Pages

Subscribe:

25 September, 2009

Ehud Olmert dihadap ke mahkamah......Fikir dan Insaf

BAITULMAQDIS 25 Sept. - Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert muncul di mahkamah Baitulmaqdis hari ini untuk menghadapi perbicaraan terhadap tiga tuduhan rasuah, menjadikannya sebagai Perdana Menteri pertama yang menghadapi tuduhan jenayah.

"Ini adalah hari yang sukar bagi saya, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini saya telah menjadi sasaran fitnah yang amat kejam," katanya semasa melangkah masuk ke dalam mahkamah.

Beliau yang akan berusia 64 tahun minggu depan menghadapi tiga tuduhan rasuah pada Ogos lepas.

Pendakwaan setebal 61 muka itu termasuk tuduhan 'rasuah, pecah amanah, membuat dokumen korporat palsu dan merahsiakan hasil pendapatan yang diperolehi secara penipuan'.

Beliau menegaskan dirinya tidak bersalah walaupun telah didesak meletak jawatan September tahun lepas.

"Saya tidak bersalah dan saya pasti mahkamah akan membersihkan nama saya," katanya kepada media.

Semua tuduhan yang dikenakan melibatkan tindakan Olmert sebelum menjadi Perdana Menteri pada Mei 2006, iaitu sebagai Datuk Bandar Baitulmaqdis dan kemudiannya sebagai menteri.

Beliau kekal menjawat jawatannya dalam kerajaan sementara sehinggalah akhir Mac apabila Benjamin Netanyahu yang dipilih pada Februari mengangkat sumpah.

Olmert dituduh menerima hadiah sampul berisi wang tunai daripada ahli perniagaan Amerika-Yahudi, Morris Talansky dan melancong ke luar negara yang melibatkan bil berganda.

Beliau juga dituduh dengan kronisme melibatkan sebuah institusi pelaburan yang dinaungi beliau semasa dia menjadi Menteri Perdagangan dan Industri di antara tahun 2003 hingga 2006.

Peguam Negara, Menahem Mazuz menggugurkan tiga lagi siasatan rasuah terhadap Olmert yang pernah dinamakan oleh majalah Time sebagai ahli politik Israel yang paling berkebolehan semasa menjadi Perdana Menteri. - AFP



PERINGATAN UNTUK ORANG MELAYU........

orang Melayu Tolong Fikir dan Insaf jangan buat huru hara kerana seorang Pemimpi melanggar Undang-undang Negara.....
Ingat siapa yang bersalah mesti di hukum.....jangan buat tunjuk perasaan untuk bela orang yang melakukan kesalahan...........walaupun dia bekas pemimpin.......Malaysia
selalu buat silap bagi huruhara negara saja.....fikirlah wahai orang Melayu,,,,,pemerintah Melayu....Tujuk Perasaan 99% Melayu.... Polis Melayu......
Jangan jadi bodoh....orang Melayu....Ingat Negara ini Negara Melayu.....Amankan,,,,
Kalau Tunjuk Perasaan apa kita dapat....kut kalau ada upah dan T shirt kena beli
Jangan Gadai Maruah Bangsa.....Sayangkan Negara......Kalau masa pilihanraya anda calun yang kalah faham dan fikirkan lah.....orang tak suka jangan kata ada pengundi hantu , jangan fikifkan rasuah....konon nak basmi rasuah bila tangkap konon ada konfirasi apa hal orang lain di tangkap konfirasi juga kaa....

Maaf...kalau tersinggung....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ... Sdr.
kalau pintu untuk mendapat keadilan ditutup apa lagi boleh dibuat ... mohon permit untuk perhimpunan dalam stadium dihalang macam di Ipoh ....bawa kes kemahkamah keputusan pelik-pelik di buat hakim ... apa lagi yang tinggal ... sampai bila orang melayu boleh sabar ... hasilnya UMNO akan tewas ...

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.