Pages

Subscribe:

27 Oktober, 2009

[hang Nadim] Perang Boleh Di Hapuskan - Tun Dr Mahathir


Sunday, October 25, 2009
IMPAK PERANG (sempena Persidangan & Pameran Antarabangsa mengenai Jenayah Perang)


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
Antara yang menarik perhatian aku di Mingguan Malaysia semalam adalah artikel wawancara dengan Tun Dr. Mahathir tentang janayah perang (Perang Boleh dihapuskan, Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009). Pemilihan topik wawancara ini adalah sempena dengan Persidangan dan Pameran Antarabangsa tentang Jenayah Perang yang bakal berlangsung Rabu ini

“Kita punya cadangan supaya sesiapa yang ingin menjadi calon presiden, ahli kongres atau ahli parlimen di Negara- Negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan, mareka perlu beriktiar tidak akan menggunakan peperangan untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan.”
“Dahulu perang hanya membabitkn tentera dengan tentera di lapangan perang. Namun sekarang seluruh Negara adalah lapangan perang. Apabila tentera meletupkan bom mereka bukan memilih sama ada mangsa itu askar atau bukan askar.”

“Sebenanrnya industry senjata merupakan menyumbang terbanyak kepada ekonomi sesebuah Negara.”

“Namun, sebenarnya kita boleh atasi masalah ini seperti mengalihkan perbelanjaan untuk penyelidikan contohnya kajian untuk ubat penyakit AIDS ataupun H1N1.”

“Adakah Malaysia akan berperang dengan mana- mana Negara? Tetapi kita telah membeli kapal selam pada harga berbilion ringgit. Kita ada pesawat Sukhoi F16 bukan untuk apa, tetapi sekadar mengadakan pertunjukan udara. Banyak belanja yang dikeluarkan.”

“kita telah terangkap dalam perlumbaan senjata.”

“Kalau kita ada cara lain melalui rundingan ataupun kita pergi mahkamah, maka, tidak perlulah berperang.”

“Maka apa yang menjadi masalah kepada kita ialah kuasa- kuasa besar yang sering bercakap tentang keadilan, hak asasi manusia, hak untuk hidup dan sebagainya. Yang sebenarnya mereka lah yang sebenarnya memecahkan standard moral kerana semuanya ditentukan oleh mereka.”

Entry kali ini aku hanya nak memetik beberapa baris ayat- ayat yang begitu penting daripada Tun Dr. Mahathir untuk diberi perhatian dan pemahaman yang mendalam untuk kita semua sebab peperangan yang berlaku sana- sini hampir di seluruh pelusuk dunia nie dah bukan dikira bukan lagi taboo dalam konteks masyarakat dunia, malah, apa yang membimbangkan, peperangan yang berpaksikan unsur kepentingan politik inijuga boleh mengancam nyawa semua orang, tak kira siapa, samada dia tua golongan wanita, tua, mahu pun kanak- kanak yang tidak berdosa.


HARAPAN HANG NADIM DAN RAKYAT MALAYSIA WAHAI PEMIMPIN DUNIA HAPUSKANLAH PEPERANGAN........LAHIRKAN KEAMANAN PERPADUAN DAN KEMAKMURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.