Pages

Subscribe:

15 September, 2009

Sweet income from nipah/



Sweet income from nipah
By YENG AI CHUN
THE Air Itam Dalam recreation area in Tasek Gelugor, Seberang Prai, provides more than just a place for leisure activities.

For 63-year-old fisherman Ismail Ibrahim, the recreation area, located five minutes away from his home in Kampung Air Itam Dalam, is a source of extra income for his family.

Ismail taps the nipah (sugar palm) fruit in the afternoon and returns the next morning to collect the nira (juice).

For his efforts, Ismail earns about RM20 to RM30 a day.


Sweet harvest: Fisherman Ismail Ibrahim cutting a bunch of nipah fruits.
To help boost his income, he hopes there will be more palm fruits for him to extract the nira.

Ismail may just get his wish as there are plans to plant more sugar palms and turn North Seberang Prai into a processing centre for nira nipah.

Sungai Dua assemblyman Datuk Jasmin Mohamed said the district office was in the midst of identifying suitable sites to plant more nipah trees and set up the centre.

“In line with the Prime Minister’s Northern Corridor Economic Region vision, we want to expand the production of nira nipah and boost the income of rural folk in North Seberang Prai,” he said during a recent visit to the Air Itam Dalam recreation area.


Commercial potential: Ismail tending to the nipah trees at the Air Itam Dalam receration area while villager Othman Saad, 56, (below) shows two cupfuls of fresh sugar palm juice.

He said a 100ha site had already been planted with nipah palm in North Seberang Prai and the district needed another 50ha site to increase production.

“We want to produce nira nipah on a big scale. The processing centre will be the gathering point for collectors to process and pack their products.

“There will be a research and development unit to look into extending the shelf life of nira nipah and also to market the product.”

Jasmin said Terengganu had already started producing bottled nira nipah.

“We also want to produce natural nira nipah without added sugar.

“The cost for the initial start up of this venture would be around RM1mil. The district office will co-ordinate the plans and the project will be funded by the Federal Government,” he added


PERASMIAN PUSAT PENGUMPULAN & PEMPROSESAN INIR A NIPAH, KG. KELULUT, MARANG, TERENGGANURakyat perlu usahakan sumber tempatan: PM
Oleh Zulkofli Jamaludin, Nazura Ngah dan Shaarani Ismail
MARANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu setiap hasil dan kekayaan sumber di sesuatu kawasan dimajukan oleh penduduk tempatan dan bukannya hanya dikuasai pengusaha besar.

Perdana Menteri berkata, menjadi tugas dan tanggungjawab pemimpin untuk memikirkan langkah bagi membolehkan penduduk menikmati hasil dan memperoleh pendapatan dengan memajukan sumber berkenaan.
Katanya, dasar yang dilaksanakan Terengganu iaitu 'tiada halangan hanya peluang' sudah jelas terbukti dengan pelbagai program pelaksanaan sehingga membolehkan impian rakyatnya menjadi realiti.

Hari ini, pokok nipah boleh diusahakan dan memberikan pendapatan yang banyak serta dijadikan kawasan khusus untuk industri nipah secara komersial. "Kilang nipah yang didirikan di Marang ini misalnya dibina melalui koperasi dan bukan oleh orang kaya dari luar Terengganu", katanya pada majlis perasmian Pusat Pengumpulan dan Pemerosesan Nira Nipah, di Kampung Kelulut, dekat sini, semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin dan Ahli Parlimen Marang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar. Abdullah berkata, rezeki yang boleh diwujudkan melalui kekayaan sumber mestilah mendapat penyertaan menyeluruh daripada penduduk di kawasan terbabit supaya ia dapat dinikmati bersama.

Mengenai kepelbagaian produk yang boleh dihasilkan melalui nipah, Abdullah berkata kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan ia dapat dipelbagaikan dan tidak hanya terhad kepada pengeluaran nira. Beliau berkata, ada banyak produk lain yang boleh dihasilkan daripada pokok nipah, termasuk sabut daripada pelepah yang berpotensi untuk dimajukan untuk menambah pendapatan masyarakat setempat.

"Tuhan tidak menciptakan sesuatu tanpa memberikan manfaat. Apa yang penting adalah tiada lagi halangan yang ada hanya peluang," katanya. Kilang Nira Nipah Kampung Kelulut, Marang disertai 25 peserta yang juga ahli koperasi yang bernaung di bawah Koperasi Pekebun Nipah Marang Bhd yang diterajui Rosdi Ibrahim.

