Pages

Subscribe:

04 Oktober, 2009

Tsunami!

oleh: Hafiz Firdaus Abdullah

“All aircraft this is Medan Control. We just had an earthquake.

All systems seems to be normal and Medan airport is still open.”

Demikianlah kata-kata pengawal lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.

Mengganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga esok hari ketika menonton BBC World News di bilik hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar “Tsunami” yang menghempas tebing hampir semua negara di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga mencecah ke tebing negara Somalia di pantai Timur benua Afrika.

Pesanan ringkas (SMS) dari Malaysia
Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba talifon bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah pesanan ringkas (SMS):

AL-Qur’an, surah Mayram, ayat 88-91: “Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari Natal 25 Disember).” Sila sebarkan kepada orang ramai.

Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari ayat sebagai “dalil” bagi peristiwa tersebut. Dalam suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas mencari ayat untuk menjustifikasikan peristiwa tersebut.

Penulis menjawab balik pesanan ringkas tersebut:

Al-Qur’an, surah Mayram, ayat 88-91: “Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari Natal 25 Disember).” Sila sebarkan kepada orang ramai.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala memberi amaran keras tentang hal ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan:

Perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi;

Dan perbuatan dosa;

Dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar;

Dan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya);

Dan kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. [al-A’raaf 7:33]

Diingatkan bahawa faktor “kenapa” Allah melakukan sesuatu perkara tidak sama dengan “kenapa” yang diandaikan oleh akal manusia. Malah adakalanya ketidaksamaan tersebut benar-benar bertolak belakang. Firman Allah:

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),

sedang kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah 2:216][1]

Marilah dari saat ini kita berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[al-Baqarah 2:148]

Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

[al-Maidah 5:48]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.