Siapa dulu memulakan provokasi?
KUALA LUMPUR 7 Mei - Apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina yang termakan hasutan DAP sehingga mereka menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, ia dianggap rasis.
Penasihat Lim Kit Siang membuat kesimpulan laporan itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
Sebelum mana-mana pihak terus terpedaya dengan dakwaan seumpama itu, kajilah secara rasional siapakah yang sejak awal sehingga ke hari ini terus melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada BN.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul didapati terdapat gerakan tersusun dan luar biasa melalui media sosial, kempen dan risalah bagi tujuan berkenaan.
Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13.
Oleh itu mereka menguar-uarkan slogan Ubah dan Ini Kali Lah. Apabila kempen pilihan raya bermula, ia bagaikan kemuncak kepada kegilaan para pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP untuk menanam kebencian rakyat kepada BN.
Justeru dalam kempen-kempen mereka, pemimpin-pemimpin DAP terus mengeluarkan pelbagai tohmahan bagi tujuan berkenaan.
Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran.
Mengamalkan rasuah, kronisme dan akan melakukan penipuan dalam proses pengundian adalah antara fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada BN.
Sehari sebelum pengundian dijalankan, pakatan pembangkang meningkatkan lagi tindakan-tindakan provokasi mereka, apabila menguar-uarkan di dalam laman sosial milik mereka kononnya BN akan menggunakan warga Bangladesh untuk mengundi bagi memastikan kemenangan parti itu.
Akibatnya, pada hari pengundian tercetus kejadian rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan oleh penyokong pembangkang.
Untuk mengukuhkan kononnya akan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (PSR), isu dakwat kekal pula ditimbulkan pada hari berkenaan.
Seorang pemimpin DAP di sebuah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bersama penyokong melakukandemonstrasi untuk menanggalkan dakwat kekal yang dicalitkan di jari selepas mengundi.
Selain itu, tercetusnya tindakan provokasi oleh penyokong pembangkang menghalang pengundi dan rombongan membawa kertas undi.
Pada sebelah malamnya pula biar pun proses pengiraan undi masih dijalankan, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya memberi amaran kepada UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menyembunyikan apa yang dianggap kemenangan pakatan.
Apabila keputusan rasmi diketahui yang menyaksikan BN berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen, provokasi pembangkang semakin meningkat.
Ia termasuklah tindakan menguar-uarkan di dalam laman sosial, BN telah melakukan penipuan dan pembangkang menolak keputusan tersebut.
Ketika majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN kekal memerintah tanpa majoriti dua pertiga, pembangkang terus menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor manakala DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi, provokasi DAP berterusan.
Hasutan DAP berjaya, selain pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan melalui laman sosial oleh penyokong mereka, sekumpulan wanita Cina seramai 40 orang yang memakai topeng muka dan menutup mulut telah berkumpul dalam apa yang dipanggil Silent Walk kelmarin bagi membantah keputusan PRU-13.
Dalam masa yang sama, tersebar pula sekumpulan anak muda Cina yang terpengaruh dengan politik cauvinis DAP bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Dan semalam, pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan PRU-13.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut.
Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang.
SMS itu turut mempertikaikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah.
Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka.
SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan.
SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua."
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, ia membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat Cina terpengaruh dengan politik provokasi DAP sehingga memungkinkan mereka menolak BN hampir secara total.
Oleh itu, tidak perlu pemimpin-pemimpin DAP hendak berdolak-dalik dalam soal ini dengan menyerang Utusan Malaysia.
Dan mereka harus bersedia untuk bertanggungjawab jika negara huru-hara kerana merekalah melakukan provokasi politik melampau untuk mempengaruhi masyarakat Cina menolak BN.
Utusan Malaysia hanya mempersoalkan tindakan DAP dan penyokong mereka kerana bimbang perbuatan provokasi berterusan boleh membangkitkan tindak balas daripada kaum lain khususnya orang Melayu sehingga menghuru-harakan negara.
Tsunami politik perkauman perlu dirawat
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130506/dn_16/Analisis-PRU-13-Tsunami-politik-perkauman-perlu-dirawat#ixzz2SeV0kCcY
© Utusan Melayu (M) Bhd
BURUK benarkah layanan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap masyarakat Cina di negara ini? Jika buruk, apa bukti-buktinya?
Terus terang bahawa penulis tidak pernah melihat mana-mana kaum Cina di negara ini yang hidup gelandangan atau merempat. Sebaliknya mereka dapat menikmati kehidupan normal sama seperti kaum lain.
