Pages

Subscribe:

19 Mei, 2013


Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan

Ahmad Yakob
KOTA BHARU 19 Mei - Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan melalui cara kekerasan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.
Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.
“Saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Ahmad mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Khalid berkata, polis telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.
Tunku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan mendakwa, pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan turut menggesa pihak berkenaan pada masa sama menghormati pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Kelantan.
“Jika pilihan yang dibuat oleh rakyat Kelantan pun tidak dihormati dengan menyekat pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Kelantan, bagaimanakah pilihan rakyat di tempat-tempat lain boleh dihormati?," soalnya.
Beliau mengambil contoh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini dengan mendakwa kewujudan jabatan itu tidak menghormati pilihan rakyat kerana wujud kerajaan dalam kerajaan.
“Jadi hormatilah pilihan rakyat dan ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat," katanya.
Meskipun cuba dipolitikkan oleh Pas, namun, kewujudan JPP di Kelantan telah menyaksikan banyak projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat negeri ini secara langsung dapat dilaksanakan, antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan banyak lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130520/dn_04/Pas-Kelantan-tolak-konspirasi-jatuhkan-kerajaan#ixzz2TmXgYNZb
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Kenapa pembangkang hendak melenting?

SESUATU yang menghairankan apabila ada pemimpin DAP melatah dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan, pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Ahmad Zahid membuat kenyataan itu berikutan tindakan pembangkang yang terus memanipulasikan undi popular yang mereka peroleh seolah-olah ia melayakkan pembangkang untuk memerintah.
Tetapi seperti mana ditegaskan oleh Ahmad Zahid, selaku negara Komanwel, Malaysia mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui pembangkang sejak pilihan raya umum pertama lagi.
Tegas beliau, berasaskan acuan tersebut sistem pilihan raya Malaysia adalah first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote seperti mana diguna negara-negara republik.
Justeru tegas beliau, isu undi popular yang dijaja pakatan pembangkang dalam mengapi-apikan sentimen penyokong mereka agar turun ke jalanan bagi mencetuskan rusuhan tidak lebih hanya alasan untuk lari daripada hakikat kegagalan.
"Jika golongan ini mahu menerima pakai single transferable vote yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.
"Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka. Jika benar setia ke pada negara kena terima sistem politik yang membentuk kerajaan sedia ada kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Janganlah kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan, sistem yang telah sekian lama terpakai di negara ini dimomokkan sehingga sanggup mengajak rakyat turun ke jalan raya".
Itu penegasan Ahmad Zahid dan hujah seumpama itu tidak ada salahnya, justeru kenapa perlu pemimpin DAP melatah sehingga ada antara mereka mendesak Menteri Dalam Negeri itu menarik balik kenyataannya, memohon maaf kepada rakyat atau berhadapan dengan usul di Parlimen.
Sesuatu yang aneh, ketika pemimpin-pemimpin pembangkang menganggap PRU-13 berlaku penipuan dan penyelewengan sehingga mereka sanggup mengadakan perhimpunan haram setiap malam di seluruh negara, kini mereka bercakap soal hendak mengambil tindakan ke atas Ahmad Zahid di Parlimen.
Kalau betul sudah menganggap keputusan PRU-13 ini ada penipuan kenapa hendak bercakap soal Parlimen? Sepatutnya mana-mana ahli pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Apa yang melucukan pemimpin DAP menganggap kenyataan Ahmad Zahid ekstrem dan tidak menghormati rakyat.
Soalnya, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang menuduh BN menipu dalam PRU-13 apakah ia menghormati keputusan rakyat khususnya mereka yang mengundi BN?
Apakah pembangkang tidak memperlekehkan amalan demokrasi apabila terus mengadakan perhimpunan haram sedangkan dalam masa yang sama mereka juga sudah mengangkat sumpah memegang jawatan di negeri-negeri yang mereka tawan.
Mereka menyuruh Ahmad Zahid meminta maaf tetapi bagaimana dengan telatah memualkan mereka mengadakan perhimpunan haram? Tidakkah pembangkang perlu meminta maaf kerana seolah-olah mengajar rakyat negara mencabar undang-undang memandangkan perhimpunan mereka tidak mendapat permit polis?
Janganlah pembangkang cuba mengalih isu atau berlagak seolah-olah mereka sahaja yang betul. Apa yang dikatakan oleh Ahmad Zahid adalah satu kebenaran.
Gesaan Ahmad Zahid bukanlah luar biasa, itulah sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak boleh menerima sistem pilihan raya di negara ini.
Pembangkang tidak perlu melenting, melatah apatah lagi cabar mencabar. Sikap pembangkang yang tidak boleh menerima kekalahan mereka sehingga mahu menyeret rakyat menyokong perjuangan songsang mereka perlu diperbetulkan terlebih dahulu.
Jika mereka merasakan apa yang dikatakan oleh Ahmad Zahid itu tidak betul maka berilah penjelasan. Tetapi apa yang kita saksikan pembangkang lebih suka menyerang Ahmad Zahid termasuk menggunakan bahasa cukup kasar, "dia ingat negara ini bapak dia punya".
Pembangkang perlu menghentikan politik propaganda mereka dengan cuba meracuni fikiran rakyat untuk menyokong mereka dengan menggunakan isu undi popular.
Kalau mereka masih mahu menggunakan hujah berkenaan maka janganlah hendak mengalih isu dengan menyerang Ahmad Zahid pula.
Naib Presiden UMNO itu hanya menyatakan kebenaran supaya pembangkang memahami bahawa apa yang mereka lakukan sekarang adalah salah dan bertentangan dengan semangat demokrasi.
Sekarang adalah masa untuk bekerja dan bukannya berpolitik. Rakyat sudah membuat keputusan maka hormatilah keputusan rakyat. Jika pembangkang berterusan mahu berpolitik maka selayaknya gesaan mereka kepada Ahmad Zahid dianggap 'angin lalu sahaja' sebab mana mungkin kita mendengar kelompok yang ibarat, kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130520/dn_02/Kenapa-pembangkang-hendak-melenting#ixzz2TmYTiO2d
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak dilucutkan kerakyatan dan diusir dari negara ini kerana tindakannya yang sering mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberitahu, petualang dan pengkhianat negara seperti Anwar tidak sepatutnya dibiarkan terus berada di negara ini sebaliknya tindakan tegas perlu dilakukan.
Jelasnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk beberapa pemimpin pembangkang seharusnya ditahan kerana jelas terbukti melakukan perbuatan khianat dan menghasut rakyat.
“Tindakan Anwar bersama pengikutnya yang sering menganjurkan perhimpunan haram sehingga mengganggu kestabilan dan keharmonian negara sudah keterlaluan.
“Kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri, beliau sanggup mengkucar-kacirkan negara tanpa memikirkan keselamatan rakyat," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai pembangkang yang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Tambah Syed Ali, seluruh rakyat yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara perlu bangkit menentang mana-mana petualang dan pengkhianat negara seperti Anwar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130520/dn_08/Pengkhianat-ganggu-kestabilan-layak-dilucut-kerakyatan-diusir#ixzz2TmYnQ3Bb
© Utusan Melayu (M) Bhd 



