03 November, 2009
PENGALAMAN Alan Lewis dan Natasha Derevenchuk - (PENANG Tourism)
-------- Pilih Kisah Pengalaman -------- Rumah Di Negara Orang Keunggulan Menyelam di Sipadan Kuantan - Destinasi Pelbagai Tarikan Belaian Langkawi Warisan Melaka Pulau Pinang Mempesona Pusat Lindungan Haiwan Sandakan Syurga Perhentian Rimba Safari Malaysia Kembara ke Mulu Mendaki Gunung Kinabalu Pengembaraan di Langkawi Keseronokan Belayar Di Langkawi Pesta Makanan Kuala Lumpur Persinggahan di Kuala Lumpur Keagungan Taman Negara Diplomasi Bersukan Malaysia Mengagumkan Pengembaraan Malaysia
Alan Lewis dan Natasha Derevenchuk bermalam di Hotel Eastern & Oriental yang bersejarah di Pulau Pinang, sambil menyingkap sejarah rumit dan kepelbagaian budaya yang terdapat di pulau ini. Alan berasal dari England manakala pasangannya pula berasal dari Kazakhstan. Mereka sudah mengembara ke serata dunia dan berkerja di beberapa buah negara sebelum membuat keputusan untuk bercuti di Pulau Pinang atas saranan rakan mereka yang memuji cuaca tropika serta budaya yang berbagai di sini. Mereka juga mengambil masa berehat di tepi pantai di Lone Pine Resort di Batu Ferringhi.
walaupun kami telah mengumpul sedikit maklumat berkenaan Pulau Pinang sebelum kami bertolak dari England, saya tidak menyangka sama sekali yang Pulau Pinang sungguh sibuk dan menarik. Tiada apa yang boleh menyediakan anda untuk menghadapi pengalaman di Pulau Pinang, tempat yang penuh bersejarah dan kebudayaan yang berbagai.
Tiada apa yang boleh menyediakan anda untuk menghadapi pengalaman di Pulau Pinang, tempat yang penuh bersejarah dan kebudayaan yang berbagai.
Pasangan saya, Natasha mahu melarikan diri dari kedinginan musim sejuk di England dan saya juga inginkan destinasi beriklim tropika serta tempat yang mempunyai pelbagai kebudayaan, yang terletak di tepi laut agar kami boleh berehat sambil menikmati kehangatan cahaya matahari.
Natasha menghubungi agensi pelancongan kami dan kami diberitahu bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ada menyediakan penerbangan terus dari London ke Pulau Pinang, jadi kami membuat keputusan inilah destinasi untuk kami. Penerbangan ke sana memakan masa yang agak lama, tetapi penempahan tiket ke sana amat mudah dan kami dilayan dengan sempurna di sepanjang penerbangan tersebut.
Kawan-kawan kami telah memberitahu kami bahawa pulau ini mempunyai dua kawasan utama – yang pertama adalah kawasan pusat bandar Georgetown yang bersejarah, dan yang kedua ialah kawasan pantai di sekitar Batu Ferringghi. Mereka menyarankan agar kami menginap di kedua-dua kawasan tersebut, dan setelah bermalam di kedua-dua kawasan ini yang berbeza, kami tidak ragu-ragu menyarankan destinasi ini kepada rakan-rakan kami yang lain.
Kami juga disarankan supaya menginap di Hotel Eastern & Oriental (E & O) untuk menikmati cara hidup penjajah British zaman dahulu. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke hotel, kami terkejut melihat kemajuan yang telah tercapai di Pulau Pinang. Pemandu teksi kami bersungguh-sungguh menunjukkan pelbagai jenis mercu tanda yang terdapat di sini, dan kelihatan agak berbangga dengan perkembangan yang telah di capai di pulau ini.