Ada kalanya, kehidupan masyarakat Cina adalah jauh lebih baik seperti mampu membeli kereta mewah, kediaman mewah, kehidupan bandar serba mewah dan macam-macam lagi.
Itu membuktikan bahawa mereka juga menikmati kemajuan dan kemakmuran negara dengan sama rata seperti mana kaum lain di bawah pemerintahan kerajaan BN selama lebih 50 tahun menerajui negara ini.
Jika kaum Cina tidak mendapat layanan yang setaraf daripada kerajaan, tidak mungkin wujud sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah-sekolah vernakular yang terbuka untuk anak-anak Cina.
Peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) juga tidak mungkin berlaku dan malah mereka turut diberi peluang bekerja dalam sektor kerajaan.
Malah, kerajaan turut membenarkan banyak IPTA yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh kaum Cina, bagi memberi peluang pendidikan tinggi alternatif kepada golongan muda mereka.
Dalam bidang perniagaan pula, majalah perniagaan Forbes pada Februari lalu telah menyenaraikan 14 bilionar di Malaysia, 11 daripadanya sudah tentu merupakan taikun berbangsa Cina.
Lihatlah kekayaan Robert Kuok (AS$12.5 bilion), Lim Kok Thay (AS$6.6 bilion), Teh Hong Piow (AS$5.6 bilion), Quek Leng Chan (AS$4.8 bilion), Lee Shin Cheng (AS$4.5 bilion), Yeoh Tiong Lay, (AS$2.8 bilion), Tiong Hiew King (AS$1.8 bilion), Vincent Tan (AS$1.3 bilion), Tan Heng Chew (AS$1.2 bilion), Chen Lip Keong (AS$1.01 bilion) dan Lee Oi Hian & Lee Hau Hian (AS$1 bilion).
Ini belum lagi mengambil kira mereka yang bergelar jutawan dan orang kaya berpendapatan tinggi yang lain. Sudah tentu, golongan kaya Cina ini telah membentuk koloni terbesar di negara ini berbanding golongan kaya daripada kaum-kaum lain.
Bagaimana mereka ini boleh muncul sebagai bilionar, jutawan atau korporat terbilang kalau bukan kerana kebijaksanaan dan keadilan BN dalam pengurusan ekonomi negara.
Kebebasan beragama yang dipraktikkan di negara ini turut membuktikan bahawa hak masyarakat Cina di negara ini tidak pernah disekat.
Jadi apa yang masih kurangnya kaum Cina di negara ini? Tiada masyarakat kelas pertama, kedua atau ketiga diperkenalkan di negara ini kerana semua rakyat telah diberi layanan sama rata, sama rasa.
Bagi yang rajin berusaha, mereka akan maju dan berada di hadapan. Begitu juga sebaliknya.
Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong berkata, dari segi patriotik, masyarakat Cina sebenarnya masih sayangkan negara kerana ini merupakan tanah tumpah negara mereka juga.
Namun, masyarakat Cina di negara ini telah diracuni dengan impak perubahan pemerintahan yang kononnya lebih telus di bawah perjuangan DAP yang mendapat sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau yakin, selepas tempoh lima tahun akan datang, kaum Cina menyedari kesilapan mereka dan akan kembali kepada BN setelah mendapati DAP dan pakatan pembangkang hanya cakap kosong.
"Sebaliknya, BN perlu menganalisis strategi dan kekuatan parti komponennya seperti MCA dan Gerakan yang kurang menyengat berbanding DAP," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, masyarakat Cina di Malaysia sebenarnya telah diperangkap dengan persepsi kurang tepat oleh parti pembangkang, DAP.
DAP telah menyemai perasaan negatif terhadap masyarakat Cina dan mencipta polemik bahawa MCA dalam BN telah gagal membela masyarakat Cina di negara ini.
Malah, katanya, DAP juga berjaya mewujudkan persepsi seolah-olah masyarakat Cina di Malaysia merupakan warganegara yang tidak dilayan dengan baik oleh BN berbanding masyarakat Melayu dan Bumiputera.
DAP secara tidak langsung telah menyemai prejudis tinggi terhadap BN seolah-olah memihak kepada kaum Melayu dan mengabaikan masyarakat Cina.
DAP berjaya membentuk persepsi buruk dalam masyarakat Cina iaitu apa sahaja keadilan yang wujud selama ini dan diamalkan oleh kerajaan kepada kaum Cina, akan dihapuskan oleh BN," katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Mohamed Mustafa, masyarakat Cina turut meyakini DAP yang cuba memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia dan mahu mengubah kerajaan, dasar serta perlembagaan Malaysia yang konon-kononnya memberi hak sama rata.
