Pages

Subscribe:

26 September, 2009

[NADIM]AWAS PENIPUAN........fikir dan Insaf.......jangan Tamak...

August 4th, 2009, by Noorizam Shah

Email Scam Bahasa Malaysia?
Baru-baru ini saya ada terima satu email yang pada awalnya tidak ada langsung syak wasangka. Kemudian saya semak keyword “SPAHIRE BLUE STONE” di google.com dan hasilnya saya menjumpai beberapa link yang membincangkan mengenai kandungan email yang hampir serupa di beberapa buah forum.

Carigold.com

Apa yang menarik, sebelum ini saya banyak terima email seperti ini tetapi ianya dalam bahasa Inggeris. Antara modus operandinya ialah:

1. Ada individu bertanggungjawab telah mati atau ditimpa kecelakaan.
2. Memohon kita menjadi penerima atau orang tengah atau agen.
3. Menawarkan imbuhan hasil dari kerjasama.

Pesan saya, jika anda terima sebarang bentuk email yang anda sendiri ragu-ragu siapa pengirimnya, sila abaikan dan jangan sesekali berikan maklumat peribadi anda kepada mereka. Di khuatiri anda akan menjadi mangsa kepada satu sindiket penipuan terancang.

Berikut adalah contoh email yang saya terima:

Apa khabar?

Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya fizah abdullah dan juga warganegara Malaysia.
Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.

Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.

Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.
Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.

Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga USD7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.

Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar,

fizah Abdullah
faiza318@gmail.com
Jangan terpengaruh jika menerima email seperti ini…sebarkan pada semua kenalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.