Hotel E & O mempunyai bangunan yang tersergam megah dan mempunyai tarikan zaman kolonial lama. Penjaga pintu di sini memakai pakaian seperti yang pernah dipakai sewaktu zaman kolonial termasuk seluar pendek ‘khaki’ dan topi yang menggambarkan zaman yang telah pun berlalu. Di sinilah tempatnya di mana penulis tersohor telah merekodkan kehidupan kolonial di Pulau Pinang semasa ia menjadi pusat dagangan rempah. Kami dibawa terus ke bilik kami; sebenarnya sebuah ‘suite’ kerana inilah bilik yang ditawarkan di E&O.
Suite ini mempunyai sebuah ruang tamu dan bilik tidur, serta sebuah bilik air yang luas dengan kelengkapan mandian ‘shower’ serta ‘tub’ yang besar. Tempat ini terasa seperti di rumah asal kami, dengan hidangan minuman teh Inggeris serta tayangan rancangan BBC di kaca televisyen, tetapi apabila kami menjenguk sahaja ke luar tingkap, pemandangan Selat Melaka mengingatkan saya yang kita bukan berada di England.
Walaupun kami agak kepenatan sedikit, kami membuat keputusan untuk keluar meneroka kawasan bersejarah di Georgetown yang bermula dari pintu masuk hotel ini. Walau pun terdapat pelbagai risalah maklumat, kami terus berjalan rambang dan tidak lama kemudian baru kami sedar bahawa kami boleh tersesat jalan. Tetapi kami ingin terus meneroka tempat ini dengan sendiri, dan jika kami benar-benar tersesat jalan, kami akan menahan teksi untuk membawa kami pulang ke Hotel E & O.
Natasha mahukan tempat yang mempunyai kebudayaan yang unik dan Pulau Pinang memang jauh berbeza dari tanah air kami kerana terdapat sesuatu yang baru dan menarik di setiap selekoh yang kami lalui.Natasha mahukan tempat yang mempunyai kebudayaan yang unik dan Pulau Pinang memang jauh berbeza dari tanah air kami kerana terdapat sesuatu yang baru dan menarik di setiap selekoh yang kami lalui. Tidak lama kemudian kami berada di dalam sebuah tokong Cina berwarna-warni yang wangi berbau colok, dengan lampu-lampu yang terang dan penganut yang sedang bersembahyang menggunakan colok. Kami berdua berdiri di satu sudut melihat segala aktiviti di sini sambil merasa senang kerana inilah yang kami cari di percutian kami.
Di luar tokong ini, kami menyusur sebatang jalan dan terjumpa seorang penjaja India dengan basikalnya yang sarat dengan pelbagai jenis barang, penjual mee Cina yang sedang menyediakan mangkuk-mangkuk sup, dan penjaga kedai Muslim yang sedang mengisi semula periuk kari yang telah luak isinya. Semuanya nampak menarik dan membuat kami terasa lapar. Pilihan pertama kami ialah mee, dan walaupun kami tidak tahu apa atau bagaimana untuk meminta, wanita yang menjaga gerai tersebut tersenyum dan membantu kami mendapatkan semangkuk mee sup ayam yang lazat. Kami hanya membayar sebanyak RM3 (50 pence) – pada mulanya saya sangka dia bergurau, kerana harga tersebut terlalu murah – dan kami bertambah sayang kepada Pulau Pinang!
Setelah berjalan sedikit lagi, kami benar-benar tersesat jalan, tetapi dengan bantuan beberapa orang penduduk tempatan dan seorang pemandu teksi, kami akhirnya kembali ke Hotel E & O. Cuaca ketika itu sungguh panas dan lembap di luar, jadi kedinginan di dalam hotel tesebut amat melegakan kami. “Hidangan teh petang disajikan, tuan,” kata penjaga pintu di situ kepada kami. Kami terfikir, boleh juga; gaya di sini yang sungguh 'Inggeris', tetapi sememangnya inilah Hotel E & O.
