Pages

Subscribe:

04 Oktober, 2009

[Hang Nadim]Niat Dan Amal

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ
بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ
وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
.

Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kerananya.

Abu Daud al-Sijistani rahimahullah berkata:[4]
Aku menulis hadis daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebanyak 500,000 buah. Kesemua hadis itu aku saring sepertimana yang termuat dalam kitabku al-Sunan (Sunan Abu Daud) hingga akhirnya berjumlah 4,800 buah hadis. Di antara hadis-hadis tersebut ada empat hadis yang sudah cukup bagi manusia demi agama mereka. Keempat-empat hadis tersebut adalah:

1. “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat”

2. “Di antara kebaikan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.”

3. “Orang mukmin tidak menjadi mukmin sehingga tidak dia redha untuk saudaranya melainkan apa yang dia redha untuk dirinya sendiri.”

4. “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.”

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah

SILA IKUTI LAMAN TERSEBUT:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.