Kilang berkenaan berupaya mengumpul dan memproses sehingga 50,000 botol nira segar sebulan. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan cek bantuan pembangunan Jabatan Pembangunan Koperasi bernilai RM100,000 kepada koperasi berkenaan.

Sementara itu pada sidang media selepas melawat tapak projek Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, di sini, Perdana Menteri berkata, Penerbangan Malaysia (MAS) tidak akan menaikkan harga tambangnya jika tidak terdesak. "Harga minyak sudah naik, untuk MAS terus beroperasi dengan tambang yang murah, ia akan rugi. Kita mesti memahami apa yang ada hubung kait dengan harga minyak akan menjadi lebih mahal dan mampukah kita tak naikkan harga tambang. Saya menganggap MAS sudah fikir habis (sebelum menaikkan tambang)," katanya.

Mengulas mengenai laporan lebih 10 orang kenamaan, termasuk pegawai besar kerajaan ditipu selepas dijanjikan projek besar, Abdullah berkata, orang kita cepat sungguh percaya dengan apa saja yang dikaitkan dengan kekayaan. Sumber : Berita Harian

Proses pengambilan nira nipah
Galeri nira

Nira Nipah
Memproses Nira Mula 1-1 Akhir



Terdapat 2 cara memproses nira iaitu:
Cara Tradisional
Apabila buah nipah telah cukup besar dan matang, batangnya serta pelepah tadi melendut barulah dibuang kulit pelepah dengan parang agar pelepah tadi tidak menjadi buruk dan dihindari daripada serangga. Setelah itu pelepah tadi disalut dengan tanah liat selama 3 hari supaya tidak terluka dan memperbetulkan kedudukan mayang dan buah dengan betul. Cara melurut pelepah nipah terdapat 2 cara iaitu:
i. Pada masa dahulu, proses melurut adalah menggunakan kaki (dilurut dengan perlahan-lahan).
ii. Selain daripada cara itu, mengetuk perlahan-lahan dari kiri ke kanan selama 3 kali juga sering dilakukan. Dengan menggunakan cara ini pelepah tidak boleh dibiarkan melebihi daripada 3 bulan kerana pelepah tersebut akan rosak. Buah nipah haruslah besar barulah pelepah boleh dilurut.
iii. Setelah nira nipah sudah siap, ia ditadah ke dalam bekas tukil (tempat untuk menadah air nira yang diperbuat daripada buluh).
Zaman Moden
Pada zaman moden sekarang para peniaga lebih suka menggunakan kaedah moden di mana selepas tiga hari tangkai akan diketuk kuat-kuat. Selepas 2 minggu barulah boleh dilurut bermula daripada tengah ke kiri dan ke kanan selama 2 minggu. Kemudian barulah diangkat buah atau pangkal di sebelah supaya urat dan air nira dapat keluar dengan banyaknya. Andai kata buah nipah menegak, pokok tersebut tidak boleh digunakan lagi. Cara memangkas pokok nipah dengan menggunakan pisau adalah dengan cara tangan kiri memegang perdu nipah dan tangan kanan memegang pisau dengan kedudukan mata pisau daripada bawah ke atas kemudian dimasukkan pula botol atau tukil (untuk menadah air nira) dan diikat dengan plastik dan getah agar tidak dihinggapi oleh sebarang jenis serangga.
Setelah itu pada minggu pertama, batang pelepah hendaklah diurut sekali, minggu kedua pula diurut sebanyak dua kali, pada minggu ketiga pula sebanyak tiga kali dan pada mingggu keempat sebanyak tiga kali sahaja di setiap pertengahan bulan, tetapi pada musim kemarau tangkai nipah tidak boleh diurut setiap kali ini kerana dikhuatiri kulit nipah akan melecet akan tetapi tidak pada musim hujan kerana pada waktu itu air nira akan sentiasa segar dan jernih dan ia boleh diurut selama 2 bulan. Malah untuk mengetahui sama ada pokok tersebut mempunyai nira yang banyak adalah dengan cara menetak sedikit tangkai nipah untuk mengeluarkan getah serta dipisahkan buah dengan tangkai kemudian dipangkas (cantas) sekali lagi dan dibiarkan selama 3 hari dan dibiarkan lebih daripada 3 hari untuk lebih tahan lama dan dihindari daripada musuh utama pokok nipah iaitu lalat, semut, tebuan, rama-rama dan musang.
Nira nipah ialah sejenis manisan yang boleh diminum begitu sahaja tanpa diproses. Nira yang segar mengandungi "sukros" dan protein yang berguna dan isinya juga boleh dimakan dan rasanya seperti buah enau. Ia juga boleh dibuat cuka nipah atau lebih dikenali sebagai cuka padi. Cuka diproses pada waktu siang dan diperam selama 44 hari dan menurut kata orang-orang tua dahulu jika cuka dibiarkan selama 1 jam dan jika termasuk air walaupun setitik, ia akan rasa pahit dan cuka ini elok dibuat pada musim kemarau. Selain itu ia juga boleh dibuat misan. Dianggar sebanyak 9 kati nira nipah akan menjadi 1 kati misan di mana ia dimasak dengan api yang kuat selama 1 jam. Ia lebih sedap dimakan bersama cendol, emping, roti kapal dan lain-lain juadah.
Nira nipah juga mempunyai pelbagai khasiat yang tidak terhinggga. Di antaranya ialah ia dapat menurunkan suhu badan yang panas, mencuci pinggang, sakit gastrik manakala bagi kaum wanita yang menghidap sakit karang pasir, mereka boleh meminum cuka nipah yang mentah selama seminggu sebanyak 1 camca besar. Namun begitu nira yang belum dimasak mempunyai kadar asid yang tinggi. Bagi yang mengidap penyakit darah tinggi serta kencing manis boleh meminum cuka nipah setiap pagi dan petang. Bagi yang mengidap bengkak cantik boleh mencampurkan cuka dan nila dan disapu pada tempat yang sakit.
Selain daripada nira nipah, daun pokok nipahnya juga boleh dibuat atap, pucuknya dibuat daun rokok di mana ia mempunyai rasa yang lebih tajam daripada rokok-rokok yang lain sementara asapnya mempunyai bau yang tengit, serta lidi yang boleh dibuat cucuk atap. Walau bagaimanapun penghasilan nira nipah pada waktu ini amat berkurangan kerana untuk mengumpulkan cairan nira nipah dalam kuantiti yang banyak adalah sukar. Jadi, penghasilan air nira lebih tertumpu kepada nira nipah segar sahaja.
Pendek kata dengan mengetahui pelbagai kegunaan nipah dapat memberi manfaat kepada banyak pihak. Usaha ini dapat menambahkan pendapatan seseorang, terutama masyarakat kampung. Kepentingan dan pengetahuan tentang potensi kegunaan pokok nipah juga dapat menghalang sebarang pembaziran yang mungkin berlaku terhadap manaa-mana bahagian pokok nipah.

