Malaysia - S. Sudariono
KUALA LUMPUR 10 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai pemimpin yang tidak mempunyai semangat kenegaraan tinggi dan mengkhianati rakyat negara ini kerana enggan menerima kekalahan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.
Seorang mahasiswa dari Indonesia, S. Sudariono berkata, ini kerana Anwar dengan kerjasama pemimpin konservatif Cina, Lim Kit Siang telah mengheret Malaysia ke arah porak-peranda dengan tidak mengiktiraf keputusan itu.
Katanya, Anwar mengkhianati rakyat negara ini dengan memperbesarkan kelebihan pakatan pembangkang mendapat undi popular bagi mendakwa pihaknya memenangi PRU-13, sedangkan Anwar memahami kemenangan sesuatu pihak dibuat mengikut kelebihan kerusi selari dengan amalan negara Komanwel.
"Hal ini sebenarnya amat remeh dan memalukan jika tidak difahami, masakan Anwar dan pembangkang tidak mengetahui hal-hal seperti ini.
"Saya sendiri pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak boleh faham, jadi saya tidak faham mengapa Anwar tidak boleh menerima keputusan rakyatnya sendiri," katanya seperti dipetik daripada mymassa.blogspot.com hari ini.
Sudariono menyifatkan tindakan Anwar dan pembangkang itu sebagai jelik kerana masih tidak mahu menerima kekalahan mereka Ahad lalu, dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional (BN) atas kekalahan mereka.
Selain di blog mymassa, pandangan Sudariono itu turut dibincangkan secara meluas oleh pengguna internet Malaysia dan Indonesia di forum atas talian seperti http://english1.cari.com.my/archiver/?tid-726055.html.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130511/px_12/Anwar-dianggap-khianati-rakyat-Malaysia---S-Sudariono#ixzz2Svzf7PsN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anwar, Kit Siang berhadapan saman fitnah
KUALA LUMPUR 10 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal berhadapan saman fitnah yang dijangka difailkan ke atas mereka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, BN dan SPR sebelum itu akan membuat laporan polis terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu berhubung tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kononnya keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu dicemari penipuan dan rasuah.
Menurut sumber, laporan akan dibuat dalam waktu terdekat bagi meminta polis menyiasat kenyataan berbentuk hasutan dan fitnah yang dibuat terutama oleh Anwar dan Kit Siang dalam perhimpunan di Stadium Kelana Jaya dekat sini kelmarin.
"Laporan polis itu dijangka dibuat sama ada di Putrajaya atau ibu negara selepas BN dan SPR meminta pendapat pelbagai pihak berhubung tohmahan yang dilemparkan pembangkang sehingga menjejaskan kepercayaan pengundi terhadap ketelusan SPR.
"Berdasarkan laporan polis yang dibuat, kertas siasatan akan dibuka supaya tindakan dapat diambil dan saman juga boleh dikemukakan jika memperoleh segala bukti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sumber itu berkata, kedua-dua pemimpin pembangkang itu terus menabur fitnah dengan menuduh wujud pengundi hantu yang didakwa telah membantu kemenangan BN selain mengaitkan bekalan elektrik yang tiba-tiba putus di pusat kiraan undi di seluruh negara sebagai konspirasi yang dirancang oleh SPR dan BN.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130511/px_04/Anwar-Kit-Siang-berhadapan-saman-fitnah#ixzz2Sw04lmt3 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Anwar lakukan jenayah demokrasi - SPR

Oleh NORAINI ABD. RAZAK
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 10 Mei - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan jenayah demokrasi apabila didakwa mengajar rakyat Malaysia terutamanya generasi muda menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Katanya, Anwar secara jelas menggunakan demokrasi sebagai platform untuk menjahanamkan masa depan negara, paling menyedihkan apabila beliau menanamkan sikap buruk itu dalam kalangan generasi muda yang belum layak mengundi.

''Saya difahamkan ada anak muda yang datang ke perhimpunan haram di Kelana Jaya Rabu lalu, masih belum layak mengundi dan tidak faham tentang undang-undang pilihan raya.

''Tetapi Anwar telah merosakkan pemikiran mereka dengan membuat pelbagai tuduhan jahat, fitnah yang amat dahsyat sehingga merosakkan amalan demokrasi di negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sambil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab, Wan Ahmad berkata, tindak-tanduk seumpama itu juga akan mencacatkan kesinambungan amalan demokrasi di Malaysia selain mendidik generasi muda supaya membelakangkan undang-undang sekali gus menentang Perlembagaan Negara yang memperuntukkan keluhuran undang-undang sebagai salah satu elemen penting.

Beliau yang kesal dengan sikap buruk Anwar itu juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ketua pembangkang itu kerana melakukan fitnah yang melampau terhadap SPR dengan pelbagai dakwaan palsu berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Katanya, Anwar dan pembangkang sepatutnya menunggu keputusan PRU-13 diwartakan dan memfailkan petisyen pilihan raya jika mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang diberi mandat untuk meneraju kerajaan.

''Semasa di mahkamah nanti bentangkan bukti, kemukakan saksi, bariskan peguam-peguam pembangkang yang hebat-hebat belaka. Kalau kalah juga, buat rayuan sampai ke peringkat tertinggi. Bukannya dengan cara membuat perhimpunan semata-mata untuk mengelirukan rakyat dan menabur fitnah,'' katanya.

Wan Ahmad turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan generasi muda kerana pemikiran mereka terlalu mudah meresap dakyah-dakyah jahat Anwar dan pembangkang sehingga akhirnya membentuk satu generasi yang tidak percaya kepada demokrasi tulen.

''Generasi ini akan percaya bahawa penganjuran perhimpunan haram, penyebaran fitnah tanpa batasan dan tuduhan-tuduhan jahat adalah amalan demokrasi yang perlu dijunjung. Mereka terpengaruh dengan dakyah Anwar yang hakikatnya bertujuan menghancurkan masa depan negara serta merosakkan sistem yang telah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan,'' katanya.

Beliau kesal kerana keengganan Anwar menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang tidak dipilih sebagai peneraju kerajaan telah menyebabkan beliau bertindak di luar kewarasan akal serta mengheret rakyat sehingga ada anak muda yang tidak tahu apa-apa turut terjebak.

Katanya, akibat terlalu obses mahu menjadi Perdana Menteri, Anwar menjadi manusia tidak bertanggungjawab sehingga sanggup menganjurkan siri perhimpunan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah merosakkan pemikiran rakyat, justeru beliau selayaknya digelar penjenayah demokrasi kerana membunuh sistem yang telah menyebabkan kerusi dimenangi pakatan pembangkang bertambah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/
 (4 photos)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.