Pages

Subscribe:

06 Oktober, 2009

[Hang Nadim]1rantau 1dunia - PM Dan Tabung Derma Nusantara



Najib Tun Razak menyampaikan ucaptama pada persidangan agung UNESCO di paris, semalam. -BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------

PARIS 6 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini 'menjual' gagasan 1Malaysia kepada dunia yang beliau percaya merupakan satu formula paling jitu untuk mengekal dan menjamin keamanan sejagat pada masa ini dan akan datang.

Berucap pada Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-35 di sini, Perdana Menteri menegaskan, kesanggupan dan komitmen untuk menentukan keamanan sejagat merupakan antara tiga cabaran utama yang perlu didepani masyarakat antarabangsa hari ini.

Dua lagi cabaran berkenaan berkaitan usaha untuk membentuk sistem kewangan global yang baru serta menangani perubahan cuaca yang mengancam dunia ketika ini.

Di pentas persidangan yang menyaksikan penampilan pertama seorang pemimpin Malaysia dalam tempoh 50 tahun diberi penghormatan menyampaikan ucaptama, beliau berkata, gagasan 1Malaysia yang diyakini mampu mencapai matlamat '1impian, 1negara,1bangsa' boleh diangkat kepada pelaksanaan konsep 1Rantau, seterusnya 1Dunia.

''Pilihan kita bukanlah bersifat unilateral sebaliknya masa depan kita memerlukan kerjasama global yang lebih imaginatif dan dengan penyertaan sejagat.

''Kerana itu, Malaysia sanggup memainkan peranan dalam mengadakan dialog antara budaya. Struktur geografi dan legasi peninggalan sejarah telah meletakkan Malaysia dalam kedudukan strategik untuk menjadi jambatan di antara budaya-budaya besar dunia," katanya dalam ucapan selama 17 minit itu.

Hadir sama pada persidangan pertubuhan yang disertai 191 negara itu ialah Ketua Pengarah UNESCO yang baru, Irina Bokova dan bekas penyandangnya, Koichiro Matsuura.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri menegaskan, keamanan hakiki hanya boleh dicapai melalui dialog dan bukannya dengan paksaan melalui kuasa hegemoni.

Beliau turut menarik perhatian mengenai ungkapan Profesor Hans Kung, seorang ahli falsafah teologi Jerman bahawa 'tidak akan ada keamanan di dunia ini jika tiada keharmonian di kalangan agama dan budaya dan juga tiada keharmonian antara agama, jika tiada dialog di kalangannya'.

''Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran kami sejak April lalu sememangnya berasaskan kepada kepercayaan dan sifat hormat-menghormati antara kaum.

''Sebenarnya bagi Malaysia dialog antara budaya ini adalah perkara yang berlaku sehari-harian. ''Kami hidup dalam suasana toleransi dan kemajmukan sedia ada telah tersemat dalam pemikiran (rakyat) untuk terus mengekalkan kestabilan dan mengelak punca yang boleh mengundang konflik," katanya.

Najib berkata, cabaran untuk membentuk sistem kewangan global yang baru pula dibangkitkan beliau setelah mengambil kira pengalaman 50 tahun lepas yang menyaksikan pasaran ekonomi yang tidak konsisten akibat dari perancangan sistem yang lemah.

''(Justeru) adalah penting untuk membentuk sistem kewangan global yang boleh menentukan pengagihan pendapatan yang lebih adil serta mempunyai mekanisma bagi menangani lambakan dan amalan manipulasi," kata beliau.

Mengenai cabaran untuk menangani perubahan cuaca, Perdana Menteri menyarankan supaya Sidang Kemuncak Perubahan Iklim yang akan diadakan di Copenhagen, Denmark tidak lama lagi mengambil langkah-langkah tegas untuk mengekang fenomena itu yang kini mengakibatkan bencana besar.

''Ketika saya berucap ini, rantau saya mengalami bencana alam dan malapetaka seperti gempa bumi di Padang, Indonesia, Tsunami di Barat Samoa, taufan di Filipina dan banjir besar di selatan India.

''Oleh itu saya harapkan persidangan di Copenhagen nanti dapat mencerminkan komitmen sejagat dalam usaha menangani perubahan iklim, ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama-sama," katanya.