Pusat proses nira nipah

Oleh Zulfa Mohamed

KOPERASI Nira Persada Berhad (Koperasi Nira Persada) merancang membuka sebuah pusat memprosesan nira nipah dalam usaha menjadikan nira sebagai minuman berjenama serta mendapat pasaran di luar negara.

Sebagai permulaan, tapak seluas 0.8 hektar di Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang didapati sesuai untuk tujuan itu, manakala kawasan lain akan dikenal pasti bagi tujuan penanaman pokok nipah.

Bagaimanapun, kos pembinaan pusat berkenaan belum diputuskan dan sedang menunggu penilaian Unit Perancang Ekonomi serta Jabatan Pembangunan negeri.

Wakil Penaja Koperasi Nira Persada, Mazli Md Yusof, berkata pihaknya merancang menjadikan perusahaan nira nipah sebagai kegiatan ekonomi bagi menjana pendapatan ahlinya seramai 119 orang selain 20 pekebun nipah.

Beliau berkata, penubuhan koperasi bertujuan menjadikan perusahaan nira nipah lebih maju berbanding sebelum ini yang diusahakan secara tradisional.

“Sebelum ini orang hanya melihat nira nipah sekadar minuman berkhasiat, tetapi sebenarnya ia mempunyai nilai tambah serta berpotensi besar untuk dimajukan.

“Nira nipah juga sesuai dibuat jeli, ais krim dan coklat, malah menjadi penawar demam serta sesuai diminum pesakit gout,” katanya ketika perasmian koperasi berkenaan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, di Pulau Pinang baru-baru ini.

Perasmian dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga.

Jabatan Perhutanan sudah menyemai 15,000 benih pokok nipah di Air Hitam Dalam, Sungai Dua sebagai projek kajian mengenai kesesuaian persekitaran untuk pokok berkenaan.

Mazli berkata, pihaknya juga mengenal pasti kawasan seluas satu hektar di Bakau Tua, Penaga untuk penanaman pokok nipah bagi menampung keperluan perusahaan nira.

“Koperasi juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Koperasi negeri serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dalam usaha menjadikan nira nipah sebagai minuman berjenama dan mendapat pasaran luar negara seperti diusahakan kerajaan Terengganu,” katanya.

petikan dari Harian Metro. Lagi satu contoh perusahaan yang boleh diusahakan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.