Paling malang, tambah beliau, konsep Malaysian Malaysia juga disokong oleh orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
Menurut beliau, politik polarisasi kaum seperti itu perlu dirawat segera kerana tidak sihat kepada amalan politik berbilang kaum di negara ini.
Bagi penulis, kaum Cina di negara ini tidak akan dapat sesekali mengubah kerajaan jika dilakukan secara bersendirian dan tidak mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain seperti masyarakat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum India.
Malah, tidak semua kaum lain bersetuju dan menyokong agenda pakatan pembangkang dan DAP yang hanya membentuk jurang perkauman.
Kadang kala, prejudis yang wujud di kalangan masyarakat Cina di negara ini amat keterlaluan dan hanya membentuk polarisasi kaum yang menebal.
Mereka tidak boleh hidup dalam ketakutan dalaman sendiri dan menganggap bahawa diri mereka terancam dan diancam oleh parti pemerintah sampai bila-bila.
Malah, Malaysia telah merdeka hampir 56 tahun dan sepanjang tempoh itu, parti pemerintah tidak pernah mempunyai rekod melakukan penindasan terhadap mana-mana kaum di negara ini.
Semoga masyarakat Cina di negara ini sentiasa menilai kembali apa yang telah dikecapi mereka selama ini dan membuat pilihan yang terbaik untuk negara pada Pilihan Raya Umum ke -14. - UTUSAN ONLINE
Segera tubuh suruhanjaya siasatan khas
Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Syibi (gambar) berkata, suruhanjaya itu juga penting bagi memastikan keadilan khususnya kepada keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.
"Saya gesa sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan secepat mungkin, ini penting bagi mencari jawapan dan membongkar strategi jahat pihak tertentu yang sanggup membuka sempadan negara untuk diceroboh pihak asing.
"Perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan, hukuman berat perlu dikenakan kerana mereka disifatkan pengkhianat negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan penggendali blog, Raja Petra Kamaruddin yang mendedahkan ketiga-tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlibat sebagai dalang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan sebanyak 10 anggota keselamatan negara.
Pengendali laman web Malaysia Today itu mendakwa, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari bertujuan merancang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram tersebut.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Anak Muda Islam Malaysia (Kami), Mohd Jeffery Amin Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa perlu bertindak segera menyiasat ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu berdasarkan maklumat yang dikemukakan.
"Sekiranya terbukti bersalah, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini perlu ditahan seperti penjenayah lain, tiada lagi keistimewaan kerana perbuatan mereka merupakan pengkhianatan kepada negara," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130506/dn_16/Analisis-PRU-13-Tsunami-politik-perkauman-perlu-dirawat#ixzz2SeUfsLLZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
'Stop dreaming of Putrajaya'
KUALA LUMPUR: De facto Parti Keadilan Rakyat leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should take care of troubled waters in Pakatan-led states, instead of dreaming of taking over Putrajaya.
Selangor Barisan Nasional coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said the opposition leader seemed to have forgotten that Pakatan Rakyat parties were facing various problems.
"How can he be sure that the opposition can take over Putrajaya from BN if Pakatan has trouble even fielding their candidates to be the next Selangor menteri besar?
"Now that parliament has been dissolved, we don't even know whether current Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim is going to contest or not.
"If yes, then what about Gombak member of parliament Azmin Ali, who also wants a taste of the power?" he told the New Straits Times.
Zin said talk had also surfaced about Parti Keadilan Rakyat president Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail contesting in Hulu Selangor.
"With three major figures contesting in Selangor, who will they choose to lead the election machinery later ?
"The opposition is facing some serious structural problems in their own coalition, so, they should know that it is time to mind their own business -- especially Anwar."
Anwar had responded to the dissolution of Parliament yesterday by saying that it would 'pave the way for the opposition to conquer Putrajaya".
Speaking after an electoral briefing involving the BN machinery in Puchong yesterday, Zin said the coalition was confident of a power shift in Selangor.
"Looking at the amount of work, dedication and research that has been done in Selangor, I am confident that BN will take over the state from Pakatan.
"This year, BN Selangor will be focusing on direct engagement campaigning and there will be home visits.
"At the same time, we have set up a service centre with telephone operators. People can just call to ask questions or lodge complaints and we will attend to them," he said.
Read more: 'Stop dreaming of Putrajaya' - Politics - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/politics/stop-dreaming-of-putrajaya-1.247804#ixzz2SeZVdKKX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.