Hidangan minum petang di sini sangat sempurna – di sebelah tingkap yang terang, dengan air teh yang enak serta pelbagai makanan ringan termasuk 'scones', jam dan krim. Penulis terkenal Somerset Maugham sudah pasti menyukainya.
Hotel ini mempunya kolam mandi yang kecil, tempat paling sesuai untuk melepaskan penat setelah berjalan-jalan sepanjang pagi. Sementara berehat kami merancang untuk makan malam di salah sebuah gerai di Gurney Drive, tetapi awan gelap sedang berkumpul di langit, jadi memilih untuk makan malam di Hotel E & O. Mereka menghidangkan juadah tempatan dan antarabangsa yang merupakan pilihan yang sesuai untuk dua orang pelawat yang baru sahaja tiba di sini. Kami diberitahu bahawa buffet tersebut berharga RM65 seorang (hanya 10 pound). Makanan di sini sungguh enak. Selepas itu kami menuju ke Farquhar Bar untuk minum dan menonton pertandingan bolasepak liga Inggeris, sebelum kami kembali ke bilik kami.
Setelah beberapa hari meneroka jalan-jalan lama, bangunan serta tempat-tempat beribadat, masanya pun tiba untuk kami berehat di tepi pantai, tetapi hanya selepas menaiki beca ke sekeliling bandar.Setelah beberapa hari meneroka jalan-jalan lama, bangunan serta tempat-tempat beribadat, masanya pun tiba untuk kami berehat di tepi pantai, tetapi hanya selepas menaiki beca ke sekeliling bandar. Kami ternampak penarik beca ini beberapa kali di sini, dan perkhidmatan mereka semakin lama diganti dengan teksi, sungguh malang sekali kerana kuasa kayuhan adalah cara terbaik untuk bersiar-siar di sekitar bandar Georgetown yang bersejarah. Basikal-basikal beca ini bergerak perlahan dan senyap. Pemandu kami sangat berpengetahuan mengenai mercu tanda serta tempat-tempat bersejarah yang ada di sini dengan berkongsi maklumat yang agak terperinci dengan kami.
Batu Ferringhi pula sungguh berbeza dari George Town. Di sini pohon-pohon Rhu memagari pantai yang berpasir kuning di mana beberapa buah hotel antarabangsa bertaraf 5-bintang boleh dijumpai. Kami memilih Lone Pine Resort, sebuah hotel yang lebih kecil dan mesra, yang mempunyai taman yang besar, kolam renang serta bar dan restoran yang menghidangkan makanan tempatan yang lazat. Tempat ini mempunyai rasa kolonial juga kerana ianya adalah antara hotel yang paling tua di kawasan ini. Bagaimanapun, hotel in baru sahaja di ubah-suai baru-baru ini dan kami mempunyai sebuah taman gaya Bali yang bersambung dengan bilik kami.
Percutian kami ke Pulau Pinang sungguh hebat Ianya menyediakan pelbagai pilihan, harga yang berpatutan serta pengalaman Asia yang sebenar. Ada sesuatu yang mengatakan pada saya yang saya akan kembali ke sini satu hari nanti..Walau pun pantai di sini bukan merupakan pantai yang paling menarik di kawasan ini, lokasi di cuaca tropika serta pelbagai aktiviti sukan air yang ditawarkan di kawasan ini sudah mencukupi keperluan kami. Di England, saya mempunyai sebuah motosikal dan saya gemar memandu dengan laju, jadi saya terus mencuba ‘parasailing’ untuk kali pertama. Natasha tidak berminat mencubanya, lalu terus duduk di salah sebuah kerusi di tepi kolam mandi di sini untuk berehat, sambil berkata yang aktiviti parasailing lebih digemari kaum lelaki.
Percutian kami ke Pulau Pinang sungguh hebat Ianya menyediakan pelbagai pilihan, harga yang berpatutan serta pengalaman Asia yang sebenar. Ada sesuatu yang mengatakan pada saya yang saya akan kembali ke sini satu hari nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.