NGOs protest against illegal 'Blackout 505' rally



非政府组织抗议非法遮光505'反弹.....احتجاج ضد المنظمات غير الحكومية غير القانونية 'تعتيم 505' تجمع
เอ็นจีโอต่อต้านการประท้วงที่ผิดกฎหมายการชุมนุม 'ก 505'......

SEREMBAN: A group of 14 Malay non-governmental-organisations yesterday lodged several police reports at the Seremban 2 police headquarters, objecting to the "Blackout 505" rally at Pusat Komersial Oakland, Seremban 2.
The group, led by Mahzan Lebai Isa, said the rally was illegal as it had clearly violated the country's laws as the organiser had not received permission from police.
"What they are doing is dangerous as they are out to incite hatred towards the legally elected government by making allegations of electoral fraud in the 13th General Election and trying to create havoc in the country.
"The organisers are also trying to create chaos among the people by holding the rally.
"The police should take action by arresting those responsible," said Mahzan in front of the Seremban 2 police headquarters.
About 100 of their supporters came to show support for the government.
Among the NGOs were Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia, Pertubuhan Anak Jelebu, Pertubuhan Al-Ikhsan, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Pertubuhan Islam Gabungan Amal, Pertubuhan Batas, Pertubuhan Pewaris, Pertubuhan Sukarelawan Ampangan, Pertubuhan Kebajikan Sejati Malaysia Negeri Sembilan, Pertubuhan Silat Gayong, Gabungan NGO Malaysia, Gabungan Ayahanda Negeri Sembilan, Api Sejagat Malaysia and Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
All leaders from the NGOs lodged individual police reports that contained similar objections and demands.
Mahzan said the NGOs only wanted peace to be maintained in the country.
"We warn any group bent on creating chaos -- go and find other countries to live in if you think this nation is no longer suitable for you."
Seremban police chief Assistant Commissioner Saiful Azly Kamaruddin said the rally organisers were adamant on holding the gathering.
Members of the 14 Malay non-governmental organisations demonstrating against the proposed illegal rally in Seremban yesterday. Pic by Amirul Nubli Wan Ahmad

Read more: NGOs protest against illegal 'Blackout 505' rally - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/ngos-protest-against-illegal-blackout-505-rally-1.281342#ixzz2TmaI5jWs





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.