Pages

Subscribe:

24 Ogos, 2009

Have A Blessed Ramadhan

DARI Y.A.B DATO'SERI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

欢庆斋月
Friday, 21 August 2009
斋月即将开始,我在此祝福全世界的穆斯林欢乐共庆此充满祝福及祈祷的斋月。如同我在昨天的反映,我非常惊讶斋月是属于全球性大规模的庆祝活动─全世界共有14亿人参与这个斋月的禁食及祈祷。我们也必须谨记这个月份是给予我们机会,可向非穆斯林同胞反映真正的伊斯兰精神。

穆斯林在白天把斋后,我们将与朋友亲人共同欢庆开斋。当我还是小孩时,我依稀记得家人在准备美味佳餚所散发的诱人香味,而这香味吸引了成群人兴奋聚集一起。

每一年,我与夫人皆期待接获来自全国各开斋活动的邀请。我将与家人一起共庆第一天的开斋,但在这斋月的来临,我计划将与全国各阶层的穆斯林社区共同欢庆这节日,这是我们珍惜彼此的时刻。但我们也不应忘却所有穆斯林对斋月的承诺。我们请求真主引导最好的道路,并接受来自我们的禁食和祈祷祝福。

斋月也是一个充满宽宏大量的月份。我鼓励具有能力者可在今年更慷慨付出,我们应忠於己身需履行的责任,并奉献予需要照顾的人。照顾马来西亚的贫困人士是我们的责任,因金融风暴对我们身边的朋友及邻居构成一个很大的负担。因此我经常认为慈善活动及爱心行动可对不幸人士带来很大的贡献。若我们可将这种宽宏慷慨扩大於一整年,试想这效应的利益是多么的庞大。斋月可以是心灵成长及充满友爱的月份,若我们共同努力发挥大爱的精神,马来西亚将可以有效摆脱贫困。

我喜欢在斋月期间,所有马来西亚人民共同发挥的温情及友爱精神。每一年,我都看见我们的华裔及印裔同胞与大家共享开斋庆典。无论是集聚在一个美食摊,在家里或者是於餐厅共享自助餐,全马的非穆斯林同胞皆与穆斯林同胞共享这具意义的庆典。我非常惊讶於非穆斯林同胞所给予的尊重,他们皆愿意等待祈祷完成后方共同享受盛宴。这是马来西亚多元种族及宗教相互尊重的典范,同时也充份发挥民族团结的精神。

致全世界穆斯林同胞,"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Have A Blessed Ramadhan
Friday, 21 August 2009
As Ramadan begins, I would like to wish Muslims everywhere a blessed month of fasting, prayer and self-purification. As I reflected on this yesterday, I marveled at the truly grand scale of this global celebration -- with some 1.4 billion people fasting and praying throughout the world taking advantage of this holy month. We must also remember that this is our opportunity to express the true spirit of Islam to our non-Muslim friends as well.

When the drummer hits the bedok to indicate the end of the fast, we cheerfully join with friends, family and co-workers for buka puasa. As a boy I vividly remember the tantalizing smells emanating from the prepared dishes and the excitement of being among the throngs of people they attracted. Every year, my wife and I look forward to accepting invitations to the many buka puasa events that are planned throughout the country. I shall be spending my first day of buka puasa and terawikh with my family but during the month, I intend to be with the various Muslims communities from all walks of life around the country. It is the coming together and the sense of community that we all hold dear but let us all not forget what Ramadhan promises to every Muslim. We ask Allah to guide us to the best deeds and to accept from us our fasting and prayers.

Ramadhan is also the month of generosity. I encourage all who are in a position to do so to give a little more this year. We must honor the responsibilities that come with good fortune by caring for the needy among us. It is the responsibility of all to help those Malaysians who live in poverty. The financial turmoil has caused an unwelcome burden that is affecting many of our friends and neighbors. I often think of the powerful impact charitable acts and caring actions can have on the less fortunate. Think of the benefits if we endeavor to extend such generosity throughout the year. Ramadan can be a time of great spiritual growth and brotherhood, just as Malaysia can be a country free of poverty if we are committed to making it happen.

