Pages

Subscribe:

08 November, 2009

TEMBUK BERLIN DI ROBOH....BILA TEMBUK ISRAEL PULA

HARAPAN HANG NADIM UNTUK MENDAMAIKAN DUNIA
SEMUA PEMIMPIN DUNIA USAH TAJA PEPERANGAN......



TEMBUK BERLIN

KOTA MELAKA
Upacara peringati Tembok Berlin runtuh
BERLIN 8 Nov. - Domino gergasi berwarna-warni yang dicat oleh pelajar-pelajar Jerman, disusun di sepanjang bekas tapak Tembok Berlin bagi memperingati ulang tahun ke-20 runtuhnya tembok yang memisahkan bandar itu selama hampir tiga dekad.
Kebanyakan domino setinggi 2.3 meter yang diperbuat daripada plastik itu membawa pelbagai mesej seperti 'Kami adalah rakyat yang sama'.
Kira-kira 1,000 domino sepanjang 1.5 kilometer akan ditumbangkan esok dalam sebahagian daripada perayaan runtuhnya tembok tersebut.
Salah satu daripada domino itu dilabelkan 'jantung berdarah' dengan gambar pedang menembusi bandar Berlin, menyebabkan aliran darah yang penuh dengan salib.
"Semua orang mempunyai tembok dalam fikiran masing-masing. Adalah baik untuk meruntuhkannya dan saya rasa ia adalah simbol yang bagus," kata seorang penduduk Berlin, Stefan Schueler ketika melihat sendiri barisan domino tersebut.
Bekas pemimpin Poland, Lech Walesa yang mana pergerakan prodemokrasi Solidarity pimpinan beliau memainkan peranan penting dalam menamatkan komunisme Eropah Timur, akan menjatuhkan domino pertama esok dalam persembahan artistik sepanjang 1.5 kilometer itu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton; Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Rusia, Dimitry Medvedev juga dijangka hadir esok dalam upacara rasmi pembukaan tembok itu pada 9 November 1989.
"Kejatuhan Tembok Berlin adalah acara yang sangat bersejarah, dan saya fikir kebanyakan penduduk Berlin sangat berterima kasih kepada mereka yang merealisasikannya," kata seorang lagi penduduk Berlin, Guenter Nowak sambil berdiri di sebelah salah satu domino. - AP

value="http://www.youtube.com/v/B6pXnQU6klE&hl=en&fs=1&">

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.