Pages

Subscribe:

17 Oktober, 2009

[hang nadim] FILIPINA HARGAI BANTUAN MALAYSIA







NOH Omar menyampaikan sumbangan kain ihram kepada bakal haji pada Majlis Sambutan Hari Raya serta Pelancaran Projek Industri Asas Tani dan Bumi Hijau di Tanjung Karang, Selangor.


MANILA 17 Okt. - Kira-kira tiga juta mangsa taufan Ketsana dan Parma di Filipina masih memerlukan bantuan kemanusiaan berikutan kebanyakan mereka masih terkandas di rumah mereka akibat banjir dan tidak dapat menjalankan kehidupan harian mereka.

Penolong Setiausaha Jabatan Kebajikan Khas Filipina, Vilma Cabrera berkata, penyelesaian terbaik ialah memindahkan mangsa terbabit ke kawasan lain kerana kawasan rumah mereka itu terdedah kepada ancaman bencana alam seperti taufan.

"Kerja pemulihan di kawasan yang terjejas bergantung kepada lokasinya kerana kebanyakan kawasan masih ditenggelami banjir jadi kami tidak dapat membina semula rumah dengan segera.

"Kami perlu merancang penempatan semula supaya mereka tidak lagi tinggal di kawasan yang berisiko dilanda banjir di masa depan, jadi penempatan semula adalah pilihan terbaik bagi keluarga terbabit," katanya kepada pemberita Malaysia di sini pada hari ini.

Cabrera berkata, kerajaan Filipina mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang menghantar 43 tan bantuan kemanusiaan, termasuk selimut, pakaian dan beras, kepada Filipina untuk membantu mangsa taufan.

"Sumbangan daripada kerajaan Malaysia bagi mangsa taufan di Filipina tepat pada masanya. Kami memerlukan bantuan makanan, selimut dan air, bukan sahaja di kawasan metropolitan tetapi juga di wilayah-wilayah di utara," katanya.

Bantuan itu dibawa dengan dua pesawat C-130s Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari pangkalan udara di Subang, semalam dan dua lagi pesawat dijadualkan esok.

Pasukan Bantuan Kemanusiaan Malaysia yang terdiri daripada 13 krew TUDM dan 11 wakil media dan pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Luar tiba di pangkalan udara Viilamor semalam.

Ketua delegasi MKN, Nazrul Fazami Mohamad menyerahkan bantuan seberat 42,305kg dan bernilai RM538,200 kepada Cabrera.

Barangan makanan itu terdiri daripada biskut, beras, susu tepung, sardin, kacang panggang dan mi segera, manakala pakaian pula berupa kemeja-T, seluar sukan, pakaian kanak-kanak dan selimut.

Program bersama anjuran pelbagai agensi kerajaan Filipina akan diadakan pada Isnin untuk mengagihkan bantuan asing ke kawasan yang paling teruk dilanda taufan itu di utara Filipina.

Taufan Parma melanda Filipina pada awal Oktober, seminggu selepas taufan Ketsana membadai negara itu pada 23 September.

Sementara itu, Setiausaha Politik Kedua Kedutaan Malaysia di Filipina, Intan Zurina Dollah berkata, bantuan kemanusiaan yang ditawarkan oleh Malaysia akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kawasan yang terkena badai dua taufan itu termasuk 25 wilayah dan 33 bandar dengan 740,791 keluarga dan 3.5 juta penduduk tempatan turut terjejas, manakala 3,007 terkandas.

Lebih 700 orang terkorban akibat taufan Ketsana dan Parma yang membawa hujan lebat dan banjir besar, manakala kira-kira enam juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka. - BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------

MALAYSIA TIDAK LUPA RAKYAT SENDIRI DAN MEMBANTU NEGARA JIRAN

3,000 rakyat miskin dibimbing
KUALA SELANGOR 17 Okt. - Sebanyak 3,000 rakyat miskin dari 30 Parlimen di seluruh negara terpilih untuk dibimbing dengan pelbagai projek keusahawanan pertanian dan industri asas tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bagi membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi dan seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

"Melalui projek itu setiap peserta akan dibimbing sehingga berjaya menjana pendapatan melebihi RM1,000 sebulan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Industri Asas Tani (IAT) dan Bumi Hijau di Desa Kasih Sungai Kajang, Tanjung Karang di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mokhtar Ismail dan Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Roseley Khalid.

Noh berkata, projek yang akan disertai 12 agensi kementerian termasuk Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar itu akan dilancarkan di Batang Lupar, Sarawak dalam masa terdekat ini.

"Setiap Parlimen kita akan ambil 100 orang yang terdiri daripada golongan petani, penternak dan nelayan untuk dibimbing dengan pelbagai projek pertanian.