Najib yang tiba di sini Ahad lalu dalam rangka lawatan rasmi empat hari akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Presiden Nicolas Sarkozy esok.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau di luar Asia sejak mengambil alih pentadbiran negara April lalu. - UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

<><><><><><><><><><><><><><><><>><>
HARAPAN HANG NADIM

RAKYAT MALAYSIA DAN INDONESIA ADALAH SATU RUMPUN BANGSA DI NUSANTARA USAHLAH
MENCETUSKAN PERASAAN IRIHATI DAN GANYANG MENGANYANG DULU PAK SUKARNO SARAN GANYANG
MALAYSIA ( 1 SEPTEMBER 1965)TETAPI RAKYAT MALAYSIA KETEPIKAN PERMUSUHAN ITU , CONTOH PAK Gen SUKTIKNO DARI TENTERA INDONESIA TURUN DILABIS JOHOR,RAKYAT MALAYSIA dan Tentera Malaysia TIDAK MENGHIANATI SAUDARA SERUMPUN,Melayan Pak Sutikno dan Rakan Dengan Baik dan bermula ikatan Persaudaraan kembali Pulih atas Usah Pak Adam Malik dan Pemimpin Malaysia termasuk Allahyarham Tun Ab Razak ,bicara mereka yang bertindak untuk ganyang Malaysia....siapa di belakang anda????? fikirkanlah Jutaan Rakyat Indonesia mencari rezki di Malaysia....inilah amalan Rakyat Malaysia mahu melihat Saudara serumpun mengecap nikmat kemakmuran bersama........ Apa yang dicari mereka yang mencuba cetuskan permusuhan.......peperangan adalah merugikan semua rakyat kematian.....kecederaan......kemusnahan....kehilangan yang disayangi....walaupun satu pihak menang tapi sama-sama menanggung kerugian dan akan menanggung penderitaan......
Marilah kita Bersama Membantu Mangsa Gempa di Padang Indonesia.....

INGAT ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT



KUALA LUMPUR 14 Sept. – Utusan Malaysia dan bank terbesar di negara ini, Malayan Banking Bhd. (Maybank) menggerakkan usaha membantu mangsa-mangsa gempa bumi di pulau Sumatera dengan menubuhkan Tabung Gempa Bumi Nusantara Utusan-Maybank.

Tabung itu dilancarkan hari ini bertujuan meringankan penderitaan mangsa gempa bumi di kepulauan tersebut yang kini menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang menyedihkan dan serba kekurangan.

Dengan menggerakkan tabung itu, akhbar Utusan Malaysia dan Maybank berharap orang ramai di negara ini dapat membantu meringankan beban mangsa gempa bumi terlibat menjelang hari lebaran.

Bagi umat Islam, Ramadan ialah bulan untuk meningkatkan ibadat dan kemurahan hati bagi membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Sumbangan kepada tabung itu dapat membantu mangsa-mangsa bencana alam di Sumatera untuk menghadapi dugaan hidup selepas gempa bumi.

Ekoran bencana alam yang berlaku kelmarin, ramai penduduk bandar dan kampung di pulau Indonesia itu kehilangan segala-galanya daripada harta benda, tempat tinggal hinggalah sanak saudara.

Dalam kejadian gempa di Bengkulu, Sumatera kelmarin yang disusuli berpuluh-puluh gegaran kecil yang masih berterusan sehingga hari ini, banyak infrastruktur di sana rosak termasuk jalan raya, sekolah, surau, masjid dan rumah penduduk.

Orang ramai yang ingin menghulurkan derma kepada Tabung Gempa Nusantara Utusan-Maybank boleh menyumbang secara tunai atau cek atas nama ‘Tabung Gempa Bumi Nusantara Utusan-Maybank' dan mendepositkan sumbangan itu ke dalam akaun Maybank 514011000551 di semua cawangan Maybank di seluruh negara.

Mereka juga boleh mengutip derma di kalangan ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan di pejabat, surau dan masjid sebelum memasukkannya ke dalam akaun Maybank itu.

Cek-cek sumbangan juga boleh diserahkan kepada semua wakil Utusan Malaysia di pejabat-pejabat Utusan di seluruh negara atau mengirimkannya ke Utusan Melayu (M) Berhad, 46M, Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

Para penyumbang boleh menghubungi Utusan Malaysia di talian 03-9221 7055 untuk keterangan lanjut mengenai tabung berkenaan.


Sila fwd email ni kepada kawan2...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.