I relish the warmth and camaraderie shared by all Malaysians during Ramadan. Every year I watch as our Chinese and Indian friends enjoy buka puasa with us. Whether crowded around a food stall, in a home or dining at one of the innumerable buffets, non-Muslims across Malaysia share in the hospitality of their Muslim friends. I am struck by their respectfulness as they wait for the azan and the completion of prayers before the feasting begins. This is a fine example of honoring and cherishing Malaysia’s rich ethnic and religious diversity and of our unity as a people.


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Friday, 21 August 2009
Dengan tibanya Ramadan, saya mengucapkan kepada semua masyarakat Islam di mana sahaja mereka berada, selamat menyambut bulan yang diberkati untuk berpuasa, beramal dan menyucikan diri. Bila saya merenungkannya kembali semalam, saya benar-benar kagum dengan kemeriahan sambutannya di seluruh dunia – hampir 1.4 bilion umat berpuasa dan beribadat di seluruh dunia bersempena dengan bulan yang mulia ini. Kita harus sedar bahawa ini adalah peluang untuk memperlihatkan semangat Islam yang sebenar kepada rakan-rakan bukan Muslim kita.

Apabila beduk dibunyikan, menandakan waktu berbuka, kita seronok bersama-sama sahabat handai, keluarga dan rakan sekerja untuk berbuka puasa. Saya masih teringat, waktu kecil-kecil dahulu, bau menyelerakan daripada masakan yang disediakan dan kegembiraan berada bersama-sama mereka yang akan berbuka. Setiap tahun, saya dan isteri sentiasa menunggu-nunggu untuk menerima jemputan berbuka puasa yang banyak dianjurkan di seluruh negara. Pada hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa dan bertarawih bersama keluarga, tetapi hari-hari berikutnya saya merancang untuk berbuka bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara. Berkumpul beramai-ramai dengan perasaan muhibah itulah yang sentiasa kita jaga dan hargai, namun janganlah sampai kita lupa akan makna sebenar Ramadan kepada setiap Muslimin. Kita memohon ke hadrat Allah agar membimbing kita ke arah amalan yang terbaik dan agar menerima ibadah dan puasa kita.

Ramadan juga adalah bulan untuk bersedekah. Saya menggalakkan sesiapa yang berkemampuan untuk melebihkan sedekah mereka pada tahun ini. Sewajarnya kita memenuhi tanggungjawab ke atas limpahan rezeki yang diterima dengan membantu mereka yang memerlukan di kalangan kita. Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik. Kegawatan ekonomi telah mengundang musibah yang membebani ramai daripada rakan taulan dan jiran kita. Saya sering memikirkan akan keberkesanan kesan hasil daripada tindakan bermurah hati dan perhatian yang diberikan ke atas mereka yang kurang bernasib baik. Fikirkan manfaatnya jika kita berusaha untuk mengembangkan sifat dermawan tersebut di sepanjang tahun. Ramadan ialah waktu untuk meningkatkan kerohanian dan persaudaraan yang hebat, begitu juga dengan Malaysia yang mampu menjadi sebuah negara yang bebas dari kemiskinan jika kita komited untuk melakukannya.

Saya amat menyanjungi kemesraan dan keakraban yang dikongsi oleh semua rakyat Malaysia pada bulan Ramadan. Setiap tahun saya akan memerhatikan bagaimana rakan-rakan Cina dan India kita menikmati waktu berbuka puasa bersama-sama kita. Sama ada bersesak-sesak di gerai-gerai makanan, di rumah atau makan malam di salah satu bufet yang banyak terdapat di mana-mana sahaja, mereka yang bukan Islam di seluruh Malaysia berkongsi keramahan rakan Muslim mereka. Saya benar-benar tersentuh dengan sikap mereka yang hormat menanti waktu azan dilaungkan dan solat dilakukan sebelum mula menjamu selera. Ini adalah contoh yang baik bagaimana menghargai dan meraikan kekayaan kepelbagaian etnik dan kepercayaan agama di Malaysia dan perpaduan kita sebagai satu bangsa.

Kepada umat Islam di seluruh dunia, "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.