''Kita juga akan beri bantuan yang dapat menolong mereka mengembangkan projek yang diceburi misalnya peralatan, benih, baka haiwan ternakan dan pelbagai lagi," kata beliau.

Mengenai projek IAT di Desa Kasih, Noh memberitahu, ia diusahakan Jabatan Pertanian dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membantu golongan miskin meningkatkan taraf hidup.

Kata beliau, antara projek yang akan dilaksanakan ialah projek ekonomi di mana aktiviti yang dipilih ialah pemprosesan makanan, bumi hijau, kraf tangan serta jahitan, tanaman sayuran dan tanaman kontan.

Ujar beliau, sebagai permulaan, sebanyak 11 peserta dari Desa Kasih Sungai Kajang telah dipilih untuk memulakan projek memproses makanan iaitu kerepek pisang, baulu atau kek dan hasilnya dijangka memberi pulangan yang lumayan.

''Untuk melaksanakan projek ini kerajaan telah memberikan bantuan bernilai lebih RM60,000 untuk membeli peralatan mesin memproses dan bahan mentah untuk kesemua peserta.

''Kita juga merancang membina dua bengkel serta menaik taraf satu lot rumah kedai sedia ada untuk dijadikan bengkel yang menelan belanja RM80,000 bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti pemprosesan makanan secara berkumpulan," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

----------------------------------------------------------------------------

Lelaki hidup di kandang dibantu
Oleh Safuri Kamarudin

JPN hantar wakil selepas kisah penderitaan warga emas disiar di akhbar

BALING: Penderitaan seorang warga emas yang hidup sebarang kara dan tinggal dalam kandang kambing di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil, dekat sini, mendapat perhatian beberapa jabatan kerajaan yang prihatin.

Ini termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Alor Setar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menghantar pegawai untuk meninjau kehidupan warga emas itu, Ahmad Jusuff, 69.

JPN menghantar pegawainya untuk mengambil cap jari untuk dihantar ke ibu pejabat jabatan itu di Petaling Jaya bagi mengesan butiran dirinya, selepas kad pengenalannya hilang ketika hidup berpindah-randah.

Ahmad berkata, pegawai JPN datang ke rumahnya beberapa hari lalu, selepas berita mengenai kesusahan yang dialaminya disiarkan akhbar ini Selasa lalu.

“Saya amat berharap JPN dapat membantu mempercepatkan urusan membuat kad pengenalan baru kerana kehidupan saya sukar disebabkan ketiadaan dokumen penting itu.

“Disebabkan tiada dokumen saya juga tidak dapat memohon bantuan JKM atau agensi kerajaan lain dan hidup hanya mengharapkan simpati masyarakat setempat,” katanya yang lega apabila kisah kesukarannya mendapat perhatian pelbagai pihak.

Akhbar ini Selasa lalu, melaporkan nasib Ahmad yang berasal dari Kampung Tanjung Pauh, Jitra dan datang ke Kampung Beras Sayak sebelum berpindah dan tinggal di kandang kambing milik seorang penduduk di Kampung Kuala Samak kerana dia tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal.

Dia yang sebatang kara kerana tidak pernah berkeluarga, hanya mempunyai seorang abang kandung yang dikenali sebagai Shaari yang terpisah sejak 12 tahun lalu.

Di satu ruang di kandang kambing itulah Ahmad tidur, bersolat dan memasak dengan menggunakan dapur kayu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Zakaria Che Amin, berkata beliau sudah berusaha membantu warga emas itu tetapi menghadapi masalah kerana dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Pegawai JKM Daerah Baling, Syed Mohd Abd Ghani Syed Ali berkata, pihaknya menunggu pengesahan daripada JPN bagi membolehkan jabatan itu menyalurkan bantuan kepada Ahmad.

“Kita prihatin dengan masalah dihadapi warga emas berkenaan, tetapi perlu menunggu pengesahan JPN sebelum bantuan dapat disalurkan.

“Kita ingin membantunya kerana beliau semakin uzur,” katanya.

================================================================================
100 keluarga, 150 anak yatim terima sumbangan

KUALA LUMPUR:
Program menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sempena sambutan sesuatu perayaan dapat mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini di samping memberikan kegembiraan kepada mereka, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada 100 keluarga miskin dan 150 anak yatim daripada empat badan kebajikan sempena perayaan Deepavali, kelmarin.

Sumbangan itu ialah menerusi program Heart 2 Heart anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (Maicci).

Setiap keluarga menerima barangan keperluan harian termasuk makanan dan manisan yang bernilai RM200 serta RM100

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.